Siapa penggemar aiskrim dan pencuci mulut? Jika anda rasakan aiskrim yang anda makan sekarang adalah paling sedap dan terbaik, barangkali anda harus berfikir sekali lagi! Ini kerana, kedai aiskrim Crème De La Crème bakal mengubah persepsi anda. Crème De La Crème, ungkapan dalam bahasa Perancis memberi maksud ‘terbaik dari yang terbaik’ menjadi pilihan jenama kerana jenama ini optimis dengan produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti.
Menurut pengasas Crème De La Crème (CDLC) Lio Lim, idea menghasilkan kedai ini tercetus kerana minat yang tegar terhadap aiskrim dan menjadi impian beliau untuk mencipta aiskrim terbaik di Malaysia. Beliau percaya bahawa asikrim mampu mencipta keseronokan kepada orang ramai yang menikmatinya.
Kenapa kedai aiskrim Crème De La Crème Uptown Damansara wajib dikunjungi oleh penggemar aiskrim? Chef yang menyediakan menu aiskrim di sini mendapat tunjuk ajar dan didikan secara peribadi daripada world-renowned celebrity dessert master, Christy Tania di Australia. Jadi, pastinya barisan chef dibelakang Crème De La Crème mempunyai kepakaran tinggi dalam menghasilkan aiskrim dengan citarasa mewah dan terbaik. Jika anda lihat pada seleksi kek aiskrim disini, chef CDLC pandai bermain dengan kreativiti bagi memberi tarikan kepada penggunaan.
Bagi memastikan produk aiskrim di Crème De La Cream berkualiti dari segi tekstur dan rasa, Lio Lim mengimport kesemua peralatan dan mesin dari Itali. Malah, bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim di sini adalah 100% dari bahan semulajadi, segar. Senang kata, ia tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah kon aiskrim yang digunakan disini adalah buatan sendiri dengan variasi rasa seperti lemon.
Tidak sah kunjungan tanpa mengambil foto sebagai perkongsian di laman media sosial anda bukan! Anda akan terpesona dengan hiasan dalaman kedai aiskrim Crème De La Crème cukup minimalis tetapi Instagram worthy! Pada sudut dinding, terdapat logo unicorn yang penuh warna memberikan ambiance ceria kepada kedai ini.
BARLEY LIME SORBET
Hasi interpresi minuman lokal, Barley Lime. Perasa ini bisa menyejukkan tekak anda pada cuaca panas. Jangan terkejut apabila mengigit kon aiskrim ini kerana punya rasa lemon.
DRAGON FRUIT STRAWBERRY SORBET
Gabungan buah naga dan strawberi memberi khasiat serat, anti oksida, potassium dan Vitamin C. Buah naga menghasilkan warna ungu semulajadi dan strawberi mencipta rasa manis masam yang bisa mengimbangi rasa total.
LIMAU ASSAM SORBET
Apa menarik akan perasa ini adalah ia adalah sama seperti rasa air Limau Asam Boi. Ia dihasilkan mengggunakan kulit limau yang diparut dan Assam Boi menjadikan aiskrim ini rasa masam manis sebenar.
MADAGASCAR ASH
Perasa aiskrim ini adalah bebas gula! Rasa manis aiskrim ini adalah daripada Maltitol, pengganti gula semulajadi. Aiskrim ini dihasilkan mengggunakan biji vanilla Madagascar semulajadi bersama arang bamboo premium. Vanilla Madagascar mempunyai khasiat anti oksida dan arang bamboo pula membantu meningkatkan imunisasi badan. Aiskrim sihat tetap lazat!
CEREALICIOUS
Perasa ini dihasilkan dengan kaedah perendaman bijirin Saat saya rasa perasa ini, saya teringat akan biskut Conflakes Madu. Ia dihasilkan dengan menggunakan bijirin, susu segar dan butterfly pea flower.
COOKIES & CREAM
Bila anda cuba perasa ini, anda akan rasa seperti menikmati biskut coklat bersama coklat chip. Ia tidak sama dengan perasa dari jenama lain di pasaran yang menggunakan Oreo dan aiskrim vanilla. Perasa di Creme De La Creme menggunakan biskut coklat yang dimasak sendiri sebelum dicampurkan dengan aiskrim vanilla buatan sendiri. Perasa ini juga diperbuat menggunakan ganache yang dihasilkan daripada 63% Weiss Dark Chocolate dari Perancis.
PANDAN KAYA TOAST
Nikmat nostalgia dengan gabungan daun pandan, kelapa dan telur. Tatkala saya menikmati perasa ini, saya terasa seperti sedang menikmati bun pandan. Enak dimakan dengan secawan kopi panas!
FRENCH EARL GREY BOBA
Memang terasa teh Earl Grey! Aiskrim ini juga diperbuat dengan butiran gula perang yang pabila dimakan, anda akan mengigit butiran-butiran ini. Dalam kon ini terdapat butiran bubble tea.
UNICORN DREAM
Sungguh kreatif pihak CDLC mencipta minuman ini! Gabungan air soda bersama ketulan ais dan aiskrim Dragon Fruit Strawberry Sorbet. Anda harus mix aiskrim bersama soda untuk mendapatkan rasa sebenar. Minuman ini sesuatu dijadikan palette cleanser.
UNICORN
Kek aiskrm atau Petits Gateux ini adalah gabungan aiskrim Madagascar Vanilla bersama Lychee and Rasberry Sorbet. Ia disalut oleh coklat putih bersama meringue rangup agar dimakan dapat feel dari setiap gigitan.
FOREST LOG
Ia diinspirasi daripada alam. Menu ini diperbuat daripada campuran aiskrim Miso Caramel dan Banana dan dilapis oleh salted butterscotch sauce. Ini adalah masa anda bisa merasai umami flavor dicampur sempurna dengan manis dan masin. Pelengkap rasa aiskrim ini adalah badam joconde bersama coklat dan kacang walnut.
Jika anda sukakan aiskrim dan dessert lover, Crème De La Crème (CDLC) Uptown Damasara adalah kedai aiskrim yang wajib berada dalam senarai anda. Sesuai menjadi tempat hangout bersama teman-teman.
LOKASI CRÈME DE LA CRÈME UPTOWN DAMANSARA
35G, GROUND FLOOR,
JALAN SS21/60, DAMANSARA UTAMA,
47400 PETALING JAYA.
(SEBARIS DENGAN HONG LEONG BANK)
-
WAKTU OPERASI
AHAD – KHAMIS (12AM – 11PM)
JUMAAT – SABTU (12PM – 12AM)
-
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFSIM #REEFISMTERRITORY #MYCDLC
0 Comments