PAK OMAR CHAMPION NASI LEMAK, MEMANG CHAMPION SEJAK 2013!

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,

Sebut sahaja Nasi Lemak, semua akan teringat akan Malaysia. Menu kegemaran setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal bangsa dan latar belakang. Boleh saya katakan Nasi Lemak adalah ikon kepada kulinari di Malaysia. Senang kata Nasi Lemak ini ibarat duta kecil Malaysia dimata dunia. Nasi yang dimasak bersama santan kelapa, halia, daun pandan dimakan bersama ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan disempurnakan dengan kuah sambal. Dahulu, Nasi Lemak biasa dimakan sebagai menu sarapan pagi tapi kini bila-bila masa di mana sahaja anda boleh menikmati menu kebanggaan Malaysia yang satu ini.

Salah satu lokasi atau kedai makan yang menyediakan menu Nasi Lemak sedap di Kuala Lumpur adalah Pak Omar Champion Nasi Lemak yang terletak di Publika. Kenapa saya kata sedap? Rasa Nasi Lemak cukup asli dan sempurna rasa. Nasi Lemaknya dimasak secara kukus untuk mendapatkan butiran nasi yang berderai. Kuah sambalnya pula pekat dan likat serta tidak terlalu pedas.

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,

Sebagai info, Pak Omar yang juga pengasas kepada resepi Nasi Lemak istimewa ini sudah lama berkecimpung dalam bisnes kulinari masakan Melayu. Sejak di usia muda lagi beliau menghabiskan masanya mempelajari seni masakan Melayu. Nama Pak Omar mula meniti di bibir masyarakat sejak 2013 setelah menjuarai satu pertandingan masakan.

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
PAK OMAR (KANAN) BERSAMA ELAYNE CHUA, PEMILIK RESTORAN INI

Keistimewaan Nasi Lemak Pak Omar ini adalah beliau mengekalkan resepi asli Nasi Lemak dalam masakannya. Saya sendiri sudah merasai Nasi Lemak Pak Omar dna ternyata rasa dan aromanya memang asli. Haruman daripada daun pandan, serai, halia dan santan kelapa menjadi pelengkap rasa Nasi Lemak beliau. Cukup lemak dan cukup rasa.

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
DYNAS MOKHTAR TURUT HADIR DI MAJLIS PELANCARAN

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
NASI LEMAK MENYATUKAN KITA!

Selain itu, beliau turut menyediakan variasi lauk pauk kepada pelanggan yang datang makan di kedainya. Antara lauk pauk yang terdapat disini adalah Ayam Goreng Berempah yang diperap dengan rempah ratus, Ayam Masak Rendang, Sambal Petai, Sayur Kangkung, Bendi Goreng Sambal, Acar, Ikan Masin yang digoreng rangup dan disalut dengan sambal manis. Selain itu terdapat pilihan lauk lain seperti daging lembu dan kambing yang dimasak ala rendang Minang. Jangan lupa juga untuk merasai keenakkan Sambal Sotong disini.

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
JUMBO NASI LEMAK

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
NASI LEMAK RENDANG KAMBING

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
ACAR

IKAN MASIN INI SEDAP!

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
SAMBAL PETAI

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
BENDI MASAK SAMBAL

Pak Omar Champion Nasi Lemak turut menawarkan Nasi Lemak Jumbo yang sesuai untuk 3-4 orang makan dengan lengkap dengan pelbagai lauk pauk disekelilingnya. Terus terang saya katakan Nasi Lemak Pak Omar adalah antara Nasi Lemak yang paling sedap pernah saya rasa.

Selain menu Nasi Lemak, kedai ini turut menawarkan menu yang tidak kurang hebatnya seperti Mee Siam dengan pelbagai pilihan lauk dan Karipap Gergasi.

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,
KARIPAP GERGASI INI PADAT DENGAN INI

Jika anda mencari Nasi Lemak yang sedap, Pak Omar Champion Nasi Lemak adalah pilihan terbaik untuk anda cuba. Berbaloi dari segi rasa dan harga. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

food, foodie, local cuisine, MAKANAN, MALAYSIAN FOOD, nasi lemak, NASI LEMAK PALING SEDAP, NASI LEMAK SEDAP DI KL,

LOKASI PAK OMAR CHAMPION NASI LEMAK 
Block G2-A1-07, Publika, 
Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas, 
50480 Kuala Lumpur.
-

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PAKOMARCHAMPION #TASTETHEDIFFERENCE

3 Comments

  1. aduhhh...terliurnya dengan sambal ikan bilis petai dia...gila la meriah petai diaaa!

    ReplyDelete
  2. Sememangnya Nasi Lemak menjadi hidangan kegemaran semua lapisan masyarakat. Otomen sendiri lebih suka menikmati nasi lemak di waktu makan malam berbanding sarapan pagi.. Hehe.. Lauk-lauk yang dihidangkan di Pak Omar Champion ni nampak banyak dan meriah. Boleh lah nanti pergi dan cuba rasainya. TQ bro!

    ReplyDelete