Apa yang dimaksudkan dengan penambahbaikan ini adalah tersembunyi dua gigitan limpahan keju berperisa cili di antara 18 cheesy bites yang pasti memberi letupan rasa kepada sesiapa yang memakannya. Menarik bukan! Tujuannya bagi memberi satu pengalaman menyeronokkan kepada sesiapa yang menikmati piza Chicken Cheesy Bites dari Pizza Hut ini. Malah jika anda menjamu selera di restoran, anda boleh mengambil foto dengan prop khas menerusi permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan-rakan dan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.
Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.
Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.
“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”
Turut hadir di majlis pelancaran Chicken Cheesy Bites baru dari Pizza Hut adalah krew GOL & GINCU Vol.2 termasuk barisan pelakon filem tersebut iaitu Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir. Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.
Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.
Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10, 000 dan 30 x RM1, 000)
● Baucar Pizza Hut (Spagethi Creamy Carbonara, Spagethi Meatball Bolognese, Deli Wings, Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2
Anda boleh mendapatkan Piza Chicken Chessy Bites ini di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites .
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTCHEESYBITES #PIZZAHUTSIAPAKENA
0 Comments