Sebut sahaja tentang tart keju, pastinya nama Tokyo Secret akan terngiang-ngiang diminda. Siapa yang tidak mengenali nama Tokyo Secret. Jenama yang cukup sinonim dengan tart keju Hanjuku dan minuman berasas keju ini. Keenakan dan kelembutan tart keju nya tidak perlu dipertikaikan. Ia dimasak sempurna dengan menggunakan keju dan ramuan yang dimport khas bagi menjaga kualiti rasa. Selain itu, Tokyo Secret juga menyajikan seleksi pilihan pastri yang cukup enak.
Tahukah anda Tokyo Secret telah melangkah setapak lagi dengan melancarkan kafe yang berkonsepkan fusion di pusat membeli belah Mid Valley Megamall sejak November 2017. Menariknya tentang kafe Tokyo Secret ini adalah anda bukan sahaja dapat menikmati tart keju Jepun terbaik di Malaysia, malah anda boleh menikmati variasi menu utama daripada masakan barat, Jepun dan masakan tempatan.
Kafe Tokyo Secret di Mid Valley ini yang bekeluasan 6 ribu kaki persegi ini menjanjikan suasana moden dan selesa kepada para pelanggan. Saya sendiri terkesima tatkala melangkah masuk ke ruang kafe ini kerana saya terasa seperti berada di alam fantasi. Dekorasi kafe, perabot dan tona warna putih menjadikan kafe ini cukup ideal dijadikan lokasi keraian. Saya di beritahu bahawa kafe Tokyo Secret mampu menampung 100 orang dalam satu masa.
Terkini, pihak kafe Tokyo Secret telah memperkenalkan 11 seleksi hidangan terbaru bagi memberi ‘warna’ kepada menu demi memenuhi selera pelanggan tercinta. Menariknya, pihak kafe Tokyo Secret turut memperkenalkan menu yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam. Selain itu, terdapat beberapa pilihan masakan Asian seperti Aroma Turmeric Chicken Drumsticks, Chicken Curry Kapitan, Northern Style Thai Laksa dan Seafood Spaghetti Noodles.
|
NASI LEMAK WITH RENDANG CHICKEN |
|
CHICKEN KAPITAN CURRY |
|
AROMA CHICKEN WHOLE LEG DRESSED WITH SALAD AND BBQ SAUCE |
|
NORTHERN STYLE THAI LAKSA |
|
DEEP FRIED CHICKEN TENDER SERVED WITH SWEET SPICY SAUCE |
|
BRAISED NORTHERN JAPANESE BLACK ANGUS BEEF CURRY |
Penggemar menu barat tidak harus melepaskan peluang mencuba keempukan dan tekstur daging Black Angus menerusi menu Air-flown Australian Chilled Black Angus Tenderloin atau Rib-Eye. Sememangnya daging Black Angus cukup digemari di Jepun kerana kualiti marbling nya. Selain itu, kafe Tokyo Secret turut memperkenalkan menu berasakan daging kambing import, Air-Flown New Zealand Chilled Lamb Rack, Atlantic Black Cod Fish Fillet, Spaghetti Lobster dan Cheesy Baked Lobster.
|
AIR FLOWN AUSTRALIAN CHILLED BLACK ANGUS TENDERLOIN |
|
AIR FLOWN AUSTRALIAN CHILLED RIB-EYE |
|
AIR FLOWN NEW ZEALAND CHILLED LAMB RACK ROASTED WITH CRUSTED HERB CRUMBS |
|
ATLANTIC COD FISH FILLET SEARED WITH LIGHT GARLIC CREAM HERBS SAUCE |
|
SPAGHETTI LOBSTER AGLIO OLIO |
Pihak kafe Tokyo Secret turut menyajikan 2 pilihan set High Tea sesuai untuk 2 dan 4 orang bagi anda yang ingin menikmati hidangan ringan sambil lepak santai bersama yang tersayang. Set ini didatangkan bersama pot teh untuk dinikmati bersama. Tidak puas dengan sekadar set minum petang? Penuhi kemanisan hidup dengan mencuba kek terbaru Chocolate Checkered Cake sebagai pencuci mulut.
|
HI-TEA SET |
|
YUMMY |
|
SUPER DELISH! |
|
TASTY! |
|
CHOCOLATE CHECKERED CAKE |
|
PILIHAN MINUMAN TERBARU |
|
HAND DRIP ICED COFFEE |
Jika anda mencari-cari tempat makan menarik di ibu kota, kafe Tokyo Secret Mid Valley adalah pilihan terbaik anda. Variasi menu enak untuk dinikmati di kafe yang cukup selesa dan nyaman. Pihak Tokyo Secret bakal merasmikan sebuah kali kafe Tokyo Secret di SkyAvenue, Resort World Genting dalam bulan September ini dan kepada warga Johor, nantikan pembukaan kafe Tokyo Secret di City Square dan South Key Johor tidak lama lagi.
LOKASI KAFE TOKYO SECRET MID VALLEY
LOT F001, ARAS 1, MID VALLEY MEGAMALL,
75, LINGKARAN SYED PUTRA, MID VALLEY CITY,
58000 KUALA LUMPUR
(BERHAMPIRAN DENGAN LALUAN PENGHUBUNG MID VALLEY DAN THE GARDENS MALL)
TELEFON: 03-22023342
WAKTU OPERASI: 10 PAGI -10 MALAM
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOKYOSECRET #TOKYOSECRETMY
0 Comments