Makanan Padang atau Minang semestinya menjadi antara makanan kegemaran rakyat Malaysia tatkala berkunjung ke Indonesia. Selain rasanya yang enak, cara lauk pauk ia dihidangkan di meja menjadikan ia cukup unik. Antara restoran yang menyediakan masakan kaum Minangkabau dari Sumatera Barat yang terkenal adalah Natrabu.
RESTORAN MAKANAN MINANG YANG CUKUP TERKENAL DI INDONESIA |
PENGASAS JENAMA NATRABU |
Kini, anda yang rindukan masakan Minang dari restoran Natrabu ini tidak perlu khuatir kerana jenama ini telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan membuka 3 cawangan iaitu di Bangsar, EcoSky Jalan Kuching dan yang terbaru di Presint 15, Putrajaya. Saya berkesempatan untuk hadir ke acara pembukaan rasmi Natrabu Xpress cawangan Putrajaya baru-baru ini. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Tengku Daud Shah selaku Pengarah Urusan Natrabu Malaysia bersama pemilik Natrabu Indonesia iaitu Ibu Ganefo Dewi Sutan dan Ibu Jasni (ibu kepada Ibu Ganefo). Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu khas dari Indonesia.
NATRABU XPRESS CAWANGAN PUTRAJAYA YANG BARU DIBUKA |
OUTDOOR SEATING AREA |
INDOOR SEATING AREA |
SIMPLICITY |
KOTAK UNTUK PEMBUNGKUSAN BAWA PULANG |
TAHNIAH ATAS PEMBUKAAN CAWANGAN KETIGA DI MALAYSIA |
ANTARA BARISAN TETAMU KEHORMAT YANG HADIR |
SESI PERASMIAN |
NATRABU XPRESS MINANG RESTAURANT PUTRAJAYA DILANCARKAN SECARA RASMI |
TENGKU DAUD SHAH, PENGARAH URUSAN NATRABU MALAYSIA |
IBU GANEFO DEWI SUTAN, PENGARAH NATRABU INDONESIA |
Semua sedia maklum bahawa restoran Natrabu menyediakan masakan Minang namun apa yang menjadikan restoran ini wajib dikunjungi adalah ia menghidangan makanan asli menggunakan resipi yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Antara menu yang sempat saya cuba di Natrabu Xpress Putrajaya adalah Ayam Gulai, Dendeng Berlado Cabe Merah Kering, Perkadel, Ayam Goreng Rempah, Gulai Sayur Daun Singkong, Udang Kentang Pete Berlado, Rendang Daging dan menu wajib, Sambai Hijau.
ANTARA MENU YANG TERDAPAT DI NATRABU XPRESS |
AYAM GULAI |
DENDENG BERLADO CABE MERAH KERING |
UDANG KENTANG PETE BERLADO |
RENDANG DAGING |
KETIGA-TIGA SEDAP! |
SAYUR DAUN SINGKONG |
PERKADEL |
SAMBAL HIJAU |
Jika anda punya waktu, sila panjangkan langkah anda ke cawangan-cawangan Natrabu Xpress Minang Restaurant berhampiran anda. Anda boleh telefon di talian 016-6542401 untuk tempahan dan pertanyaan atau di nombor telefon setiap cawangan seperti dibawah.
LOKASI NATRABU XPRESS PUTRAJAYA
66, 12012, NADI 15, JALAN PERAK P15,
PRESINT 15, 62000 WP PUTRAJAYA.
WAKTU OPERASI: 12 TENGAHARI – 10 MALAM
TELEFON: 03-22014498
-
LOKASI NATRABU XPRESS ECOSKY
LOT G-15, 188, JALAN KUCHING
TAMAN TASIK INDAH, 51200 KUALA LUMPUR.
WAKTU OPERASI: 11 PAGI – 10 MALAM
TELEFON: 03-62422420
-
LOKASI NATRABU FINE DINING
182, JALAN MAAROF,
59000 KUALA LUMPUR.
WAKTU OPERASI: 11 PAGI – 10 MALAM
(REHAT JAM 3 PETANG – 5 PETANG)
TELEFON: 03-22014498
-
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NATRABUMY #NATRABUMINANGRESTAURANT
1 Comments
tak pernah lagi ni cuba #masakanminang . boleh cuba kalau ke KL nanti
ReplyDelete