Amazing Thailand. Slogan rasmi pelancongan Thailand ini sering dilihat di platform media. Tidak dinafikan bahawa negara Thailand menjadi pilihan ramai pelancong kerana kepelbagaian daya tarikan yang terdapat disini. Namakan saja tempat-tempat seperti Bangkok, Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat Yai dan banyak lagi lokasi yang menjadi destinasi percutian pilihan.
Salah satu tarikan yang tidak harus anda lepaskan jika berkunjung ke Bangkok adalah berkujung ke Maeklong Railway Market. Secara asasnya, ia hanyalah sebuah pasar tradisional yang menjual ikan, ayam, sayur, buah-buahan dan terdapat juga gerai-gerai yang menjual bahan keperluan rumah dan pakaian. Namun apa yang menjadikan
Maeklong Railway Market ini terkenal adalah pasar ini beroperasi ditepi landasan keretapi berhampiran dengan stesen Maeklong yang merupakan stesen terakhir. Momen yang paling seronok adalah bila keretapi melalui landasan dimana pasar yang meriah dengan urusan jual beli boleh menjadi padat dengan pelancong yang ingin mengambil foto dan video. Peniaga akan menutup bumbung masing-masing untuk memberi laluan kepada keretapi. Menariknya, tidak ada satupun gerai jualan mahupun barangan jualan yang akan rosak akibat lalaun keretapi ini.
Maeklong Railway Market ini berada di kawasan Samut Songkhram yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit menaiki kereta. Sebenarnya adaa beberapa pilihan pengangkutan yang anda boleh gunakan untuk ke Maeklong Railway Market ini jika anda dari Bangkok. Samada menaiki keretapi daripada stesen Wongwian Yai on the Maeklong Railway Line dimana anda akan terus dibawa ke stesen Maeklong atau anda boleh menggunakan perkhidmatan van tour yang boleh didapati di kaunter hotel/hostel anda menginap. Hostel yang saya inap menawarkan harga 800 Baht untuk perjalanan pergi dan balik menaiki minivan. Anda boleh juga menyewa kereta ataupun menyewa teksi jika mahu.
Cara yang paling popular untuk ke Maeklong Railway Market adalah dengan menaiki minivan. Dahulu minivan ini boleh didapati berhampiran stesen BTS Victory Monument. Namun kunjungan saya baru-baru ini mendapati
kaunter tiket minivan ini telah berpindah ke stesen khas minivan yang berada di Mo Chit (berhadapan dengan terminal bas Mo Chit).
Anda boleh mengambil teksi dari stesen BTS Mo Chit dan beritahu pemandu teksi anda mahu ke Mo Chit Bus Terminal atau nak lebih senang, beritahu sahaja mahu ke stesen/terminal minivan Mo Chit. Terminal minivan ini betul-betul berada di bawah flyover dan bertentangan dengan terminal bas Mo Chit. Sampai sahaja di stesen minivan itu, terus ke bangunan D dan didalamnya ada banyak kaunter tiket. Cari kaunter no. 9 yang jelas tertulis MAEKLONG. Harga tiket sehala adalah 90 Bath sahaja. Selesai membeli tiket, anda diminta tunggu sehingga dipanggil. Biasanya mereka akan tunggu sehingga van penuh dengan penumpang, baru van akan bergerak.
|
CARI BANGUNAN D INI |
|
TERUS KE KAUNTER 9 |
|
LEPAS BAYAR DIA AKAN BAGI INI |
|
DAH PENUH BARU DIA GERAK TAPO DON'T WORRY SEBAB CEPAT JA PENUH! |
Sepanjang perjalanan, saya sarankan anda tidur sahaja kerana tiada perkara menarik yang boleh anda lakukan. Hihihi. Sampai sahaja di stesen van Maeklong, anda jangan terkejut pula bila masih tidak nampak stesen keretapi tersebut. Anda perlu berjalan sedikit untuk sampai ke Maeklong Railway Market. Tidak jauh mana pun. Jarak dalam 300 meter sahaja. Dari stesen van tersebut, anda belok kiri dan jalan sampai ke hujung simpang dan kemudian belok kanan. Anda akan nampak deretan gerai tepi jalan. Jangan terus sampai anda nampak stesen keretapi itu.
|
STESEN VAN DI MAEKLONG |
|
DARI STESEN VAN, ANDA AKAN NAMPAK BANGUNAN INI. BELOK KANAN! |
|
PETA DARI STESEN VAN MAEKLONG KE PASAR |
|
DAH SAMPAI |
Anda terus semak jadual keretapi sampai ke stesen Maeklong kerana jadual ketibaan sentiasa berubah-berubah. Waktu saya sampai dulu, keretapi pertama tiba pada pukul 2.30 petang. Jadi mundar mandir lah saya dan kawan di kawasan sekitar sementara menantikan detik jam 2.30 petang.
|
BELI JANGAN TAK BELI |
|
MOSTLY BARANGAN DAPUR DIJUAL DISINI |
|
SIAPA SUKA TOM YUM BOLEH BELI! |
|
3 EKOR KATAK 100 BAHT SAHAJA! |
|
KITA POSE DULU SEBELUM KERETAPI SAMPAI |
Tiba saat yang ditunggu, bila siren dibunyikan, semua gerai menurunkan atap masing-masing. Para pelancong sudah bersedia ditepi landasan untuk merakan momen ini. Kemudian, pengumuman ketibaan dalam pelbagai bahasa utama dunia kedengaran memberitahu bahawa keretapi menghampiri stesen Maeklong. Macam-macam gelagat boleh dilihat waktu ini. Paling tidak boleh lupa adalah waktu sekumpulan pelancong mat saleh bertengkar dengan peniaga tempatan sebab kumpulan itu degil dan tidak mahu mendengar arahan. Sudah dibilang jangan berdiri di atas landasan, masih berdegil juga. Kalau jadi insiden yang tak diingini, siapa yang susah. Kita kenalah hormat tempat orang. Saya yang tengok pun geram juga. Degil!
|
KERETAPI MENGHAMPIRI |
|
SEMUA EXCITED! |
|
YANG NAIK KERETAPI FEFEELING ARTIS SIAP LAMBAI-LAMBAI LAGI! |
Habis sahaja moment u, saya dan kawan terus berjalan ke stesen van semula untuk kembali ke Bangkok. Anda boleh beli tiket mengikut destinasi anda. Harga bergantung kepada destinasi. Seperti saya yang mahu pulang semula ke BTS Mo Chit, harga adalah 90 Baht.
|
NAK BALIK BANGKOK? PILIH SAHAJA NAK TURUN DIMANA. |
Secara peribadi, tiada yang menarik pun di area Maeklong ini sebenarnya. Ia hanyalah sebuah pekan kecil biasa. Jika tiada kewujudan Maeklong Railway Market sebagai tarikan, nothing much you can do here. Kalau anda yang ingin merasai pengalaman pertama, bolehlah berkunjung ke sini. Lagipun kos ke Maeklong Railway Market tidak lah mahal mana. Tambang van pergi balik Cuma 180 Baht sahaja. Saya diberitahu di kawasan berhampiran Maeklong terdapat pasar terapung. Mungkin anda boleh panjangkan langkah ke sana juga selesai melihat momen di Maeklong Railway Market.
Sekian!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REEFTRAVELS #BANGKOK #MAEKLONGRAILWAYMARKET
2 Comments
Saya ingat susah nak ke Maeklong ni. Rupanya senang dan kos pun murah saja. Thanks for sharing!
ReplyDeleteSama-sama! Semoga info ini bermanfaat.
Delete