DORAEMON POP-UP STORE KINI DIBUKA DI GATEWAY @ KLIA2 !

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,






Selepas sambutan hebat ekspo Doraemon serta pop-up store di pusat membeli belah Paradigm Mall Johor Bahru dan Petaling Jaya, kartun animasi terkenal dari Jepun Doraemon bersama rakan-rakannya, Nobita, Sizuka, Sunyo dan Giant meneruskan jelajah dengan memilih pusat membeli-belah dalam lapangan terbang, gateway @ KLIA2 sebagai lokasi.

KLIK PAUTAN INI UNTUK ARTIKEL TERDAHULU BERKENAAN DORAEMON POP-UP STORE PARADIGM MALL PETALING JAYA: https://www.thisisreef.com/2019/01/doraemon-pop-up-store-kini-dibuka-di.html

Untuk edisi kali ini, Daroemon Pop-Up Store yang dibawakan oleh Animation International (M) Sdn. Bhd. membawakan 30 patung figura Doraemon bersaiz manusia dan menawarkan variasi produk Doaremon kepada pengunjung. Anda boleh mendapatkan pelbagai koleksi edisi terhad seperti baju, gelas, bantal, payung dan banyak lagi. Ini adalah peluang terbaik khusus kepada peminat Doraemon untuk mendapatkan barangan sebagai simpan koleksi peribadi dan bergambar dengan patung figura Doraemon.

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,


DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,






Pusat membeli-belah gateway @ KLIA2 dipilih kerana kompleks dalam terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia ini sentiasa meriah dengan kehadiran pengunjung yang dianggarkan melebihi 25 juta orang. Sememangnya pemilihan lokasi Doraemon Pop-Up Store di lapangan terbang bertaraf dunia ini adalah tepat kerana ia dapat menyatukan peminat tegar kartun animasi ini bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh dunia. Pusat membeli-belah seluas 350,000 kaki persegi ini adalah setinggi 8 tingkat, mempunyai 5,600 ruang parkir bertingkat dan berkonsepkan pusat membeli-belah di dalam lapangan terbang. lni telah menjadikannya lokasi terbaik buat pengunjung dan juga penumpang selain boleh diakses melalui pelbagai jenis pengangkutan awam. 














Pembukaan Doraemon Pop-Up Store di gateway @ KLIA2 secara tidak langsung dapat meningkatkan sektor pelancongan Malaysia dengan menarik minat pelancong untuk mendarat di KLIA2. Sebagai info, industri pelancongan negara telah menyumbang sebanyak RM84.1 bilion terhadap ekonomi tahun lalu, meningkat 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Majlis perasmian pembukaan Doraemon Pop-Up Store di gateway @ KLIA2 cukup meriah dengan kehadiran Encik Amerrudin Ahmad (Timbalan Pengarah Balai Seni Negara), Encik Steve Chow (Pengarah Animation International (M) Sdn. Bhd.), Datuk Rashidi Hasbullah (Pengerusi Balai Seni Negara), Selena Chua (Ketua Pegawai Eksekutif Jualan WCT Malls), Moon Tan (Pengarah Jualan WCT Malls Management Sdn. Bhd.), Tian Keng Swee (Penolong Pengarah Urusan Centre Management gateway@klia2) serta beberapa barisan selebriti tempatan.

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,



DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,






Jadi yang lepaskan peluang untuk berkunjung ke Doraemon Pop-Up Store di gateway @ klia2 yang dibuka di aras 2 bahagian belakang stesen ERL bermula 7 Mac sehingga 28 April 2019. Anda boleh melayari laman Facebook rasmi Doraemon Malaysia di https://www.facebook.com/DoraemonMY atau laman web rasmi gateway @ klia2 di http://gatewayklia2.com.my bagi mendapatka maklumat lanjut.

DORAEMON POP UP STORE, KLIA2, GATEWAY KLIA2,



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORAEMONMY #DORAEMONMALAYSIA #DORAEMONPOPUPSTOREGATEWAYKLIA2#GATEWAYKLIA2

0 Comments