Pada tahun ini, edisi ke 67 Miss Universe 2018 secara rasmi menjadi pilih Catriona Gray dari Filipina. Beliau yang berusia 24 tahun ini telah memukau para juri menerusi jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya ketika berada di Top 5 berkenaan isu marijuana.
Sedikit biodata mengenai Catriona Gray. Beliau dilahirkan di Cairns, Australia ini adalah berdarah kacukan Filipina-Australia dimana ayahnya berasal dari Australia dan ibunya dari Filipina. Beliau mempunyai pendidikan dalam bidang muzik ini merupakan seorang penyanyi, hos TV, pelakon pentas dan model terkenal di Filipina.
SUMBER FOTO: FACEBOOK |
Pada hari bersejarah ini, beliau telah menyarungkan gaun malam yang dicipta inspirasi daripada Albay’s iconic Mayon Volcano hasil sentuhan magis Mak Tumang.
SUMBER FOTO: FACEBOOK |
Sebagai info, Catriona Gray pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World 2016 dan beliau bejaya menempatkan diri dalam Top 5 ketika itu. Kemenangan di Miss Universe 2018 ini menjadikan beliau peserta ke empat dari Filipina yang memenangi gelaran Miss Universe selepas Gloria Diaz, Margie Moran dan Pia Wurtzbach.
SUMBER FOTO: FACEBOOK |
Miss Universe 2018 telah berlangsung di Impact Arena Muang Thing Thani, Bangkok dengan penyertaan dari 93 buah negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia. Tempat kedua disandang oleh peserta dari Afrika Selatan dan tempat ketiga menjadi milik peserta dari negara Venezuela.
LAMAN INSTAGRAM RASMI CATRIONA GRAY
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MISSUNIVERSE
0 Comments