DORAEMON POP UP STORE KINI DIBUKA DI PARADIGM MALL PETALING JAYA – UNTUK TEMPOH TERHAD!

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

Mereka yang seusia dengan saya pasti mengenali karektor kartun berupa robot kucing biru, Doraemon dengan poket empat dimensinya yang penuh dengan seribu satu peralatan canggih. Keletahnya cukup mencuit hati setiap kali cuba membantu si Nobita yang pemalas, kurang aktif sukan, kurang bijak dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Terusik memori mengenang kembali zaman kanak-kanak yang pada waktu itu siri kartun Doraemon ini menjadi fenomena. Ingat lagi setiap hari Ahad jam 7 malam di siaran RTM kemudiannya beralih ke siaran NTV7 setiap Sabtu jamn 7.30 malam, saya dan adik beradik lain sudah melekat depan TV semata-mata untuk menonton siri ini. 

Berita baik kepada semua peminat Doraemon! Syarikat Animation International (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Paradigm Mall, Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ) membuka secara rasmi Doraemon Pop up Store di aras Upper Ground (UG) pusat membeli-belah ini bermula 11 Januari hingga 17 Februari 2019.

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

Selain mempamerkan 30 patung figura bersaiz manusia, para pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan inspirasi Doraemon yang dijual di pop-up store ini. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik sepanjang hujung minggu telah diatur khas buat pengunjung yang hadir dimana aktiviti-aktiviti ini boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur.

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,





Pembukaan Doraemon Pop Up Store di Paradigm Mall Petaling Jaya ini adalah hasil sambutan luar biasa ke atas stor yang sama yang telah dibuka di Paradigm Mall Johor Bahru sebelum ini. Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd, Encik Steve Chow yakin bahawa acara ini dapat memberi peluang serta menarik minat pencinta lama dan baharu watak anime popular Doraemon dari dalam dan luar negara.

Sebagai info, komik Doraemin yang diterbitkan oleh Shogakukan ini telah mengumpul 1,345 cerita dalam siri asalnya dan Doraemon pernah muncul di majlis penutup Olimpik Musim Panas 2016 bagi mempromosikan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo nanti.

Mengimbau tahun 2013, 100 Doraemon Secret Gadget Expo pernah diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur. la mendapat sambutan hangat, rata-rata peminat dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina yang sanggup berkunjung ke negara kita demi anime Doraemon kesayangan mereka.

Majlis perasmian stor khas Doraemon di Paradigm Mall PJ ini telah berlangsung di pusat membeli belah Paradigm Mall Petaling Jaya baru-baru ini. Turut hadir ke majlis ini adalah Yang Berbahagia Dato' Haslina bt. Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta 40 orang kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit.

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,

DORAEMON POP UP STORE, PARADIGM MALL PJ,
DARI KIRI: EN. STEVE LEONG (PENGARAH ANIMATION INTERNATIONAL (M) SDN. BHD.), YBHG. DATO' HASLINA ABDUL HAMID (TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELANCONGAN, KESENIAN & KEBUDAYAAN) DAN ENCIK TAN BOON LEONG (PENGURUS PUSAT PARADIGM MALL PJ).


BERRSAMA ANAK-ANAK DARIPADA YAYASAN CHOW KIT





Pengurus Pusat Paradigm Mall PJ, Tan Boon Leong berkata sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi serta pembukaan stork has Doraemon ini dapat memberi kegembiraan buat kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit ini.

Selain tema ikonik Doraemon di Paradigm Mall PJ, dekorasi bunga mekar turut menghiasi pusat membeli-belah tersebut sempena perayaan Tahun Baru Cina. Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm Mall JB) dan Gateaway@Klia2 juga akan turut dimeriahkan dengan hiasan bunga- bunga yang melambangkan tuah, kemakmuran dan tenaga positif Tahun Baru Cina.







Bagi menambah keseronokan dan menjadikan Tahun Baru Cina kali ini lebih istimewa, pihak Paradigm Mall menyediakan pelbagai aktiviti dan barangan menarik untuk anda seperti berikut:


PENEBUSAN EKSKLUSIF BARANGAN DORAEMON

11 Januari - 17 Februari 2019

Pengunjung pusat membeli-belah dengan pembelian minimum RM288* boleh menebus payung Doraemon.

Manakala ahli program ganjaran WCT Buddy berpeluang menebus Beg Non-Woven Doraemon edisi terhad dengan pembelian minimum RM238.


PENEBUSAN EKSKLUSIF PAKET ANGPOW

18 Januari - 17 Februari 2019

Sebarang pembelian minimum RM138* layak menebus Siri Paket Angpow Peony manakala pembelian minimum RM188* pula layak mendapat Siri Paket Angpow Doraemon.

*Tertakluk pada terma dan syarat sementara stok masih ada.


Untuk sebarang maklumat tentang acara dan promosi, sila layari https://www.facebook.com/DoraemonMY dan www.paradigmmall.com.my. Anda juga boleh mengunjungi Kaunter Pertanyaan di Aras CC Paradigm Mall atau hubungi talian khidmat pelanggan di 03-78011188 untuk pertanyaan lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORAEMONMY #DORAEMONMALAYSIA

0 Comments