LIRIK LAGU HARAM NYANYIAN HAEL HUSAINI DAN DAYANG NURFAIZAH

AJL 33, dayang nurfaizah, HAEL HUSAINI, HARAM, lirik lagu,

Anugerah Juara Lagu ke 33 usai berlalu dengan mengangkat lagu Haram dendangan Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah sebagai juara untuk ke edisi kali ini. Lagu ciptaan Hael sendiri bersama Ezra Kong berjaya menewaskan 11 finalis lain yang tidak kurang hebatnya.

Lagu Haram menjadi titik kerjasama duet sulung diantara Ratu RnB Malaysia, Dayang Nurfaizah nyata membuahkan hasil menerusi pengiktirafan sebagai terbaik di pentas berprestij AJL 33. Bagi pandangan peribadi, lagu Haram bukalah my personal favourite namun saya tidak menafikan lagu ini punya kekuatan tersendiri serta melodi dan lirik nya yang lebih segar dan lain daripada muzik kebiasaan yang kita dengar dalam persada muzik lokal. Juri profesional telah sebulat suara menobatkan lagu Haram sebagai Juara di AJL 33, jadi kita harus akur kepada keputusan yang telah dibuat oleh mereka yang berpengalaman dalam lapangan ini. Tahniah kepada Hael, Ezra dan Dayang Nurfaizah!



LIRIK LAGU HARAM (HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH)

LAGU: HAEL HUSAINI & EZRA KONG
LIRIK: HAEL HUSAINI & EZRA KONG




Selalu salah salah salah aku

Memilih cinta aku dulu

Mati rasa aku



Dan benar benar benar kali ini

Memilih kamu

Mencintai aku



Rahsiakan cinta ini

Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti



Oh biar rasa ini

Tersimpan hanya untuk aku

Kamu saja tahu

Oh biar rasa ini

Hanya sekadar engkau tahu

Aku ada bila perlu







Kita saja tahu

Ternyata benar benar kali ini

Memilih kamu

Mencintai aku



Rahsiakan cinta ini

Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti

Oh biar rasa ini

Tersimpan hanya untuk aku

Kamu saja tahu

Oh biar rasa ini

Hanya sekadar engkau tahu

Aku ada bila perlu



Kita saja tahu



Kan ku haramkan hati

Selain diri ini (ohh ohh)

Hanya kita berdua

Oh biar rasa ini

Tersimpan hanya untuk aku

Kamu saja tahu



Oh biar rasa ini

Hanya sekadar engkau tahu

Aku ada bila perlu (ohh)

Kita saja tahu (ohh)

Kita saja tahu






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HARAM #LIRIKLAGU

0 Comments