BADAN LETIH SEBELUM DAN SELEPAS TRAVEL? REHAT DAN MANJA DIRI DI GINTELL REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2!

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2





Waktu penerbangan lambat lagi. Badan letih dek kerana tiba awal di lapangan terbang untuk urusan daftar masuk. Anda perlukan tidur seketika untuk kembalikan tenaga kerana perjalanan jauh. Bateri telefon pula dihujung nyawa. Power bank lupa dicas pula. Ada pula yang baru tiba di KLIA2 tetapi badan terlalu letih untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Antara situasi yang sering terjadi kepada para traveller di lapangan terbang. Saya salah seorang daripadanya.

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2





Jangan risau! Setiap masalah pasti ada solusi. Jika anda perlukan masa untuk segarkan badan, barangkali anda boleh berkunjung ke GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge KLIA2 yang terletak di aras 2 pusat membeli belah dalam lapangan terbang, gateway@KLIA2. Pada harga semurah RM28/jam, anda bukan sahaja dapat memanjakan diri dengan sesi urutan menggunakan kerusi urut tekologi terkini daripada GINTELL, malah anda juga akan mendapatkan fasiliti lain seperti servis storan bagasi, Wi-Fi, pengecasan telefon, stoking pakai-buang, selimut dan juga minuman secara PERCUMA! 

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2





GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge KLIA2 merupakan sebuah premis yang menyediakan servis urut yang moden dan privasi. Pada harga yang cukup ekonomi, anda akan dapat menikmati pengalaman rehat seperti berada di spa mewah. Premis ini juga dilengkapi dengan haruman arometerapi dan muzik santai khusus kepada anda mendapatkan kualiti rehat maksimun.

Dibuka kepada pengunjung 24jam sehari, ke GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge KLIA2 menjanjikan kepuasan maksimum istirehat. Ia menggunakan kerusi urut keluaran Gintell seperti model DéWise Care dengan teknologi Butterfly Massage serta jenama ini telah diakui peneraju kerusi urut terbaik di rantau ini sejak tahun 1996. Malah mereka adalah pengendali kerusi urut terbesar dengan lebih 10 ribu kerusi urut beroperasi di 1000 lokasi di seluruh Asia.

KLIK SINI: https://www.thisisreef.com/2019/03/things-you-can-do-at-klia2-sebelum.html

Harga yang ditawarkan cukup ekonomi! Anda boleh menggunakan servis di ke GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge KLIA2 mengikut jam iaitu RM28 (1 jam), RM48 (2 jam), RM68 (4 jam) dan RM88 (6 jam). Berbaloi bukan! Anda bukan sahaja dapat mengurutkan badan sambil tidur, malah anda boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan disini. Berita baik kepada pemegang kad debit atau kredit Maybank, anda layak menerima potongan harga sebanyak 40% lagi. 

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2





Pihak GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge KLIA2 turut menyediakan servis storan bagasi pada harga yang cukup mampu milik. Anda boleh menyimpan bagasi pada kadar RM15 untuk 3 jam, RM25 (6 jam), RM35 (12 jam) dan RM45 (24 jam).

Secara peribadi, saya berpendapat tawaran yang diberikan oleh GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge KLIA2 memang berbaloi dan jimat bagi anda yang ingin merehat diri sebelum atau selepas bercuti tapi masih memikirkan bajet. Disini, anda tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati rehat dan tidak perlu lagi tidur atau menunggu di koridor di sekitar lapangan terbang lagi.

REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2

LOKASI GINTELL REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE KLIA2
 L2-24 (ARAS 2), GATEWAY @ KLIA2, 
TERMINAL KLIA2
(BERHAMPIRAN KFC). 

WAKTU OPERASI: 24 JAM 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TOURISM MALAYSIA DI ATAS PENGANJURAN HALF DAY TOUR IN KLIA2 MEDIA FAM TRIP.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #GATEWAYKLIA2 #RESTNGO

0 Comments