RESTORAN THAI BAAN109 TAMPIL DENGAN MUSLIM-FRIENDLY JIM JUM PERTAMA DI MALAYSIA

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,

Makanan Thai merupakan antara menu kegemaran rakyat Malaysia kerana rasa masakannya yang kena dengan dengan selera kita. Namakan sahaja menu seperti Tom Yam, Pulut Mangga, Som Tam dan Kerabu Maggi yang pernah tular baru-baru ini adalah antara menu yang sudah sinonim dengan masyarakat kita. Tidak hairanlah jika banyak restoran dan kedai masakan Thai dibuka demi memenuhi permintaan.

Terkini sebuah restoran Thai baru sahaja dibuka di pusat membeli belah 3 Damansara (dahulu dikenali Tropicana City Mall) iaitu Baan109. Namun apa yang menjadikan restoran Baan109 ini berbeza adalah ia menyajikan menu utama Jim Jum iaitu sejenis steamboat yang dimasak dan dihidang menggunakan periuk tanah liat dan menu berasaskan sup ini biasanya menggunakan bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging. Jika di negara Thailand sendiri, mereka memasak hidangan Jim Jum bersama daging babi/kambing sebagai pelengkap rasa.

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,





Buat pertama kalinya di Malaysia, anda boleh menikmati hidangan Jim Jum ini tanpa was-was kerana restoran Baan109 adalah restoran Thai pertama di Malaysia yang menyajikan hidangan Jim Jum halal dan tanpa perasa tambahan (MSG). Menu Jim Jum di restoran Baan109 menggunakan 100% perasa asli menerusi daging ayam atau makanan laut serta sayur-sayuran yang digunakan dalam pembuatan masakan ini. Malah mereka turut menggunakan serai dan daun basil serta rempah istimewa bagi memberi aroma dan rasa yang enak kepada sup ini.

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
SET JIM JUM AYAM DIHIDANGKAN BERSAMA DUA SOS CICAH

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
MENU SIHAT!

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
MASUKKAN ISI AYAM YANG TEKAH DIGAUL BERSAMA TELUR AYAM

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
SIAP UNTUK DIMAKAN

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
SEDAP DAN SIHAT!





Terus terang, ini merupakan percubaan pertama saya menikmati hidangan Jim Jum ini dan ternyata menu ini cukup enak dan sihat. Gabungan sayur-sayuran bersama daging ayam (digaul bersama telur) atau makanan laut segar di dalam sup panas memberi kepuasan ketika menikmatinya. Menu ini sesuai dimakan bersama 2-3 orang dewasa dan anda boleh memilih samada ingin mengambil Set Jim Jum Ayam atau set Set Jim Jum Ayam dan Seafood.

Jika anda merasakan menu Jim Jum ini tidak cukup mengenyangkan anda, terdapat beberapa menu lain yang boleh dicuba di restoran Baan109 ini. Saya sempat juga mencuba salad Thailand iaitu Yam Seafood. Rasa salad bersama snow fungus dan makanan laut segar ini cukup enak dan rasanya cukup asli. Saya juga sempat mencuba menu lain seperti Thai Spring Roll, En Kai Tod (deep-fried chicken soft bone) dan Nam Kai iaitu sejenis menu ayam yang diperap bersama sos kicap Thai dan digoreng. Enak! Tidak lengkap santapan anda tanpa memesan Teh Ais Thai kerana minuman ini adalah signature drink di sana.

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
YAM SEAFOOD

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
THAILAND SPRING ROLLS MENGANDUNGI BLACK FUNGUS, ISI AYAM DAN SAYURAN

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
EN KAI TOD (DEEP-FRIED CHICKEN SOFT BONE IS MY FAV!

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
NAM KAI (DEEP FRIED CHICKEN)

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
ICED THAI TEA





Bukan itu sahaja! Jika anda penggemar mee segera jenama MAMA yang berasal dari Thailand ini, anda juga boleh menikmati variasi menu berasaskan mee segera ini di restoran Baan109 ini. Terdapat 5 pilihan menu boleh dicuba iaitu MEE MAMA BIG PRAWN, MEE MAMA BBQ CHICKEN, MEE MAMA SEAFOOD, MEE MAMA SCALLOP DAN MEE MAMA NAM CHICKEN. 

MAKANAN THAI SEDAP DI KL, AUTHENTIC THAI CUISINE, BAAN109 MALAYSIA, BAAN109, JIM JUM HALAL,
PILIHAN MEE MAMA HALAL





Secara peribadi, saya jatuh cinta dengan hidangan di restoran Thai Baan109 ini. Menu yang ditawarkan menepati selera saya. Sedap, cukup rasa dan sihat. Layanan yang diberikan oleh pekerja disini juga harus dipuji. Makanan yang dipesan pantas dihidang di meja walaupun ketika kunjungan saya pelanggan agak ramai dan layanan cukup mesra. Keep it up!

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri keenaakan dan kelazatan seleksi menu Thailand khususnya Jim Jum di restoran Baan109 yang terletak di Aras 1, pusat membeli belah 3 Damansara. Anda pasti jatuh cinta! Pihak Baan109 sedang menjalankan promosi untuk seT menu mee MAMA dengan harga RM6.90/mangkuk dan PERCUMA Lemongrass drink!


LOKASI RESTORAN BAAN109 

UNIT L1-K2, 3 DAMANSARA, 
NO. 3, JALAN SS 22/27, 
47400 PETALING JAYA, 
SELANGOR.


TELEFON: 013-2189953 

-

WAKTU OPERASI: 10 PAGI – 10 MALAM


LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BAAN109 #BAAN109MALAYSIA


0 Comments