ULASAN PERIBADI KAMERA TELEFON PINTAR NEFFOS X9


Neffos, sebuah syarikat dibawah kendalian TP-Link hadir dengan model peranti terbaru iaitu X9, C7A, C9 dan C9A untuk pasaran Malaysia. Majlis pelancaran 4 model ini telah berlangsung dengan jayanya di ibukota baru-baru ini. Saya berkesempatan mencuba seketika keempat-empat model ini namun yang menarik perhatian saya adalah Neffos X9 kerana ia adalah peranti paling mahal dalam keempat-empat model Neffos yang ditayangkan kepada umum. Ingin saya kongsikan kepada anda ulasan peribadi setelah saya menggunakan telefon pintar Neffos X9 ini selama sebulan.

Saya tidak akan menyentuh secara terperinci tentang spesifikasi utama peranti Neffos X9 ini kerana sudah ramai pengulas diluar sana yang sudah membicarakan tentangnya. Apa yang ingin saya sentuh pada ulasan ini adalah lebih kepada hasilan gambar yang diambil menggunakan kamera hadapan dan belakang telefon pintar Neffos X9 ini. Ini kerana saya percaya ramai pengguna yang akan melihat kepada keupayaan kamera dan kualiti paparan dahulu sebelum membeli mana-mana telefon pintar berbanding mengetahui tentang spesifikasi lain. Malah hasil tinjauan saya mendapati rata-rata pengguna telefon pintar lebih teruja akan sesuatu peranti itu kerana kedua-dua faktor yang saya nyatakan tadi.

Secara asasnya, model Neffos X9 hadir dengan paparan FullView bersaiz 5.99 inci, resolusi HD+ 1440×720 dengan nisbah 18:9. Malah, model ini turut mempunyai nisbah paparan kepada rangka sebanyak 86.4%. Selain itu, skrin sentuhnya dilengkapi dengan 2.5D Gorilla Glass dengan salutan AF (Anti-Fingeprint). Ia turut didatangkan dengan mod Night Display bagi memudahkan pengguna melihat paparan pada waktu malam. Bagi sistem sekuriti, ia didatangkan dengan pilihan nyanhkunci menggunakan cap jari di bahagian belakang bersama sistem nyah-kunci muka yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (Al Face Unlock) dimana ia mampu mengesan 106 titik muka secara dinamik supaya penyahkuncian lebih tepat dan selamat.












Neffos X9 dikuasakan dengan CPU empat teras MediaTek MTK6750 dan dilengkapkan dengan GPU dua teras Mali-T860. Sistem operasi Neffos X9 menggunakan Android 8.1 Oreo dengan antara muka NFUI 8.0 yang mampu mengoptima 78% lebih pantas daripada antara muka NFUI 2.0. Model Neffos X9 menerima sokongan bateri bersaiz 3060mAH dengan sambungan USB 2.0 MICRO-B 5 PIN dan pengecasan 5V2A. Neffos X9 hadir dengan 2 varian iaitu storan 32GB/RAM 3GB dan 64GB/RAM 4GB. Storan bagi kedua-dua varian peranti ini boleh dilanjutkan sehingga 128GB menggunakan kad microSD.









KAMERA UTAMA

Neffos X9 tidak ketinggalan menggunakan trend dwi kamera dimana 13MP + 5MP f/2.0 pada kamera utama dengan double flashing light dan mempunyai sistem pemfokusan Phase Detect Autofocus (PDAF) yang menjanjikan hasilan gambar lebih tajam. Saya sempat mencuba mengambil beberapa gambar pada situasi berbeza menggunakan kamera utama ini. Terdapat beberapa mod pilihan seperti Pro, kesan bokeh, mod untuk gambar makanan dan tetapan secara manual. Bagi pengambilan video pula, ia disertakan dengan kualiti rakaman video sehingga 1080p, mod slow motion dan time lapse.


MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD MAKANAN

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK ZOOM MAKSIMUM

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD BOKEH SKALA 10

MOD AUTOMATIK

MOD MAKANAN

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD BOLEH SKALA 0

MOD BOKEH SKALA MAKSIMUM

MOD BEAUTIFY SKALA 0

MOD BEAUTIFY SKALA 5

MOD BEAUTIFY SKALA 10

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD AUTOMATIK

MOD PRO

MOD PRO BERSAMA FLASH

MOD AUTOMATIK






KAMERA HADAPAN

Kamera hadapan pula mempunyai 8MP dengan mod Al Beautify untuk hasilan swafoto menarik. Anda boleh laraskan mod Beautify ini dari skala 0 hingga 10. Saya sempat mencuba mod ini dari skala 0, 5 dan 10 untuk melihat perbezaanya. Dari kualiti rakaman video pula, ia agak memeranjatkan saya kerana ia turut menyertakan kualiti 1080p pada kamera hadapan.


MOD BEAUTIFY SKALA 0

MOD BEAUTIFY SKALA 5

MOD BEAUTIFY SKALA 10

MOD BEAUTIFY SKALA 0

MOD BEAUTIFY SKALA 5

MOD BEAUTIFY SKALA 10






KESIMPULAN

Walaupun ia bukankah telefon pintar dalam keluarga flagship, namun spesifikasi seperti dwi kamera, paparan skrin 18:9, fungsi nyah kunci menggunakan imbasan wajah menjadikan model Neffos X9 cukup berbaloi untuk dimiliki. Menyentuh tentang kualiti gambar yang dihasilkan menerusi kedua-dua kamera model Neffos X9, boleh saya katakan hasilannya memukau saya kerana pada pencahayaan terang, ia mampu menghasilkan kualiti gambar seperti model peranti dalam kategori flagship. Begitu juga dengan kamera hadapan. Namun kelemahan pada kedua-dua kamera ini adalah apabila mengambil gambar ketika pencahayaan yang gelap terutama pada kamera hadapan. Ia menghasilkan noise yang agak ketara. Bagi kamera hadapan pula, anda harus menggunakan mod Pro bagi mendapatkan kualiti gambar pada keadaan low-light ini.





Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM599 bagi storan 32GB manakala bagi storan 64GB pula ia dijual pada harga RM799. Adakah berbaloi mendapatkan telefon pintar Neffos X9 ini? Ya, ia cukup berbaloi dengan harga dan spesifikasi yang ditawarkan. Biasanya spesifikasi dwi kamera, sisten nyah-kunci menggunakan wajah, paparan Full View dengan nisbah 18:9 hanya boleh didapati pada telefon pintar kategori flagship sahaja. Malah dengan rekaan badan peranti ini yang nipis dan ringan menjadikan genggaman di tangan selesa. Walaupun kualiti maksima video tontonan di aplikasi Youtube hanya 720p, ia tetap kelihatan menakjubkan. Kualiti pembesar suara juga tidak mengecewakan saya walaupun ia bukanlah yang terbaik.

Jadi kepada anda yang menjadi telefon pintar dalam bajet wajah RM1000 dengan spesifikasi terkini, Neffos X9 adalah pilihan yang patut ada dalam senarai anda.


LAMAN RASMI NEFFOS MALAYSIA 


LAMAN FACEBOOK RASMI 


LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NEFFOSX9 #NEFFOSMALAYSIA

2 Comments

  1. Kalau dengan harga, spec dia actually dah ok sangat dah..tak boleh nak harap lebih..hehe

    ReplyDelete
  2. will get 1 unit lps payday next week, thanks sbb berjaya convince kan saya yg agak was2 pada mulanya. Thanks.

    ReplyDelete