HARGA SEMUA MENU RESTORAN AROII THAI NU SENTRAL RM2.09 SEMANGKUK

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

Rasa terbeban makan diluar kerana harga sepinggan hidangan semakin mahal? Usah khuatir! Masih ada restoran yang mampu memberi anda penjimatan ketika menjamu selera. Saya temui sebuah restoran yang berkonsepkan Thai street food yang menawarkan harga yang benar-benar mampu milik. Mana nak jumpa kedai makan yang menjual semua jenis hidangan pada harga RM 2.09*? Tetapi di restoran Aroii Thai mereka menjadikannya satu realiti.

Kunjungan saya ke restoran Aroii Thai Nu Sentral baru-baru setelah diajak oleh teman saya yang teringin mahu makan makanan Thai. Kata beliau, masakan di Aroii Thai sedap dan rasanya asli seperti makan di negara Thailand. Menariknya lagi, beliau turut memberitahu konsep yang dibawakan oleh restoran Aroii Thai ini cukup menarik iaitu semua hidangan di sajikan dalam mangkuk yang sama saiz dan semua berharga RM 2.09*.

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,





Pada mulanya saya tidak percaya tetapi setelah sampai di restoran dan membuka menu, ternyata apa yang dikhabarkan teman saya adalah benar. Yes! You heard me. Semua menu sama harga iaitu RM 2.09* (tidak termasuk 10% service charge). 

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

Ruang restoran agak besar dimana terdapat juga meja diluar premis. Dekorasi restoran cukup minimalis namun menerapkan elemen Thailand. Konsep mengambil pesanan juga cukup mudah! Anda akan diberikan menu bersama sekeping borang pesanan dan pensil. Setiap menu telah diberikan kod khas seperti A1 - Chicken Glass Noodle Soup dan pada borang juga telah tersedia kod-kod menu. Anda hanya perlu menandakan bilangan mangkuk yang hendak dipesan. Selesai mengisi borang pesanan, anda berikan kepada staff bertugas. Itu sahaja!

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,





Memandangkan saiz mangkuk yang disajikan bersaiz kecil, jadi saya dan teman memesan 10 mangkuk pelbagai menu. Jika rasa tidak puas makan, anda masih boleh menambah pesanan sekiranya pesanan awal anda sudah tiba di meja. Minuman? Harga minuman juga sama iaitu RM 2.09*. Antara menu yang saya pesan adalah Beef Glass Noodle Soup (A2), Chicken Glass Noodle Soup (A1), Vegetarian Spicy Spring Roll (C3), Thai Green Curry Chicken with Rice (B4), Traditional Pandan Chicken (C10), Green Papaya Salad / Som Tam (C7), Thai Tago Pudding (E1) dan Thai Iced Tea (D1). 

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
BEEF GLASS NOODLE SOUP

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
CHICKEN GLASS NOODLE SOUP

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
GREEN PAPAYA SALAD/SOM TAM

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
THAI GREEN CHICKEN CURRY WITH RICE

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
TRADITIONAL PANDAN CHICKEN

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
THAI TAGO PUDDING

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,
VEGETARIAN SPICY SPRING ROLL

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,





Secara peribadi, semua menu yang dicuba memang sedap dan menepati selera saya. Kualiti rasa sama seperti yang pernah saya cuba di negara Thailand. My personal favourite adalah Thai Tago Pudding atau Tepung Pelita ala Thai. Enak dan terasa lemak manis. Kuah sup pada Beef and Chicken Glass Noodle tidak mengecewakan. Thai Iced Tea juga sedap! Nasib baik kami sekadar pesan 5 mangkuk seorang. Itupun sudah kenyang.

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AROII THAI, MAKANAN, RESTORAN THAI, AROII THAI NU SENTRAL,





Berbaloi ke makan di restoran Aroii Thai? Ya, cukup berbaloi! Harga mampu milik, kualiti menu menepati rasa asli, servis para pekerja juga pantas. Tidak perlu menunggu lama menu yang telah dipesan. Anda mahukan diskaun? Like laman Facebook rasmi Aroii Thai dan anda layak mendapat 10% diskaun ke atas bil untuk pembelian seterusnya. Restoran Aroii Thai turut mempunyai sebuah lagi cawangan di Cyberjaya.


LOKASI AROII THAI NU SENTRAL 
LG.33, NU SENTRAL MALL, 
JALAN TUN SAMBANTHAN, 
50470 KUALA LUMPUR
-  

WAKTU OPERASI: 

10 PAGI – 10 MALAM SETIAP HARI 

-

TELEFON: 03-22765168 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AROIITHAI


0 Comments