Malaysia sememangnya meriah dengan variasi makanan dari serata dunia. Namakan saja menu apa yang ingin dicuba, anda boleh dapati di sini dengan cukup mudah. Kepelbagaian pilihan kulinari di sini menjadikan Malaysia antara tumpuan di mata pelancong luar. Lambakan restoran dan kedai makan di sana sini memberi pilihan kepada orang ramai untuk menjamu selera. Terkini, anda boleh mencuba dan merasai sendiri keenakkan masakan dari negara India kerana restoran terulung Barbeque Nation kini membuka cawangan pertama di Malaysia yang terletak di aras 9 Pavilion Elite KL.
Sebagai info, restoran Barbeque Nation memulakan bisnes pada tahun 2006 dengan pembukaan cawangan pertama di Mumbai. Kini restoran Barbeque Nation telah mempunyai lebih 100 cawangan di India, New Delhi dan Timur Tengah. Apa yang menjadikan restoran Barbeque Nation ini unik dan istimewa adalah mereka menyediakan konsep bufet dan panggang (grill) di meja makan. Menarik bukan? Selain itu, menu yang dihidangkan adalah 100 % resepi asli dari India. Semua sedia maklum bahawa masakan India cukup sinonim dengan penggunaan rempah ratus dan rasa pedas. Namun demi memenuhi selera masyarakat Malaysia, kepedasan setiap menu telah dikurangkan sesuai dengan selera pelanggan disini. Malah pihak restoran turut menyediakan seleksi makanan barat seperti pasta di sudut live stall.
Hiasan dalaman ruang restoran Barbeque Nation ini moden dan praktikal pada saya. Disudut tengah tersedia ruang bufet dan dikelilingi oleh beberapa live stall seperti masakan barat dan pencuci mulut. Suasananya seolah sedang menjamu selera di hotel.
Selain konsep bufet, keunikan menjamu selera di restoran Barbeque Nation ini adalah mereka turut menyediakan ruang memanggang di tengah meja makan menggunakan arang sebagai bahan bakar. Anda boleh menikmati hidangan grill tanpa had. Jika sudah kenyang, turunkan saya bendera yang terdapat di atas meja sebagai tanda.
Menu yang terdapat di Barbeque Nation terbahagi kepada dua jenis iaitu vegetarian dan bukan vegetarian. Terdapat pelbagai seleksi hidangan khas dari India yang anda boleh rasai disini antaranya Nasi Briyani Ayam dan Kambing, Tosei, Pani Puri, Dahi Puri, Dahi Papdi Chat, Dahi Bhalla, Aloo Tikki, Chicken Tikka Salad, Ambrosia Salad, Onions Rings, Carrot & Beetroot Salad, Tossed Salad, Tuscan Pasta Salad dan banyak lagi.
Bagi pilihan skewer pula anda boleh mencuba Chicken Shish Tawook, Mutton Mint Seekh, Burnt Garlic Chicken Tikka, Char Siu Chicken Wings, Hariyali Fish Tikka, Arabic Prawns dan Fried Chicken 65 untuk non-vegetarian. Manakala menu vegetarian yang wajib di cuba pula antaranya Peri-Peri Mushrooms, Sweet & Sour Grilled Tofu, Rice & Corn Cake, Chili Garlic Grill Vegetables, Cajun Potato Wedges, Balsamic Bib Pineapples dan Crispy Corn.
LOKASI BARBEQUE NATION MALAYSIA
LEVEL 9, ELITE PAVILION MALL,
168, JALAN BUKIT BINTANG
KUALA LUMPUR
TELEFON: 03-21104311
LAMAN WEB RASMI
https://www.barbequenation.com
LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/BBQNMalaysia
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BARBEQUENATION #BBQNMALAYSIA #BBQNMemories
0 Comments