APLIKASI BOOST RAIH ANUGERAH PENGGUGAT DIGITAL IDC DX 2018

ANUGERAH, APLIKASI BOOST, BOOST, IDC DX 2018,

Aplikasi Boost dinobatkan sebagai pemenang tahunan anugerah “Penggugat Digital 2018” di Malaysia sempena Anugerah Transformasi Digital Tahunan ke-2 IDC (Anugerah IDC DX) yang berlangsung di Hotel Aloft KL baru-baru ini. Anugerah ini diadakan bagi meraikan inisiatif transformasi digital tempatan terbaik dan menghargai pencapaian mereka di atas kejayaan tersebut menerusi pengunaan teknologi digital dan disruptif.

Aplikasi Boost yang diasaskan pada tahun 2017 merupakan aplikasi dompet mudah alih (e-dompet) gaya hidup yang dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan. Mereka kini menjadi pelopor penggunaan e-dompet dengan 3.2 juta pengguna melibatkan 43,000 titik sentuhan dalam dan luar talian di seluruh negara. Landasan peniaga Boost dipecahkan kepada 3 kategori iaitu perniagaan berasaskan urusan secara tunai seperti penjaja, pasar malam dan trak makanan, perniagaan yang menggunakan sistem pembayaran terminal POS dan akhir sekali perniagaan atas talian (online).

Kategori Penggugat Digital diwujudkan dengan tujuan untuk mengiktiraf organisasi yang secara agresif dan disruptif dalam penggunaan teknologi digital baharu, model perniagaan serta menggunakan kesedaran ekosistem menerusi inovasi yang berterusan. Atas kemenangan ini, Boost akan mewakili Malaysia di Anugerah Asia Pasifik yang bakal berlangsung di Singapura pada 25 Oktober 2018.

“Kami sangat gembira, namun tetap merendah diri untuk menerima pengiktirafan anugerah Penggugat Digital 2018, terutamanya dalam persekitaran digital yang pesat berkembang. Sejak daripada permulaan lagi, evolusi Boost bersandarkan kepada satu falsafah utama iaitu menrevolusi cara pengguna berurus niaga dalam kehidupan seharian mereka. Pendekatan kami adalah untuk mewujudkan satu perkhidmatan berteraskan pengguna yang menawarkan penyelesaian digital lebih lancar, ringkas dan mudah. Di Boost, fokus utama kami adalah untuk memahami titik kesusahan pengguna setiap hari dan menyelesaikannya melalui pendigitalan tunai dan perkhidmatan”, kata Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Boost bermula daripada mendigitalkan perkhidmatan telekomunikasi melalui pembaharuan tambah nilai prabayar menggunakan aplikasi sebelum berkembang menjadi e-dompet sepenuhnya yang kini menawarkan pelbagai fungsi pengguna seperti imbas dan bayar di premis perniagaan, membayar bil-bil utiliti dan parkir, pindahan duit P2P, “Go Dutch” untuk pembahagian bil, derma, hadiah dan “Shake Rewards”. Pencapaian penting lain termasuk melebarkan sayap ke Malaysia Timur dan menjalinkan kerjasama bersama UnionPay International serta kerjasama dengan beberapa syarikat beli-belah online seperti 11Street dan DeliverEat bagi mewujudkan pengalaman omnichannel dalam satu apilkasi.

“Sebagai satu syarikat ‘homegrown’, kami menjangka Boost akan menjadi penyumbang utama dalam memacu transformasi digital menerusi mobiliti dan adopsi digital. Kami percaya transformasi digital adalah faktor penting dalam revolusi industri ke-4 yang akan memacu pertumbuhan ekonomi, pekerjaan, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan. Malah kami akan terus mencabar diri sendiri untuk meningkatkan pengalaman pengguna menerusi ekosistem yang lebih relevan dan inklusif”, kata Tiffin.
“Ketika menentukan pemenang kategori ini, kami mencari organisasi yang menjadi peneraju dalam ekosistem itu dan menjadikan pelanggan sebagai dorongan utama mereka, berani mengambil risiko, menjadikan teknologi dan data sebagai nyawa organisasi. Paling penting, organisasi itu perlu menunjukkan keupayaan mengubah sikap pengguna di alam digital”, kata Baseer Siddiqui, Pengurus Penyelidikan Kanan, Kumpulan Penyelidikan Perisian IDC ASEAN.

“Dalam kalangan penyedia pembayaran digital, Boost berjaya mempengaruhi pengguna untuk beralih kepada penggunaan pembayaran mudah alih. Pengguna mereka meningkat daripada 810,000 pada Januari kepada 3 juta pada bulan Ogos, ia meningkat sebanyak 270% dalam tempoh 8 bulan! Mereka juga menambah ciri-ciri unik kepada aplikasi itu yang kami percaya akan mengubah landskap pembayaran digital di Malaysia”, tambah Baseer Sidduqui.

ANUGERAH, APLIKASI BOOST, BOOST, IDC DX 2018,
DARI KIRI: Sudev Bangah (Pengarah Urusan IDC ASEAN), Phuah Aik Chong (Ketua Pegawai Teknologi Malaysia Holdings Berhad), Christopher Tiffin (Ketua Pegawai Eksekutif Boost), Kanags Surendran (Ketua Perbankan Digital CIMB Malaysia), Khuzairi Yahaya (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan Jaspal Singh (Ketua Pengurusan Projek, ICT AirAsia Berhad).




Selain itu, terdapat 6 kategori lain yang dipertandingkan di majlis ini antaranya Digital Transformer (CIMB Bank Berhad’s CIMB EVA), DX Leader of the Year (Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Urusan dan Presiden KPJ Healthcare Berhad), Omni-Experience Innovator (Hong Leong Bank Berhad’s Predictive Customer Intent CRM System), Information Visionary (Suruhanjaya Syarikat Malaysia’s (SSM) MYDATA), Operating Model Master (Air Asia Group Berhad’s Security Solution for Online Booking) dan Talent Accelerator (Astro Malaysia Holdings Berhad’s Digital Culture Accelerator Program).

Layari https://www.myboost.com.my/ dan muat turun aplikasi di telefon pintar anda.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BOOST #IDCDX

0 Comments