Samada anda bujang, berkahwin, baru bercinta atau berpisah dengan seseorang, Spotify tetapi mahu anda untuk merasai cinta pada 14 Februari. Walaupun banyak negara bakal meraikan cinta sempena Hari Valentine bulan ini, tidak semua berada dalam mood mendengar muzik balada romantik yang tangkap leleh.
Maka, Spotify mewujudkan SELF-LOVE, sebuah senarai main (playlist) sempena menghargai manusia yang paling penting dalam hidup anda, iaitu ANDA SENDIRI! Menurut pihak Spotify, Mereka menyedari bahawa peratusan penstriman muzik bertemakan
Self-Love semakin meningkat iaitu sebanyak 72%. Tambahan lagi, pihaknya mendapati kebanyakan pendengar melayan muzik dalam senarai main ini pada waktu pagi kerana ia membantu memberi mood dan menetapkan nada yang tepat untuk hari tersebut.
Pihak Spotify melihat kepada senarai main pendengar dan lagu kegemaran mereka tentang kesejahteraan, kedamaian, penjagaan diri, dan kecintaan diri sebelum mewujudkan Sel-Love playlist ini. Ia mengandungi 30 lagu pilihan terbaik termasuk beberapa pilihan pengguna paling popular di seluruh dunia - dari
Hailee Steinfeld (Love Yourself) dan
Panic at the Disco (High Hopes) hingga ke lagu malar segar daripada
Nina Simone (Feeling Good) yang bisa memberi mesej mengenai ketahanan jiwa, positif dan kelangsungan hidup.
SENARAI PENUH LAGU DALAM SENARAI MAIN SELF-LOVE:
“Feeling Good” / Nina Simone
“High Hopes” / Panic! At The Disco
“Love Myself” / Hailee Steinfeld
“Sunset Lover” / Petit Biscuit
“Just the Way You Are” / Bruno Mars
“Let It Go” / James Bay
“Scars To Your Beautiful” / Alessia Cara
“Don’t Worry Be Happy” / Bobby McFerrin
“On Top Of The World” / Imagine Dragons
“Alive” / Sia
“Red Red Wine” / UB40
“Lush Life” / Zara Larsson
“Shake It Out” / Florence + The Machine
“Here Comes The Sun - Remastered 2009” / The Beatles
“Follow Your Arrow” / Kacey Musgraves
“Survivor” / Destiny’s Child
“Me, Myself & I” / G-Eazy, Bebe Rexha
“One Love / People Get Ready” / Bob Marley & The Wailers
“There’s Nothing Holdin’ Me Back” / Shawn Mendes
“Good as Hell” / Lizzo
“I Got You” / Jack Johnson
“Brave” / Sara Bareilles
“Stay Alive” / Jose Gonzalez
“Over the Rainbow” / Israel Kamakawiwo’ole
“Don’t Be So Hard On Yourself” / Jess Glynne
“Born This Way” / Lady Gaga
“What A Wonderful World - Single Version” - Louis Armstrong
“Young, Wild & Free” (feat. Bruno Mars) / Snoop Dogg, Wiz Khalifa, Bruno Mars
“New Soul” / Yael Naim
“Confident” / Demi Lovato
Jadi, luangkan masa dan kuasakan diri anda dengan cinta untuk meraikan diri sendiri dengan senarai main (playlist) ini.
Info oleh: Spotify Malaysia
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA
0 Comments