JUARA MISS PINKLADY 2018 MUSIM PERTAMA MILIK ISMAHAN KHAN

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

Setelah 13 episod mengharungi cabaran menerusi program pencarian supermodel atas talian pertama di Malaysia Miss Pinklady, akhirnya mahkota kemenangan menjadi milik Ismahan Khan dari Kuala Lumpur. Ismahan, 23 tahun berjaya menewaskan enam lagi finalis iaitu Vivienna (Sarawak), Hafsa (KL), Fifi (Pulau Pinang), Adeline (JB), Nashra (KL) dan Shazrene (Sarawak). Malam kemuncak Miss Pinklady yang telah diadakan di Grand Paciific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damasara ini menyaksikan Ismahan membawa pulang wang tunai RM10 ribu dan hadiah sampingan yang bernilai RM5 ribu. Pada masa sama, Ismahan turut dianugerahkan Miss Most Talented dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1 ribu.

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
CEO HEIDI EMPIRE TRADING ENCIK HEIDI SYAFIQ (BERSUT BIRU) BERSAMA FINALIS MISS PINKLADY





Menurut Ismahan, beliau cukup terkejut dan bersyukur atas kemenangan ini. Tambah beliau, program Miss Pinklady ini banyak memberi ilmu kepadanya. Malah pengalaman yang cukup berharga sepanjang berada dalam program ini memberi impak kepada personaliti diri beliau. Ismahan berterima kasih kepada pihak Miss Pinklady dan iCube Studio selaku pengarah program ini atas kepercayaan dan peluang yang diberikan. Beliau turut berterima kasih kepada pihak juri, barisan penaja, tenaga produksi, keluarga dan peminat atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau.

Tempat kedua program Miss Pinklady musim pertama dimenangi oleh Vivienna dari Sarawak manakala tempat ketiga menjadi milik Hafsa dari Kuala Lumpur. Hafsa turut memenangi kategori Miss Social Media yang ditentukan daripada undian atas talian menerusi laman web dan media sosial rasmi Miss Pinklady.

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
DARI KIRI: HAFSA (KETIGA), ISMAHAN (JUARA) DAN VIVIENNA (KEDUA)


Beberapa kategori khas untuk dipertandingkan pada malam akhir pencarian Miss Pinklady antaranya Miss Personality yang dimenangi oleh Afi dari Kedah, Best Evening Gown dimenangi oleh Alana, Best Catwalk dimenangi oleh Fifi, Miss Photogenic milik Nashra.

Pada malam akhir Miss Pinklady, para finalis dinilai menerusi peringkat penjurian iaitu persembahan bakat, evening gown dan sesi soalan uji minda.

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,





Malam akhir Miss Pinklady telah diadili oleh 8 juri profesional iaitu Bon Zainal, Sazzy Falak, Samantha Katie James (Miss Universe Malaysia 2017) , Kiffy Razak, Ridzuan Bohari, Dato Tiffanee Marie Lim, Lila Majnum dan Asyu Vianaa.

Menurut Encik Heidi Syafiq selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Heidi Empire Trading merangkap penganjur utama program Miss Pinklady, pihaknya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh semua yang terlibat sepanjang program Miss Pinklady ini. Atas kejayaan program ini, beliau turut membuat kejutan dengan mengumumkan program Miss Pinklady musim kedua dimana musim terbaru ini nanti bakal melebarkan sayap ke 4 negara Asean iaitu Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Pencarian peserta untuk musim terbaru Miss Pinklady “Go To Asia” akan bermula pada Julai nanti.

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,



MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
TOP 7

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
SESI Q & A





Miss Pinklady adalah sebuah program yang diilhamkan daripada nama produk khusus untuk wanita Pinklady PL Peuraria Mirifica keluaran Heidi Empire Trading. Penganjuran program seperti ini menjadi titik permulaan dalam mengukuhkan nama serta mengembangkan pasaran produk keluaran syarikat sehingga ke peringkat global. Malah pihak syarikat merancang untuk meluaskan jenama Pinklady dalam bidang fesyen dan kecantika di masa hadapan.

Malam kemuncak Miss Pinklady musim pertama ini telah dihoskan oleh Sushine yang turut menjadi mentor kepada para peserta sepanjang program Miss Pinklady berlangsung. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Ratu Rock Malaysia, Ella dan Aliff Aziz serta menyaksikan kehadiran beberapa selebirti tanahair antaranya Erul Samah, Siti Sairah, Siti Saida, Ika Nabella, Aidil Aziz, Chacha Maembong dan Fara Hezel.

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
ELLA

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
ALIFF AZIZ

MISS PINKLADY 2018, PINKLADY,
ERUL SAMAH

Tayangan program Miss Pinklady telah bermula pada 1 Disember 2018 dan boleh ditonton secara atas talian menerusi laman web rasmi https://www.pinklady.tv/ dan laman Youtube rasmi PINK LADY TV.


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MISSPINKLADY

0 Comments