Biasa saya mendengar sosej diperbuat daripada isi daging ayam, lembu atau kambing tetapi ini merupakan pengalaman pertama saya merasai sosej yang diperbuat daripada isi ikan di WURST KL. WURST KL merupakan sebuah delicatessen yang terletak di aras bawah MOV Hotel, Bukit Bintang. Apa yang menarik perhatian saya tentang WURST KL ini adalah menu yang disajikan kerana mereka pakar dalam penyediaan sosej, bebola daging dan pasta artisan. Bahasa mudahnya adalah mereka membuat sendiri bahan-bahan ini atau homemade. Itulah kehebatan yang dimiliki oleh Chef Logan selaku chef utama di WURST KL. Malah kebanyakan produk keju disini juga adalah hasil air tangan Chef Logan sendiri.
Baru sahaja dibuka kepada umum sejak 3 bulan lalu, tidak sukar mencari lokasi WURST KL ini sebenarnya malah ia cukup mudah diakses samada menggunakan kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam seperti MRT dan GRAB. Setibanya saya di lobi hotel, saya diberitahu terdapat 3 pilihan untuk menuju ke WURST KL iaitu menggunakan lif, tangga atau gelongsor dewasa. WOW! Ia sesuatu yang menarik dan unik sebuah tempat makan yang boleh diakses menggunakan gelongsor. WURST KL adalah deli pertama di Malaysia yang mempunyai gelongsor dewasa.
Jadi pilihan saya pastilah menggunakan gelongsor kerana ia sesuatu yang fun and cool! Dekorasi WURST KL cukup minimalis tetapi moden dan hipster dengan hiasan lampu neon yang terletak di bahagian kaunter.
Antaranya menu yang sempat saya cuba di WURST KL adalah HUMMUS & GUACAMOLE, ANGUS BEEF MEATBALLS, SALMOREJO SOUP, HAGGIS, LAMB CHOP, AGLIO OLIO, CANOLLI’S, LOGGY'S NOIR DU BLANC dan WURST SAUSAGE PLATTER. Jangan risau, saya tidak makan seorang diri kerana saya ditemani beberapa teman akrab untuk sama-sama menikmati kelazatan menu di WURST KL.
SALMOREJO SOUP
Menu ini dikategorikan dalam menu sup dan diperbuat mengunakan totamo momotaro, telur dan cebisan itik salai. Kuahnya yang cukup pekat dan cukup rasa bertambah enak apabila dimakan dengan kerangupan isi itik salai. Keunikan Salmorejo ini adalah ia dihidangkan sejuk. Namun jika anda lebih menyukai sup panas atau suam, boleh sahaja pesan kepada pihak WUST KL.
HUMMUS & GUACAMOLE
Biasa Hummus didapati di restoran makanan Arab tapi menu versi WURST KL tetap tidak mengecewakan. Kepingan roti leper rangup, telur rebus, tomato coulis dengan pencicah enak menjadikan pembuka selera terbaik kami.
ANGUS BEEF MEATBALLS
Daging Angus adalah antara daging kegemaran rakyat Jepun kerana tekstur dan rasa dagingnya. Idea kreatif chef Logan menghidangkan daging ini dalam bentuk bebola daging dihidang bersama tomato passata, paneer cheese & sweetcorn bread. Roti yang dihidangkan bersama cukup lembut dan gebu. My fav!
HAGGIS
Seperti yang saya maklumkan bahawa WURST KL adalah satu-satunya deli di Malaysia yang menghidangkan menu Haggis ini. Bila mengetahui ia diperbuat daripada campuran organ dalaman haiwan, tekak saya agak loya. Namun saat ia masuk ke dalam mulut, tidak berhenti makan pula. Tidak puas hanya sepinggan!
LAMB CHOP
Apa yang membezakan menu ini di berbanding tempat lain adalah proses memasaknya. Ia dimasak dengan menggunakan kaedah sous vide iaitu daging ini diletakkan dalam beg kedap dan telah divakum lalu dimasak dalam tempoh masa 24 jam bagi memberi kelembutan pada tekstur. Ia dihidangkan bersama sundried tomatoes, feta crumbs, kentang rebus & sos espagnole.
AGLIO-OLIO
Walaupun menu ini cukup sinonim dengan rakyat Malaysia tetapi apa yang menjadikan di WURST KL istimewa adalah pasta nya dibuat sendiri dan dihidangkan dalam pot. Kenapa pot? Ini kerana chef loga tahu kita akan taksub mengambil gambar menu sebelum makan jadi bagi menjaga kualiti rasa pasta itu, kepanasan dapat dikekalkan dalam tempoh lama. Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah bahan-bahan basah disini dibeli segar. Jadi sudah semestinya bila dimasak tetap terasa kesegaran pada udang, mussels, sotong.
CANOLLI’S
Hidangan pencuci mulut ini adalah sejenis mousse coklat Nutella dan dilengkapi dengan buahan-buahan manis.
LOGGY'S NOIR DU BLANC
Menu pencuci mulut kegemaran saya! Loggy's Noir du Blanc walaupun pada asasnya adalah 2 skoop aiskrim, tetapi kombinasi homemade honeycomb bersama taburan serbuk salted sugar, milo dan oreo serta dituang bersama sos coklat panas menjadikan menu ini enak ya amat! Kalau anda terjah tanda pagar #loggytime , memang menu ini menjadi sohor kini di media sosial sekarang.
WURST SAUSAGE PLATTER
Saya sengaja meletakkan menu ini dihujung kerana ini adalah menu ini adalah menu paling ‘besar’ yang kami cuba. Hidangan 5 variasi sosej antaranya ikan salmon, ayam kari hijau, lada hitam Sarawak dan kambing. Selain itu menu ini turut dilengkapi dengan daging wagyu sirloin seberat 200gm bersama 2 salad, roti jagung dan 3 sos cicah.
Jika anda tanya saya tentang WURST KL ini, satu sahaja jawapan saya iaitu AWESOME! Awesome food, ambiance, staff. Makanan disini dibuat secara homemade dari sosej, bebola daging, keju hingga ke pasta. Jadi jika anda inginkan sesuatu yang segar dan enak, WURST KL adalah pilihan terbaik anda. Malah anda akan mendapat satu pengalaman berbeza dan pastinya menarik tatkala menikmati juadah di deli berstatus PORK FREE ini. Jangan lupa mencuba gelongsor dewasa itu!
LOKASI WURST KL
(DALAM BANGUNAN MOV HOTEL)
NO 43, MOV HOTEL,
ARAS B1, JALAN BERANGAN,
BUKIT BINTANG,
50200 KUALA LUMPUR.
-
TELEFON: 03-27819801
-
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WURSTKL #WURSTSLIDEBESTSLIDE #LOGGYTIME
0 Comments