FIREFLY LANCAR KEMPEN DISCOVERY – SEE IT, HEAR IT, SENSE IT, FEEL IT, TOUCH IT, TASTE I T BERSAMA TOURISM SELANGOR DAN THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR






Bertepatan dengan misi dan visi syarikat dalam meningkat sektor pelancongan domestik pada tahun 2019, syarikat penerbangan Firefly melancarkan kempen Discovery – See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It . Pelancaran kempen ini telah disempurnakan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur serta mendapatan sokongan penuh daripada Tourism Selangor.

Kempen kempen Discovery – See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It juga diadakan bagi melengkapkan kempen Jom Jalan yang sedang rancak dijalankan dengan memberi tumpuan kepada tempat-tempat baru yang menarik untuk diteroka oleh para pelancong baik dalam dan luar negeri.






Serentak dengan kempen kempen Discovery – See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It ini, pihak Firefly turut meraikan para media yang menyertai trip sempena acara Come & Discover Selangor with Us. Kempen yang dianjurkan bersama Tourism Selangor dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur ini telah membawa kumpulan media daripada Kuala Lumpur dan Pulau Pinang melawat beberapa tempat menarik selama 2 hari.

Antara lokasi yang sempat dikunjungi para media sempena trip ini adalah Royal Klang Town Heritage Walk, Kampung Budaya Mah Meri Pulau Carey, Dong Zen Temple di Jenjarom. Lawatan media juga sempat Kuala Selangor dengan melawat Sky Mirror dan juga Bukit Melawati dan destinasi terakhir, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. 

MAH MERI PULAU CAREY

SKY MIRROR KUALA SELANGOR





Menurut Izra Izzuddin selaku Timbalan Presiden Pemasaran dan Komunikasi Firefly Airlines, kempen Discovery – See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It diadakan agar setiap penumpang penerbangan ini khususnya, dapat menikmati dan merasai sendiri pengalaman bercuti di bumi Malaysia yang sememangnya terkenal dengan variasi tempat menarik. Dari makanan, hiburan, alam semulajadi, tinggalan sejarah dan banyak lagi daya tarikan yang boleh diteroka.

Kata beliau lagi, Tourism Selangor banyak membantu dan memainkan peranan besar dalam memacu sektor pelancongan dosmetik dan kerjasama ini diharap dapat membantu pihak Firefly dalam memberi perkhidmatan terbaik.

Syarikat penerbangan Firefly yang beroperasi di Terminal Skypark Subang menjadikan The Saujana Hotel pilihan penginapan terbaik buat pelancong. Hotel yang berkonsepkan resort ini memberi suasana berbeza saat melangkah masuk ke perkarangan hotel. Anda akan terasa seperti berada di kawasan pulau dan pantai kerana landskap dan panorama yang ditawarkan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur.

Pada majlis sama, para media turut diraikan dengan acara Yee Sang menerusi acara Media Mingle 2019 yang diadakan di dewan Zamrud The Saujana Hotel.

Anda boleh mendapatkan informasi lanjut mengenai promosi dan hebahan terkini mengenai pelancongan Selangor dengan melayari laman web rasmi Firefly, Tourism Selangor dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk melayari laman media sosial rasmi mereka bagi mendapatkan berita mutakhir.


LAMAN WEB RASMI FIREFLY 

LAMAN WEB RASMI TOURISM SELANGOR 

LAMAN WEB RASMI THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FLYFIREFLY #TOURISMSELANGOR #THESAUJANAHOTEL



0 Comments