Kini, saya boleh rasai keenakkan dan kesegaran makanan laut dari Semporna tanpa perlu terbang ke sana. Ini kerana Gerai Ikan Bakar Semporna sudah dibuka di Metro Prima Kepong. Istimewanya, gerai ini menghidangkan seleksi makanan asli dari Semporna dan bahan-bahan yang digunakan adalah diimport terus dari sana. Gerai Ikan Bakar Semporna ini yang terletak di Pusat Niaga Metro Prima Kepong turut menyajikan menu seperti Latok, Gulai Pari (Sagol) dan beberapa jenis kerabu khas masakan ala Sabah.
Menurut pengusaha Gerai Ikan Bakar Semporna, Puan Fatimah Kadir atau mesra dengan panggilan Kak Fify, ikan yang dijual disini diambil dari Sabah dua kali sehari menerusi kargo udara. Manakala Latok pula diambil 2 kali seminggu terus dari Semporna. Beliau yang juga merupakan anak jati Semporna cuba membawakan selera masakan dari Semporna sejak 3 tahun lalu kerana akui bahawa agak sukar untuk mendapatkannya di semenanjung khususnya di Lembah Klang.
PEMILIK GERAI, PUAN FIFY |
IKAN BALAWIS
Ikan Balawis adalah antara menu kegemaran saya disini kerana isi ikan Balawis ini cukup lemak dan manis.
IKAN BALAWIS KANAN SEKALI |
IKAN UJI RASHID (IKAN MATA BESAR)
Ikan Mata Besar atau mendapat gelaran Uji rashid dek kerana matanya yang besar. Isi ikan ini agak padat.
IKAN AYAM
Ikan ini mempunyai tekstur kulit yang tebal. Saya sukakan rasa isi ikan ini seakan rasa isi ayam. Namanya diberi barangkali kerana rasanya.
KEPAK AYAM PANGGANG
One of my favourite! Kepak ayam dimasak dengan perapan khas juga dipanggang menggunakan dapur arang.
LATOK (ANGGUR LAUT)
Latok adalah sejenis rumpai laut yang menjadi makanan tradisional bagi suku kaum Bajau. Ini pertama kali yang mencuba Latok dan secara perribadi saya sukakan rasanya yang sedikit masin dan rangup bila dimakan. Saat anda kunyah seperti ada letupan kecil di dalam mulut. Lagi enak dimakan bersama sambal cicah.
AGAR-AGAR (KERABU KOLAGEN)
Kerabu ini diperbuat daripada bahan- bahan seperti hirisan mangga dan rumpat laut yang cukup popular di Sabah. Pertama kali makan, saya terus jatuh cinta!
KERABU IKAN (HINAVA)
Satu lagi my personal favourite! Kerabu yang dicampurkan dengan isi ikan segar. Saya meratah kerabu ini sehingga dua piring penuh!
SOTONG MASAK HITAM
Sotong yang dimasak berkuah dan menggunakan dakwat hitam pada kepala sotong untuk memberi warna dan rasa kepada menu ini.
GULAI PARI (SAGOL)
Juga dikenali dengan nama Sagol, gulai ini dimasak tanpa menggunakan santan. Sedap!
Jika anda sukakan makanan laut dan citarasa masakan Sabah khusus dari Semporna, anda harus datang dan mencuba sendiri di Gerai Ikan Bakar Semporna Metro Prima Kepong. Ikan yang dijual serta hidupan laut lain cukup segar. Malah menu lain seperti kerabu tidak mengecewakan saya. Kalau saya sendiri makan bertambah nasi maksudnya memang sedap masakan disini. Jom makan di Gerai Ikan Bakar Semporna, Original Semporna Bossku!
LOKASI GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA
METRO PRIMA KEPONG
JALAN METRO 1,
METRO PRIMA,
52100 KUALA LUMPUR
(PUSAT PENJAJA METRO PRIMA KEPONG)
-
WAKTU OPERASI:
4 PETANG -12 TENGAH MALAM
SETIAP HARI
(TUTUP HARI KHAMIS MINGGU KE-2 DAN KE-3)
-
TELEFON: 011-26175977
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IKANBAKARSEMPORNA
4 Comments
wah makan ramai ramai memang cool
ReplyDeleteSedap..terbaik makan sini
Deletewalaupun tak pernah pi Semporna, tapi awat makanan dia semua nampak sedap!
ReplyDeleteMemang berbaloi makan sini..
Delete