Memandangkan tahun 2018 ini saya kurang mengembara ke luar negara atas faktor masa dan bajet, jadi saya gantikan dengan aktiviti meneroka hotel atau hostel menarik di sekitar ibu kota khususnya. Sebelum ini saya pernah menulis tentang penginapan hujung minggu antaranya di The St. Regis Kuala Lumpur, The Bed KLCC dan Cyberview Resort & Spa Cyberjaya. Untuk edisi kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman menginap di sebuah resort terkemuka di Port Dickson iaitu Lexis Hibiscus.
Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Akhirnya dapat juga direalisasikan. Kebetulan pula ada beberapa rakan karib yang turut menyatakan minat untuk mengikuti percutian ini. Jadi kiranya saya jadikan penginapan disini sebagai perjumpaan kecil bersama rakan-rakan memandangkan kita jarang punya masa berjumpa.
Jarak Port Dickson dengan Kuala Lumpur memakan masa kurang satu setengah jam sahaja jika keadaan trafik lancar. Tidak sukar untuk mencari lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson ini kerana terdapat papan tanda arah untuk ke sini. Setibanya disini, saya agak terkejut melihat begitu ramai orang di ruang lobi. Jadi saya mengandaikan bahawa Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan pilihan terbaik khusus buat warga kota yang ingin menikmati percutian hujung minggu.
Saya memilih untuk menginap di Premium Pool Villas yang terletak di bahagian kelopak. Bilik Premium Pool Viilas ini agak luas. Ia menyediakan dua katil bersaiz extra-large selain mini bar, complimentary snacks, kolam mandi dan juga bilik sauna.
Walaupun jarak villa yang saya inap agak jauh dari bangunan utama, mereka menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan para tetamu.
Banyak aktiviti oleh dilakukan di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan seperti Water J Park dimana anda boleh bermain antaranya gelongsor besar setinggi 8 meter. Selain itu, jika anda sukakan sukan air, terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis Hibiscus Port Dickson turut menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo, basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room, gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah mereka turut menyediakan karaoke disini. Satu lagi aktviti yang boleh anda buat disini adalah membeli pakej menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara.
Secara peribadi, saya cukup berpuas hati dengan percutian hujung minggu di Lexis Hibiscus Port Dickson. Rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Perkara yang paling saya suka adalah saya bebas untuk mandi kolam tanpa halangan masa kerana kolam mandi ada di dalam bilik. Jika anda mencari-cari lokasi percutian hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson boleh dimasukkan dalam senarai anda!
LOKASI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
12TH MILE, JALAN PANTAI,
PASIR PANJANG,
71250 PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN
TELEFON: 06-660 2626
LAMAN WEB RASMI:
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LEXISHIBISCUS #LEXISHIBISCUSPD #MYLEXIS
4 Comments
Lexis Hibiscus memang sangat menarik... LeYa yang orang PD pun tak berkesempatan bermalam lagi di sini... Hehe..
ReplyDeleteNanti ada rezeki Leya dan Otomen kena pi tau! Berbaloi...hihi
ReplyDeletethanks for sharing.. this week nak g sane.. room pun same premium pool villa. hrp2 best =)
ReplyDeletePasti best!
Delete