HOTEL CAPSULE TRANSIT KLIA2 BERI KESELESAAN PADA HARGA EKONOMI







Jadual penerbangan anda adalah pada awal pagi. Anda takut andai kata terlajak tidur dan akhirnya terlepas penerbangan. Bayangkan pula anda memang sudah terlepas penerbangan dan akur dengan kelalaian sendiri lalu membeli tiket baru. Malangnya tiket yang baru dibeli pula hanya berlepas lagi 12 jam. Situasi lain yang mungkin dan pernah dihadapi oleh pengembara adalah mahu membersihkan diri di lapangan terbang sebelum bergerak ke destinasi tetapi tiada bilik mandi khas disediakan atau pengembara wanita yang risaukan keselamatan diri. Jika anda tidak mahu mengalami situasi diatas, Capsule Transit Airport Hotel KLIA2 adalah solusi anda!







Capsule Transit Airport Hotel KLIA2 adalah sebuah hotel bajet yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan traveller yang mahukan penginapan yang selesa pada kadar lebih ekonomi. Saya cukup teruja dengan konsep hotel ini yang dibina menggunakan besi kontena. Moden dan hipster! Namun, Capsule Transit Hotel KLIA2 ini masih mampu memberikan keselesaan kepada tetamu.

Hotel Capsule Transit KLIA2 ini dibuka di satu sudut di kawasan hub pengangkutan KLIA2 yang terletak di atas L1. Tidak sukar untuk mencari lokasi hotel ini kerana ia menyediakan papan tanda yang cukup jelas. Menariknya, anda boleh daftar masuk pada bila-bila masa bergantung kepada masa anda. Jika anda tiba lewat malam atau awal pagi, urusan daftar masuk masih boleh dilakukan kerana hotel ini beroperasi 24 jam. 









Penginapan di hotel Capsule Transit KLIA2 atau CAPSULE STAY dibekalkan dengan kemudahan bilik mandi dan lokar penyimpanan bagasi secara PERCUMA. Hotel Transit Capsule Transit KLIA2 menyediakan beberapa pilihan kapsul bilik iaitu Mixed Single Capsule, Female Single Capsule, Queen Capsule dan Private Capsule Suite yang boleh memuatkan 3 orang. Pengembara wanita boleh menginap di Female Single Capsule jika anda mahukan privasi dan keselesaan kerana ruangan kapsul ini hanya boleh diakses oleh kaum wanita sahaja.












Cara penempahan juga cukup mudah! Anda boleh lakukan secara atas talian atau boleh terus ke premis hotel. Anda diberi pilihan samada untuk menginap selama 3 jam, 6 jam atau 12 jam bergantung kepada keperluan anda.

Jika anda sekadar mahu mandi atau menyimpan bagasi, pihak Capsule Transit Hotel KLIA2 turut menyediakan perkhidmatan SHOWER ON-THE-GO dimana tuala, syampu, gel mandian, pengering rambut dan selipar disediakan. Harga yang ditawarkan adalah RM29 untuk sekali masuk selama 1 jam. Bagi perkhidmatan lokar penyimpanan bagasi, kadar sewaan yang dikenakan adalah RM20 (3 jam), RM25 (6 jam), RM35 (12 jam) dan RM45 (24 jam).







Secara peribadi, pada awalnya saya mengandaikan bahawa Capsule Transit Hotel KLIA2 ini seperti hostel backpacker biasa namun sangkaan saya meleset sama sekali. Walaupun ia diperbuat daripada kontena, hotel ini dipelihara dengan baik. Kawasan sekitar bersih bebas bau hapak. Jadi jika anda perlukan rehat sementara menanti waktu penerbangan, anda boleh Capsule Transit Hotel KLIA2.


LOKASI CAPSULE TRANSIT HOTEL KLIA2 
LEVEL 1 LOT 1-5, GATEWAY@KLIA2 
64000 SEPANG SELANGOR.
(TRANSPOTATION HUB AREA)


TELEFON: 
+60376102020 

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TOURISM MALAYSIA ATAS PENGANJURAN HALF DAY TOUR IN KLIA2 MEDIA FAM TRIP

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CAPSULETRANSIT #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #GATEWAYKLIA2


0 Comments