Walaupun ia masih baru di Bandar Baru Bangi, kafe Cheeseu Bistro & Dessert Bar ini sudah bertapak dalam bisnes lebih 5 tahun dengan memiliki cawangan di Kluang dan Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Malah saya diberitahu, cawangan sulung mereka di Kluang adalah antara tempat makan yang cukup terkenal disana. Setahu saya, produksi JJCM juga pernah membuat liputan akan kafe ini.
Kafe Cheeseu Bistro & Dessert Bar menyediakan lebih 40 pilihan kek dan kek keju kepada pelanggan dan kek keju disini boleh saya katakan antara yang terbaik yang pernah saya rasa. Jadi anda punya banyak pilihan untuk menempah kek kegemaran bagi acara keraian. Pastikan tempahan dibuat 3 hari sebelum tarikh pengambilan pesanan ya.
Saat melangkah masuk ke ruang kafe, saya boleh melihat susun atur dan kondisi kedai ini cukup minimalis. Sebenarnya, secara peribadi, saya suka akan konsep sebegini kerana ia tidak menyesakkan pandangan mata. Janji selesa untuk makan dan bergerak.
Memandangkan menu yang ditawarkan disini agak banyak, jadi secara tidak langsung dapat memenuhi selera pelanggan yang punyai selera berbeza. Antara menu yang sempat saya bersama rakan-rakan cuba disini adalah AYAM PENYET SAMBAL MERAH, GRILL BURGER MEAT BAKED RICE, LAMB SHOULDER STEAK, CHEESEU GRILL CHICKEN, SPAGETHI MEATBALL. Kami cuba sempat mencuba beberapa jenis kek dan pencuci mulut seperti COFFEE LAVA CAKE, CHEESEU HONEY TOAST, ORIGINAL CREAM BRULEE.
AYAM PENYET SAMBAL MERAH
Menu popular dari Indonesia ini adalah antara best seller di kafe ini. Secara jujur, i love it! Sambal merahnya nya cukup rasa pedas dan isi ayam penyetnya cukup juicy. Senang kata, memang rasa authentic!
GRILL BURGER MEAT BAKED RICE
Menu nasi ini cukup unik. Nasi putih bersama homemade grilled imported burger meat serta sos cendawan. Must try!
LAMB SHOULDER STEAK
Menu daging kambing dipanggang bersama basil pesto, sayuran dan kentang goreng. Isi daging nya cukup lembut! Sos cicah menu ini menjadi pelengkap rasa!
CHEESEU GRILL CHICKEN
Menu ini adalah menu signature kafe Cheeseu. Daging ayam panggang dicurah sos balsamic vinegar khas. Thumbs up!
SPAGHETTI BOLOGNESE WITH HOMEMADE MEATBALL
Menu ini juga merupakan signature dish disini. Spaghetti bersama sos tomato dan juga homemade meatball. Lembut, juicy dan cukup rasa bebola dagingnya.
COFFEE LAVA CAKE
Pilihan terbaik pencuci mulut! Kek kopi suam dengan filling ganache coklat putih dan dihidang bersama sos espresso, almond crumble dan aiskrim vanilla. My favourite!
CHEESEU HONEY TOAST
Menu ini cukup unik! Roti bakar dihidang bersama maracon, aiskrim vanilla, buah naga, laici dan krim memang memberi rasa berbeza bagi penggemar pencuci mulut. Jangan khuatir kerana gabungan ini memberi rasa sempurna!
ORIGINAL CREME BRULEE
Satu lagi menu pencuci mulut yang wajib dicuba disini. Saya bukanlah peminat creme brulee namun kafe ini menghasilkan creme crulee yang sedap.
MILK TEA SERIES
DARI KIRI: SIGNATURE PEARL, YAM, DARK CHOCOLATE, JAPANESE MATCHA |
HOT CAPPUCCINO
HOT LATTE
LOKASI CHEESEU BISTRO & DESSERT BAR
NO. 5 (GROUND FLOOR),
3B CURVE BUSINESS PARK,
JALAN MEDAN PUSAT 2D,
BANDAR BARU BANGI,
43650 SELANGOR.
-
WAKTU OPERASI:
12PM – 12AM (SETIAP HARI)
-
TELEFON: 016-5226693
0 Comments