AZHARINA AZHAR YAKIN JOJIE MAMPU MENJAGANYA

AZHARINA AZHAR, INDUSTRI MUZIK MALAYSIA, JOJIE, MUZIK,

Azharina Azhar atau panggilan mesra Nina boleh saya katakan salah seorang penyanyi hebat dalam industri muzik Malaysia. Kenapa saya kata hebat? Vokal yang mantap serta sentiasa dinamik tiap kali membuat persembahan. Senang kata, Nina ini boleh saya kategorikan sebagai the real entertainer. Siapa yang tidak kenal lagu Elegi Sepi yang pernah mencetus fenomena satu ketika dulu. Malah hingga kini, saya tidak pernah jemu mendengar berulang kali lagu berhantu itu.

Diam tak diam sebenarnya sudah hampir 18 tahun Azharina berkecimpung didalam dunia nyanyian. Bermula dari kejayaannya merangkul gelaran Juara Bintang RTM pada tahun 2001 dan terkini Juara edisi Gegar Vaganza 2016 (GV3) telah mengukuhkan lagi nama Azharina di persada muzik. Sebagai info, sejak hari pertama Azharina aktif dalam bidang seni suara, beliau telah menyertai sejumlah 108 pertandingan nyanyian dan memenangi 105 darinya. Malah tidak ramai yang tahu bahawa Azharina Azhar pernah mendapat penghargaan dari Lombok Indonesia sebagai artis Malaysia pertama yang mengadakan persembahan konsert disana.

AZHARINA AZHAR, INDUSTRI MUZIK MALAYSIA, JOJIE, MUZIK,





Kenapa tiba-tiba Jojie ‘mengikat’ Azharina pula? Semua sedia maklum bahawa Jojie Aminuddin atau Jojie merupakan kakak kepada Ratu Rock Negara, Ella. Sudah 35 tahun beliau melibatkan diri dalam dunia seni dan lihatlah hasilnya apabila beliau berjaya meletakkan jenama Ella di kelas yang tersendiri. Walaupun kini beliau tidak ‘bersama’ Ella lagi, beliau aktif dalam bidang perniagaan bersama-sama suaminya.

AZHARINA AZHAR, INDUSTRI MUZIK MALAYSIA, JOJIE, MUZIK,






Atas sebab sayang dan kagum dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh Azharina, Jojie secara rasmi akan mengurus perjalanan karier Azharina Azhar. Kenapa Azharina? Menurut Jojie, Azharina merupakan seorang insan seni yang amat berbakat dan punyai keunikan suara tersendiri. Jojie merasakan bahawa vokal Azharina adalah diantara yang terbaik di Malaysia dan layak digelar Queen of Soul Malaysia.

AZHARINA AZHAR, INDUSTRI MUZIK MALAYSIA, JOJIE, MUZIK,





Bagi Azharina pula, beliau sememangnya sudah lama ingin melamar Jojie dan akhirnya impian ini tercapai. Azharina optimis dengan kemampuan Jojie kerana yang sudah 35 tahun dalam industri dan pastinya, ia mampu melonjakkan lagi nama Azharina pada satu aras yang lebih tinggi dengan adanya Jojie sebagai Pengurus dan juga Penasihat Muzik kepadanya. Kelainan pastinya berlaku dari segi imej, pemilihan lagu, susunan muzik serta pemasaran karya karya baru Azharina selepas ini dan inilah yang diimpikan oleh Azharina.

Pelbagai perancangan untuk tahun 2019 telah diatur setelah perbincangan diantara Jojie dan Azharina. Antaranya, Azharina bakal merakamkan single terbaru dengan susunan muzik yang baru, perancangan untuk konsert pada masa hadapan, peluang untuk menembusi pasaran negara negara jiran, Azharina sebagai Duta jenama dan sebagainya. Di khabarkan juga Azharina akan terlibat dalam sebuah pementasan teater pada tahun ini.

AZHARINA AZHAR, INDUSTRI MUZIK MALAYSIA, JOJIE, MUZIK,






Semoga kerjasama ini dapat memberi sinar dan menyemarakkan lagi industri muzik Malaysia. Jika anda punya sebarang pertanyaan atau tempahan persembahan Azharina, boleh terus menghubungi Jojie di talian 010-7616 844 atau melalui email di jojie@atlasoneevents.com . Kepada Azharina Azhar, all the best!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AZHARINAAZHAR #JOJIE #ATLASONEEVENTS

0 Comments