Kali ini, pertunjukan Cré Arts Asia yang menerapkan 4 elemen utama iaitu air, udara, tanah dan api dalam penyampaiannya menggabungkan gerakan tubuh menerusi tarian dan lagak aksi serta seni visual bakal membawa anda menyusuri kisah pengembaraan dunia hikayat Polinesia yang terletak di Planet V sejauh 173 tahun cahaya. Sebagai informasi, Cré Arts Asia adalah kumpulan sarkas berkonsepkan moden kotemporari yang dianggotai oleh dua kumpulan asal dari Malaysia iaitu Viva Circus yang berpengalaman dalam industri tarian kecergasan serta Psycusix, sebuah kumpulan persembahan sarkas moden terkemuka. Ia telah diterbitkan bersama oleh Chris Lo selaku Pengarah Produksi & Acara, Yiki Chan selaku Penerbit Persembahan dan koreografi oleh Nana Liew dan Afique Khaikal dan Samantha Yee yang sememangnya berpengalaman dalam lapangan ini.
Malaysia cukup bertuah kerana ini merupakan produk seni hasil anak tempatan yang bertaraf antarabangsa dan tayangan persembahan sarkas Cré Arts Asia menjadi tanda aras bahawa Malaysia mampu menghasikan seni kreatif yang berkualiti. Persembahan Cré Arts Asia ini dicipta bukan sekadar hiburan namun ia cuba memberi mesej menerusi inspirasi khususnya generasi muda untuk terlibat aktif dalam industri ini.
Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, jadi ini adalah peluang terbaik untuk anda seisi keluarga merebut peluang keemasan menyaksikan persembahan sarkas moden kontemporari Cré Arts Asia ini. Tiket sudah mula dijual di laman https://airasiaredtix.com/cre dengan harga RM118, RM158 dan RM198 bagi dewasa manakala tiket bagi kanak-kanak, warga emas dan berkumpulan layak menikmati harga tiket istimewa.
Potongan harga 10% akan diberikan kepada pemegang kad kredit dan debit HONG LEONG BANK (HLB) dan 15% diskaun bagi pemegang kad kredit GSC Hong Leong Bank yang membuat pembelian tiket menggunakan kad.
Layari laman web rasmi www.creartsasia.com atau laman media sosial rasmi Cré Arts Asia bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CREARTSASIA
0 Comments