Mencari lokasi tempat makan sedap dan menarik sudah menjadi hobi saya dan teman-teman akrab. Selain mencuba makanan yang ditawarkan, aktiviti seperti ini menjadi peluang dan momen kami untuk lepak dan berbual santai disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan kehidupan. Kali ini kami memilih untuk menjamu selera di sebuah restoran yang berada kawasan Brickfields iaitu Botanica + Co At Alila Bangsar.
Restoran Botanica + Co at Alila Bangsar ini terletak di Ground Floor bangunan Alila Bangsar bersama residen The Establishment (EST). Saya mengetahui kewujudan restoran ini sewaktu menginap di Alila Bangsar sebelum ini. Anda boleh KLIK DISINI untuk artikel pengalaman saya di Alila Bangsar.
Apa yang menarik tentang restoran Botanica + Co at Alila Bangsar ini? Melangkah masuk ke ruang restoran ini sudah meng WOW kan saya! Dekorasi cukup eksklusif dengan hiasan pepohon sebenar menjadikan suasana dalaman cukup nyaman. Restoran ini juga cukup unik kerana turut menjual variasi produk keperluan seperti makanan ringan dan toiletries. Sebagai info, restoran ini turut mempunyai cawangan di Bangsar South @ Kampung Kerinchi.
Kalau pergi tempat makan mestilah mahu mencuba menunya samada sedap atau sebaliknya. Memandangkan saya bersama 7 rakan karib yang lain, jadi kami dapat merasai setiap hidangan yang dipesan. Hidangan disini berkonsepkan fusion dan global dimana anda boleh nikmati makanan barat, Asia dan juga makanan tempatan. Menu pasembor juga ada disini serta seasonal menu Nasi Briyani Kambing turut ditawarkan kepada pengunjung untuk tempoh terhad.
Antara menu yang kami semua pesan adalah Wagyu Beef Burger, Sam’s Signature Laksa , Halibut Fish & Chips, Korean Bowl, Corne Beef Hash. Bagi minuman pula, kami memesan Assam Boi Mojito, Watermelon & Lychee Mint Soda.
WAGYU BEEF BURGER (RM45)
GRAIN-FED AUSTRALIAN WAGYU PATTY, ASIAN SPROUTS, GUACAMOLE, NORI, PICKLES GINGER & UNAGI SAUCE IN A HOUSE-MADE BUN, SERVED WITH FRIES.
SAM’S SIGNATURE LAKSA (RM41)
CHEF SAM’S SECRET RECIPE. LAKSA BROTH COOKED WITH FLOWER CRABS, SEAFOOD, LAKSA PESTO & SPECIAL CHILLI PASTE, TOPPED WITH BIG HEAD PRAWN, POACHED CHICKEN, JULIENNED FISH CAKE, SILVER SPROUTS & QUAIL EGG.
KOREAN BOWL (RM35)
EGG WOK-FRIED RICE WITH CRISPY FRIED CHICKEN, PASTEURIZED ONSEN EGG, CAULIFLOWER FURIKAKE
Secara peribadi, semua menu menepati piawaian tekak saya namun my personal favourite adalah Sam’s Signature Laksa kerana rasa kuahnya cukup authentic, Wagyu Beef Burger kerana patty nya yang juicy dan Halibut Fish & Chips kerana kepingan ikannya cukup segar dan crunchy di luar. Harga yang ditawarkan pada saya tidaklah murah namun ianya tidak juga mahal. Berbaloi dengan saiz hidangan kerana portion makanan agak besar. Jadi adakah berbaloi? Jawapannya adalah ya! Cukup berbaloi untuk wang anda. Portion menu agak besar, ada menu sesuai untuk vegetarian, suasana kedai cukup eksklusif dan servis pekerja disini memang saya tabik! Super-friendly dan efisen. Cuma anda mungkin terpaksa menunggu sedikit lama untuk hidangan sampai ke meja anda kerana ada beberapa menu yang memerlukan lebih masa penyediaannya. Saya diberitahu bahawa chef yang menyediakan menu disini cukup teliti dan hanya menggunakan produk berkualiti dan segar setiap hari.
LOKASI BOTANICA + CO AT ALILA BANGSAR
58, JALAN ANG SENG, BRICKFIELDS,
50470 KUALA LUMPUR
-
WAKTU OPERASI
ISNIN – JUMAAT: 8AM–10PM
SABTU – AHAD: 9:30AM–10PM
-
TELEFON: 03-2268 3818
-
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BOTANICACO
0 Comments