TRIP KE PULAU BELITUNG #REEFTRAVELS – PENGENALAN

PULAU BELITUNG INDONESIA

Siapa yang tidak suka travel bukan? Meneroka tempat asing, pelajari perkara baru, menikmati ciptaan Tuhan menjadikan kembara itu sesuatu yang misteri namun menyeronokkan. Itulah antara faktor kenapa kembara harus menjadi salah satu aktiviti dalam kalendar hidup anda. Seperti saya, mengembara memberi saya pengembangan minda menerusi perspektif berbeza. Malah aktiviti ini secara tidak langsung mengajar saya erti muhasabah diri. 

Edisi #ReefTravels kali ini saya ingin berkongsi pengalaman selama 4 hari berkelana di salah sebuah pulau di negara Indonesia iaitu Pulau Belitung. Mungkin ada yang sudah tahu dan ada juga yang barangkali tertanya dimanakah lokasi sebenar pulau Belitung ini. Jangan terkeliru dengan Pulau Bangka Belitung kerana Pulau Belitung dan Pulau Bangka Belitung adalah dua pulau yang berbeza.

Bagi yang meminati naskhah Laskar Pelangi, saya percaya bahawa Belitung pasti berada dalam THINGS TO DO wishlist anda bukan? Karya asli Andrea Hirata ini telah memberi impak besar kepada bumi Belitung ini. Dari novel menjadi karya filem menceritakan kisah dua orang guru bersama 10 orang pelajar disebuah sekolah pondok berjuang demi ilmu dan masa depan anak-anak Belitung ini memberi dimensi baru kepada industri perfileman Indonesia.

Walaupun filem ini telah lama diterbitkan, kira-kira 11 tahun lalu, orang ramai masih memperkatakan tentangnya. Paling penting, novel dan filem ini membuka mata ramai pihak bahawa Indonesia mempunyai sebuah tanah pulau yang cukup indah dan menarik untuk diteroka. Saya berkesempatan mengembara ke Pulau Belitung baru-baru ini untuk merasai sendiri pengalaman berada di pulau yang mendapat jolokan MALDIVES INDONESIA ini. Terima kasih kepada agensi pelancongan MTN Getaways yang berpangkalan di Singapura kerana menjadikan impian saya nyata! Untuk pengetahuan anda, tiada penerbangan terus ke Belitung dari Kuala Lumpur. Anda boleh menaiki pesawat ke mana-mana destinasi di Indonesia dan kemudian menaiki pesawat domestik Belitung atau menggunakan khidmat MTN Getaways Pte. Ltd. yang menyediakan penerbangan terus dari Singapura ke Belitung menggunakan pesawat Garuda Indonesia.

Sedikit info tentang Belitung (atau Belitong yang diambil daripada nama sejenis siput laut). Dahulu, Belitung dikenali dengan nama Billiton. Belitung merupakan sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan pantai timur Sumatera, Indonesia, di Laut Jawa. Kota utama bagi Belitung adalah Tanjung Pandan. Belitung terkenal dengan lada hitam dan bijih timah. Pulau Belitung terbahagi kepada dua buah kabupaten, iaitu Kabupaten Belitung dan Kabupaten Belitung Timur yang masing-masing mempunyai ibu kotanya di Tanjung Pandan dan Manggar. Kisah dulu mengatakan bahawa pulau ini merupakan sebuah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut di bahagian utara dan terjadinya Pulau Belitung ini. Allahualam. Pulau Belitung ini dikelilingi oleh ratusan pulau kecil disekitarnya.

Sebagai pengenalan kepada edisi #ReefTravels, saya akan berkongsi secara asas menerusi lensa kamera, tempat menarik yang sempat saya teroka di Belitung ini.


SD MUHAMMADIYAH (REPLIKA SEKOLAH LASKAR PELANGI)

SD MUHAMMADIYAH (REPLIKA SEKOLAH LASKAR PELANGI)

SD MUHAMMADIYAH (REPLIKA SEKOLAH LASKAR PELANGI)






MUSEUM KATA ANDREA HIRATA 

MUSEUM KATA ANDREA HIRATA

MUSEUM KATA ANDREA HIRATA






PANTAI TANJUNG TINGGI (PANTAI LASKAR PELANGI)

PANTAI TANJUNG TINGGI (PANTAI LASKAR PELANGI)

PANTAI TANJUNG TINGGI (PANTAI LASKAR PELANGI)






PULAU LENGKUAS 

PULAU LENGKUAS

PULAU LENGKUAS

PULAU LENGKUAS






PULAU KEPAYANG 

PULAU KEPAYANG

PULAU KEPAYANG

PULAU KEPAYANG


PULAU KELAYANG 

PULAU KELAYANG

PULAU KELAYANG

PULAU KELAYANG


DANAO KAOLIN 

DANAO KAOLIN

DANAO KAOLIN






PONDOK KELAPA 

PONDOK KELAPA

PONDOK KELAPA


VIHARA DEVI KWAN IM 

VIHARA DEVI KWAN IM

VIHARA DEVI KWAN IM






PANTAI BURUNG MANDI 

PANTAI BURUNG MANDI

PANTAI BURUNG MANDI


RAJA SEAFOOD BELITUNG 

RAJA SEAFOOD BELITUNG

RAJA SEAFOOD BELITUNG


RUMAH MAKAN FEGA 

RUMAH MAKAN FEGA

RUMAH MAKAN FEGA






RUMAH MAKAN BELITONG TIMPO DULUK 

BELITONG TIMPO DULUK

BELITONG TIMPO DULUK


MIE BELITUNG HANGGAR 21 

MIE BELITUNG






KONG DJIE COFFEE 

KONG DJIE COFFEE

KONG DJIE COFFEE


KAMPOENG AHOK

KAMPOENG AHOK

KAMPOENG AHOK






Itulah antara serba ringkas Things that I did sepanjang kembara saya selama 4 hari 3 malam di bumi Belitung. Saya harus berterima kasih kepada pihak MTN Getaways Pte. Ltd. kerana menjadikan kembara di bumi Belitung ini satu memori yang cukup indah. Nantikan kisah lanjut kembara saya di bumi Belitung ini pada entri yang akan datang. Sementara itu, jika anda sudah tidak sabar untuk menikmati sendiri keajaiban Pulau Belitung ini, anda boleh mendapatkan khidmat MTN Getaways Pte. Ltd. dengan melayari laman sesawanng dan juga media sosial rasmi mereka.


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


NO TELEFON:
 +6565090183 / +6585313381 (Faizun) 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MTNGETAWAYS #NAZAHOLDINGS

0 Comments