Antara yang mencuri perhatian saya adalah sebuah restoran yang menyajikan menu masakan dari negara India iaitu Restoran Royal Darbar yang terletak di Wisma Motor, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur. Baru sahaja dibuka kepada umum sejak September 2018, restoran Royal Darbar ternyata punyai keistimewaan tersendiri khusus kepada mereka yang menggemari masakan Asia. Restoran Royal Darbar merupakan sebuah restoran Halal berkonsepkan fine dining dan bankuet yang mengetengahkan menu masakan asli dari India. Bagi menjaga kualiti rasa, pihak pengurusan restoran ini mengupah chef yang bertauliah serta berpengalaman bekerja di restoran hotel di India.
Tidak sukar untuk mencari lokasi restoran ini kerana ia berada betul-betul di hujung sudut bangunan dan ditepi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Malah papan tanda kedai juga jelas kelihatan. Masih sukar mencari? Guna saja aplikasi Waze atau Google Map. Saat melangkah masuk ke dalam ruang restoran ini membuat saya tergamam seketika. Dekorasi dan hiasan dalaman restoran Royal Darbar cukup mewah dengan penggunaan perabot berkualiti tinggi serta warna merah dan kuning mendominasi hampir setiap ruang. Malah dengan kertas dinding yang bermotipkan kisah hikayat golongan bangsawan India melengkapkan suasana elit di sini. Sesuai sekali dengan namanya Royal Darbar yang bermaksud dewan diraja.
Kalau ke restoran sudah pasti ingin menjamu selera bukan? Menariknya di restoran Royal Darbar ini mereka menyajikan masakan asli dari negara India dengan pengalaman menjamu selera dalam suasana mewah dan klasik. Ibarat anda sedang bersantap di dalam mahligai istana. Semua sedia maklum bahawa masakan India terkenal dengan penggunaan rempah ratus. Namun apa yang menjadikan ia berbeza rasa berbanding restoran India yang lain adalah keaslian rasa seperti anda menikmati makanan di negara India. Sebagai contoh, roti naan disini di masak menggunakan dapur tanah seperti yang sering digunakan di kedai makan di India. Pilihan juadah juga tidak menyediakan malah variasi juadah dari pilihan vegetarian dan bukan vegetarian.
Anda harus mencuba hidangan seperti Nasi Briyani, Prawn Briyani, variasi roti Naan, Kadhi Pakora, Panner Masala, Moong Dal Halwa, Chicken Lahori, Mutton Rara, Fish Min Moile, Paneer Tikka, Harabara Kabab, Kheema Mutter dan banyak lagi. Setiap menu yang saya cuba cukup rasa dan cukup ramuan rempah ratus. Kalau makan masakan India, wajib mencuba minuman Lassi sebagai pembasah tekak anda. Restoran Royal Darbar juga menyediakan seleksi pencuci mulut stail lokal yang cukup enak seperti Kulfi.
Keluasan restoran Royal Darbar ini yang mempunyai dua tingkat ini memuatkan 100 orang di aras bawah dalam satu masa dan 110 orang di tingkat atas bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup atau keraian. Jadi tidak timbul isu ketidakselesaan sama sekali tatkala menjamu selera disini.
Secara peribadi, saya cukup berpuas hati dengan kualiti rasa menu yang dihidangkan disini. Nasi Briyaninya cukup enak, dan seleksi hidangan lauk pauk disini juga cukup menyelerakan. Jadi kepada anda semua, jangan lupa untuk singgah dan merasai sendiri kelazatan masakan tradisi India di restoran Royal Darbar kerana walaupun ia berkonsepkan fine dining tapi percayalah harga yang ditawakan sememangnya mampu milik dan berpatutan. Selamat mencuba!
LOKASI RESTORAN ROYAL DARBAR
339, WISMA MOTOR,
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
50100 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 010-4305797
WAKTU OPERASI: 12 TENGAHARI – 11 MALAM
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FABEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ROYALDARBARKL #AUTHENTICINDIANFINEDINING
0 Comments