Antara klinik estetik terkenal di ibu kota yang menjadi kegemaran saya adalah Toscana Medi Clinic yang terletak di Publika. Mereka menawarkan pelbagai rawatan kecantikan tanpa pembedahan dengan harga yang cukup berpatutan. Malah mereka juga memberikan perkhidmatan premium kepada setiap pelanggan. Terasa seperti anak raja mendapat layanan di Toscana Med Clinic ini. KLIK SINI untuk membaca pengalaman saya menjalani rawatan Black Doll Laser di Toscana Medi Clinic sebelum ini.
Saya berkesempatan menjalani bukan satu tapi dua rawatan sekaligus di Toscana Medi Clinic baru-baru ini. Tumpuan kali ini lebih kepada kondisi kulit wajah saya yang kurang memuaskan kerana sering kali menjalani aktiviti luar sejak kebelakangan ini. Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari dan tidak mendapat rehat yang mencukupi menjadikan kulit wajah saya menjadi kusam dan tidak bermaya.
Bagi merawat dan mendapatkan kulit wajah yang sihat dan lebih berseri, saya telah disaran oleh pihak Toscana Medi Clinic menjalani rawatan PORCELAIN DOLL dan NANO FACIALS. Jangan khuatir kerana kedua-dua rawatan ini tidak memakan masa yang lama. Malah anda akan kagum melihat kesan segera selepas selesai rawatan.
PORCELAIN DOLL
Rawatan ini membantu anda mendapatkan kulit wajah berseri, meratakan tona warna kulit, meningkatkan penghasilan kolagen dan menyingkirkan sel kulit mati. Kaedah rawatan ini adalah dengan menggunakan vakum khas untuk membersihkan dan mengecilkan liang pori pada wajah. Apa yang saya suka dengan rawatan Porcelain Doll ini adalah saya boleh lihat perubahan yang dramatik pada kulit wajah saya. Malah dengan hanya sekali rawatan sahaja, saya boleh nampak tona dan tekstur kulit saya lebih sekata. Kepada anda yang ingin mendapatkan kulit yang segar dan berseri, Porcelain Dolls adalah rawatan yang harus anda cuba!
WAJAH DICUCUI DAHULU |
PROSES MEMBUANG BLACKHEADS DAN WHITEHEADS |
SEDUTAN KEKOTORAN PADA LIANG PORI |
NANO FACIALS
Rawatan Nano Facials menggunakan teknologi nano ini juga dikenali dengan nama Micro-Needling. Walaupun ia menggunakan jarum, tetapi jangan risau kerana saiz jarum yang sangat halus tidak merosakkan wajah sama sekali. Rawatan ini dilakukan dengan membentuk lubang halus pada lapisan luar kulit wajah dan kemudiannya memberi laluan kepada serum untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan mudah dan lebih efektif. Rawatan Nano Facials ini merupakan satu sistem penghantaran nutrien pada lapisan dalam kulit untuk menjana penghasilan kolagen dan elastin.
SERUM DISAPUKAN DAHULU |
PROSES MICRO-NEEDLING DILAKUKAN |
MUKA DIREHATKAN SELEPAS RAWATAN SELESAI |
LIHATLAH HASILNYA! |
TERIMA KASIH TOSCANA MEDI CLINIC! |
Hasil bagi kedua-dua rawatan ini cukup memuaskan saya. Wajah saya lebih berseri dan tidak kusam lagi. Malah seperti yang saya katakan, hasilnya boleh nampak dengan hanya sekali rawatan sahaja. Terima kasih Toscana Medi Clinic kerana menjadikan saya lebih yakin untuk berada di khalayak umum. Jadi apa anda tunggu lagi! Telefon atau terus ke Toscana Medi Clinic Publika untuk mencuba rawatan Porcelain Doll dan Nano Facials hari ini!
LOKASI TOSCANA MEDI CLINIC
NO. 1 & 2, BLOK D5 - G4,
SOLARIS DUTAMAS (PUBLIKA)
NO. 1, JALAN DUTAMAS 1,
50480 KUALA LUMPUR.
WAKTU OPERASI:
SELASA - SABTU
(10 PAGI – 7 MALAM)
AHAD - ISNIN
(TEMUJANJI SAHAJA)
TELEFON:
03-61438866
03-61431105
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOSCANAMEDICLINIC #PORCELAINDOLL #NANOFACIALS
0 Comments