Kepada anda yang meminati Hello Kitty dan rakan karektor Sanrio yang lain kerana anda boleh mengenali dengan lebih rapat menerusi Pameran Our Sanrio Times yang sedang berlangsung di aras 5, Quill City Mall. Pameran yang bermula sejak 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019 ini merupakan pameran Our Sanrio Times terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.
Terdapat 13 zon menarik di dalam pameran Our Sanrio Times ini dimana terdapat 4 tumpuan utama yang akan memukau pengunjung. Antaranya Sanrio Time Tunnel yang menempatkan 100 ahli keluarga Sanrio yang telah dicipta sejak 1970 an lagi.
Selain itu,anda akan teruja melihat dompet syiling pertama Hello Kitty yang merupakan produk pertama keluaran Sanrio yang dikeluarkan. Langsung ke The Plushy World dan akan terpukau dengan patung gergasi Hello Kitty berketinggan 3.5 meter yang dibawakan khas dari Hong Kong bernilai RM 250 ribu serta 1000 buah patung dengan 100 karekter Sanrio diletakkan di dinding zon ini. Zon Sanrio Village pula menempatkan sebuah replika keretapi Sanrio ilham Sanrio Gift Gate of Gotanda pada 1070 an. Terdapat 100 ahli keluarga Sanrio di zon ini termasuk watak Patty & Jimmy dan Minna no Tabo. Selain itu, anda akan terpesona dengan Hello Kittu berbaju Melayu di zon Sanrio Viists Malaysia. Banyak lagi zon-zon menarik di pameran Our Sanrio Times Malaysia yang tidak harus anda lepaskan.
Sempena cuti sekolah serta bulan perayaan ini, pihak Our Sanrio Times akan memberikan baucar tunai POP Up STORE bernilai RM 5 dan 2 keping biskut eksklusif karakter Sanrio secara PERCUMA. Caranya anda perlu mendapatkan 4 tiket pameran ini yang boleh dibeli di www.ticketcharge.com.my atau secara terus di kaunter pameran ini. Promosi ini berlangsung pada 21 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.
Sebagai info, pameran Our Sanrio Times ini dimiliki oleh Sanrio dan di dianjurkan oleh Alata Events dan MACEXPO serta disokong kuat oleh Tourism Malaysia, Quill City Mall, Redberry Media Group dan Neway & Ceo Karaoke Box.
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
-
TELEFON: 03-92228811
-
WAKTU OPERASI: 11 PAGI – 9 MALAM
-
HARGA TIKET:
WARGANEGARA MALAYSIA: RM 33
BUKAN WARGANEGARA: RM 60
WARGA EMAS DAN OKU: RM 20
*HARGA TIKET TIDAK TERMASUK RM2 FI PROSES.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #OURSANRIOTIMES #SANRIO
0 Comments