N STAR X MISSA QUEEN BEAUTY WORKSHOP PERKENAL 4 PRODUK PREMIUM DARI KOREA


Bertempat di ANT Café & Bar Jalan Klang Lama, saya sempat menyertai sebuah bengkel kecantikan yang dipanggil N STAR x MISSA QUEEN BEAUTY WORKSHOP baru-baru ini. Bengkel kecantikan ini telah dianjurkan oleh 2 jelitawan yang juga pengedar produk kecantikan yang diimport khas dari Korea, Miss Nicole dan Miss Adele. Mereka telah dibawakan khas dari Melaka untuk bersama-sama berkongsi tentang beberapa produk kecantikan bertaraf premium kepada tetamu yang hadir. Produk yang dijual oleh kedua-dua wanita ini memfokuskan penjagaan kecantikan tanpa mengira usia dan jantina.







BERSAMA SI CANTIK RACHEAL LOH





Walaupun saya merupakan satu-satunya jejaka yang berada di acara ini, tapi ia tidak melemahkan semangat saya bagi meneruskan sesi ini hingga ke akhir. Bagi yang mengikuti perkembangan saya di media sosial khususnya, saya sememangnya seorang beauty lover kerana saya percaya bahawa kecantikan adalah hak milik setiap insan tanpa mengira jantina atau warna kulit. Seringkali saya menekankan akan kepentingan penjagaan diri kepada kaum lelaki kerana ia mencermin peribadi dan personaliti individu.

Antara intipati bengkel ini adalah penerangan secara terperinci akan keberkesanan 4 produk iaitu BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSER, GOEL PEPTIDE REBUILDING CREAM, ARTDELI DOUBLE POWER ESSENCE COVER PACT SPF 50+/PA++++ dan SPA HAIR CC SILK. Saya turut mengambil peluang untuk mencuba keempat-empat produk ini bagi merasai pengalaman sendiri sama ada ia benar-benar berkesan atau sebaliknya.


BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSER 200ml








Pencuci wajah ini mengandungi bahan-bahan seperti ekstrak daun herba Agrimoni (Agrimonia Eupatoria Extract) yang boleh mengawal kulit wajah dari keradangan, MultiEx BSASM Plus yang berfungsi mengekalkan perlindungan pada kulit wajah menerusi kesan penyejukan serta surfaktan yang diperolehi daripada kelapa. Produk ini dicipta khusus bagi memberi kelembapan serta mengawal rembesan minyak bagi mendapatkan hasil kulit yang licin dan segar.

Kelebihan BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSER ini selain melembapkan kulit adalah ia anti-oksidan, anti penuaan, menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Malah wanita mengandung dan pesakit ekzema juga boleh menggunakan produk ini tanpa was-was.

Apa yang saya boleh katakan setelah mencuba produk ini adalah ia kurang buih, tekstur gel jernih dan yang paling menarik sekali ia mampu menegangkan kulit wajah walau dengan hanya sekali cucian. Kulit wajah saya kekal lembap dan tegang seakan baru menjalankan rawatan estetik.


GOEL PEPTIDE REBUILDING CREAM 150ml







Krim pelbagai guna ini merupakan dari jenama penjagaan kulit premium dan terkini di Korea. Ia mengandungi 6 jenis multi-peptide, asid hyaluronik dan ceramide yang mampu menyerap jauh ke dalam kulit untuk menguatkan perlindungan serta menghindari daripada kekeringan. Percaya atau tidak bahawa krim ini mempunyai keberkesanan 50 kali lebih tinggi daripada Vitamin E. Goel Cream ini juga mengandungi khasiat daripada jagung unggu yang banyak terdapat di Bolivia, Amerika Selatan.

Produk ini mampu memberi hidrasi dan kelembapan selain dapat menjana sel baru, menghilang parut dan mengurangkan tona kulit gelap. Ada lagi! Ia boleh mengurangkan kedutan terutamanya dileher dan dan dahi selain boleh disapu pada strecth marks. Penggunaan yang konsisten akan menampakkan hasil yang ketara dalam tempoh 3 bulan.

Menariknya lagi tentang produk GOEL PEPTIDE REBUILDING CREAM ini adalah ia boleh juga dijadikan MASK. Caranya cuma lumurkan pada keseluruhan wajah dan biarkan dalam 20 minit.


ARTDELI DOUBLE POWER ESSENCE COVER PACT SPF50+/PA++++




WAJAH YANG DISAPU RATA MENGGUNAKAN ARTDELI





Produk ini cukup menarik kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai bedak muka, malah ia mampu memutih, memperbaiki kedutan diwajah dan juga memiliki fungsi sunblock SPF50+/PA++++.

Selain itu, ARTDELI Double Power Essence Cover Pact ini berupaya melembapkan wajah kerana ia mengandungi 59.9% kandungan asid amino. Terdapat lebih 70 bahan lembap dengan 7 beri merah kompleks dan ekstrak buah delima.

Kehebatan produk ini sehinga ia mampu melindungi wajah selama 33 jam dengan full coverage pada liang pori, kedutan, tompok kecil. Bukan itu sahaja, selama 33 jam juga anda akan dapat kulit wajah yang glowing.

Terdapat 3 jeni kod iaitu 21,22,23 dan saya sendiri mencuba kod 23 dan ternyata ia mudah blend dengan kulit saya. Hasilnya wajah tampak natural dan tidak bertompok.


SPA HAIR CC SILK BY CLARIOZ & CO.


Jika wajah sudah mendapat perapian yang cukup, tidak lengkap jika anda tidak menjaga rambut bukan! Produk ini mampu merawat rambut yang rosak, mengembalikan rambut yang lebih sihat secara semulajadi.

Kandungan utama dalam SPA HAIR CC SILK ini adalah kacang macadamia dimana ia mempunyai khasiat phytoprotien, mineral, Vita 1, B 1, B 2 hanya mampu melembapkan rambut agar tampak sihat dan menawan. Selain itu ia turut mengandungi minyak Argan yang kaya dengan sumber Vitamin E yang bagus untuk merawat rambut rosak. Selain itu produk ini turut mengandungi ekstrak biji anggur dan evening  primrose oil yang bisa menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.

Saya sendiri sudah mencuba. Sebelum ini rambut saya agak kasar dan tidak bermaya. Namun setelah mencuba produk ini secara konsisten, saya nampak hasil yang positif. Ia adalah 100% tidak melekit dan berbau harum. Ada lagi! Produk ini juga mempunyai bahan anti sinar UV. Selamat tinggal rambut kejung!

Secara peribadi, keempat-empat produk ini benar-benar memberi kesan yang positif kepada wajah dan rambut saya. Tidak dinafikan bahawa produk kecantikan dari Korea benar-benar mujarab dan berkesan terutamanya buat orang Asia kerana sememangnya negara ini pakar dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Jika anda ingin mendapatkan semua produk ini, anda boleh melayari laman media sosial dibawah untuk mendapatkan informasi lanjut. Malah jika anda berminat untuk menjana pendapatan menerusi jualan produk kecantikan bolehlah berhubung terus dengan pihak Nicole dan Adele. Selamat menjadi cantik!

THANKS NICOLE (KIRI) DAN ADELE (KANAN)

LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/missasolution


-

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NSTAR #MISSAQUEEN #DRLIFE

1 Comments