LEPAK MAKAN DI RESTORAN LITTLE RIMBA TTDI

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,

Makan lagi! Makan kat salah satu nikmat kehidupan. Jadi kita kenalah menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Takut gemuk? Bersenam dan berpada-pada dalam pengambilan makanan seharian anda. Senang bukan! Hihihi. Satu lagi tempat makan sedap dan menarik ingin saya kongsikan bersama anda. Kenapa menarik? Sebuah restoran konsep hipster tetapi menghidangkan kebanyakkannya menu tempatan popular.

Restoran yang saya maksudkan adalah restoran Little Rimba yang terletak di Taman Tun Dr Ismail TTDI Kuala Lumpur. Saya diberitahu bahawa restoran ini adalah adik beradik dengan restoran Rimba dan Rusa yang terletak di Sunway Nexis Kota Damansara dan diuruskan oleh syarikat Wondermilk.

Sebenarnya ini adalah kunjungan kedua saya kesini. Waktu pertama kali makan disini saya tidak sempat mengutip info dan mengambil foto. Jadi untuk kunjungan kali ini, saya ambil peluang untuk kongsi bersama anda semua. Baik tak saya? Hihihi.

Saya cukup tertarik dengan konsep restoran Little Rimba ini yang pada pengamatan saya cukup minimalis. Sesuai dengan trend tempat makan sekarang yang mesra Instagram. Tarikan utama pastinya mural seekor harimau yang comel bernama Chombi. Restoran Little Rimba juga turut menjual beberapa produk seperti sos masakan, snek dan beg tote yang cukup comel.



LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,



LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,




LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,





Dibuka seawal jam 7.30 pagi, kafe ini menyediakan seleksi hidangan lokal seperti Nasi Ayam, Soto Ayam, Assam Laksa, Pengat Durian, Pisang Goreng, Rojak dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, mereka turut menyediakan beberapa menu makanan barat bagi memenuhi selera pelanggan. Ruang restoran ini tidak besar. Maksimun pengunjung yang boleh muat dalam satu masa mungkin dalam 50 orang. Jadi jika anda takut setibanya anda disini kedai full house, saya menyarankan anda telefon pihak restoran dahulu. 

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,





Menariknya, nama menu disini cukup unik dan klasik! Antara menu yang saya bersama rakan-rakan pesan adalah Lontongku Sayang, Laksa Nyonya Samba Ria, Nasi Lemak Cinta Ayam Berempah.


LONTONGKU SAYANG (RM13.20)

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,


NASI IMPIT, VEGETABLES, COCONUT MILK CURRY, KUAH KACANG, SAMBAL



LAKSA NYONYA SAMBA RIA (RM13.20)

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,


SPICY CURRIED SOUP, TOFU, NOODLES, SAMBAL, SHREDDED CHICKEN



NASI LEMAK CINTA WITH AYAM GORENG BEREMPAH (RM15)

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,


COCONUT RICE, SAMBAL TUMIS, IKAN BILIS GORENG, BOILED EGG, HOUSE SPECIAL FRIED CHICKEN



NACHANGDING (RM13.20)

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,


NASI HIMPIT, KUAH KACANG WITH SERUNDING DAGING



RASPERRY VELVET CHEESE (RM4.65)

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,



ICED TEH TARIK DAN JUS

LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,







Secara peribadi, saya suka akan kualiti rasa bagi menu yang saya cuba disini. Lontongku Sayang cukup santan dan rasanya memang authentic! Begitu juga dengan Nasi Lemak Cinta Ayam Berempah dimana nasinya cukup lemak, ayamnya cukup rempah. Laksa Nyonya juga tidak mengecewakan saya. Kek Rasberry Red Velvet disini wajib dicuba! Tekstur kek yang lembut dan moist. My favourite! Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan saiz hidangan yang diberikan. Cuma saya harapkan agar restoran Little RImba ini dapat memanjangkan waktu operasi sehingga malam kerana saya percaya, ramai pelanggan yang ingin makan malam disini. Waktu operasi sekarang adalah sehingga jam 6.30 petang sahaja.


LITTLE RIMBA TTDI, MAKANAN, TEMPAT MAKAN SEDAP, tempat makan sedap di kl,

LOKASI LITTLE RIMBA TTDI
NO1, LORONG DATUK SULAIMAN 7, 
TAMAN TUN DR ISMAIL, 
60000 KUALA LUMPUR.

-

WAKTU OPERASI

SELASA – AHAD: 7.30 PAGI – 6.30 PETANG

ISNIN: TUTUP

-

TELEFON: 03-7733 6177

-

LAMAN FACEBOOK RASMI


LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LITTLERIMBA #CHOMBILITTLERIMBA

0 Comments