PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL THISTLE JOHOR BAHRU

HOTEL, HOTEL HUNTING, HOTEL REVIEW, HOTEL REVIEW MALAYSIA, THISTLE JOHOR BAHRU,

Edisi #HotelHunting kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman menginap di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru iaitu Thistle Johor Bahru. Secara terperinci, hotel ini terletak di Jalan Sungai Chat, berhadapan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru. Hotel juga berhampiran dengan kedai Pisang Goreng Mawar yang popular. Kenapa memilih hotel ini sebagai penginapan? Teruskan membaca bingkisan ini.

Kunjungan saya ke Johor Bahru baru-baru ini adalah lanjutan percutian saya ke Singapura sempena cuti hujung tahun 2018. Memandangkan cuti masih berbaki, jadi saya mengambil kesempatan untuk teroka apa yang menarik di Johor Bahru pula. Sebelum memilih Thistle Johor Bahru sebagai penginapan, saya sempat membuat senarai hotel pilihan untuk ditempah. Setelah meneliti informasi dan rebiu daripada mereka yang pernah menginap di hotel Thistle Johor Bahru agak positif dan harga yang ditawarkan berpatutan, akhirnya hotel ini menjadi pilihan. Memandangkan hotel ini bertaraf 5 bintang, jadi ia menjadi idea menarik buat saya untuk menilai sendiri sejauh mana kualiti perkhidmatan yang ditawarkan hotel Thistle Johor Bahru.

HOTEL, HOTEL HUNTING, HOTEL REVIEW, HOTEL REVIEW MALAYSIA, THISTLE JOHOR BAHRU,

Sebagai info ringkas, Thistle Johor Bahru mempunyai 17 tingkat, 381 buah bilik yang telah mengalami renovasi termasuk 125 buah bilik yang menghadap laut di Selat Johor. Hotel Thistle Johor Bahru telah dibuka kepada umum pada Jun 2009. Jenama Thistle di Malaysia turut mempunyai cawangan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Urusan daftar masuk berjalan lancar. Saya suka akan ruang lobi hotel ini yang nampak mewah dan eksklusif, Hiasan lampu chandelier pada siling dan tangga persis rumah Inggeris memberi impak besar kepada ciri mewah ini.

HOTEL, HOTEL HUNTING, HOTEL REVIEW, HOTEL REVIEW MALAYSIA, THISTLE JOHOR BAHRU,

Usai urusan daftar masuk, saya terus menuju ke bilik yang berada di tingkat 9. Saya menempah bilik Deluxe Room termasuk sarapan pagi. Bilik Deluxe ini berkeluasan 32 meter persegi dengan bilik air mempunyai tab mandi. Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik berhawa dingin ini adalah Wi-Fi, TV LCD dengan siaran TV satelit, mini bar, minuman kopi dan teh dan beberapa kemudahan asas yang lain. Bilik saya bukanlah menghadap laut tetapi hanya city view sahaja kerana bilik menghadap laut berbeza harga dengan bilik menghadap city. Saya sempat meninjau kawasan sekitar sekitar hotel seperti lokasi gimnasium dan kolam mandi.

Sarapan pagi disediakan di restoran FRESH yang berada sama aras dengan lobi hotel. Saya turun agak lewat ketika bersarapan lagi, jadi agak sarat juga crowd yang turut sama bersarapan pagi.

Secara peribadi, saya berpuas hati sepanjang menginap di Hotel Thistle Johor Bahru ini. Namun kepuasan ini bukanlah kepuasan maksima. Kalau bercakap soal lokasi, hotel Thistle Johor Bahru bukanlah lokasi yang strategik jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri. Namun ini bukanlah isu memandangkan anda mempunyai pilihan untuk bergerak samada menggunakan kemudahan Grab atau teksi. Bilik agak selesa dengan katil dan tilam yang sangat empuk. Walaupun kamar ini baru mengalamai renovasi, tapi kamar mandi masih mengekalkan binaan asal. Nampak klasik!

Bagi sarapan pagi di restoran FRESH, menu yang ditawarkan penuh variasi dari makanan lokal hingga ke menu barat. Malah turut disediakan live cooking stall seperti roti canai. Kualiti rasa? Not bad walaupun bukan lah terbaik.

Namun secara keseluruhan, I really enjoyed staying in Thistle Johor Bahru walaupun saya tak dapat feel 5 stars vibes itu. Entahlah! Seperti ada sesuatu yang missing disitu. Feel nya tidak seperti yang saya dapati sewaktu menginap di Four Seasons Kuala Lumpur, Alila Bangsar dan St. Regis KL sebelum ini.

Tapi, ia bukanlah bermaksud hotel Thistle Johor Bahru tidak bagus malah saya tiada isu berkenaan perkhidmatan yang diberikan. Cuma I don’t feel luxury enough seperti hotel bertaraf 5 bintang. Apa-apa pun, ini cuma pandangan peribadi saya. Jika anda punya pengalaman menginap di hotel Thistle Johor Bahru boleh kongsikan bersama.

LOKASI HOTEL THISTLE JOHOR BAHRU 
Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 
80100 Johor Bahru

-

TELEFON: 07-222 9234 

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REFEISM #REEFISMTERRITORY #THISTLEJOHORBAHRU

0 Comments