Kuala Lumpur sememangnya meriah dengan premis makanan dengan kepelbagaian masakan. Inilah untungnya berada di ibu negara Malaysia yang satu ini. Kelebihan ini menjadikan Malaysia adalah antara syurga makanan di dunia. Semua jenis makanan dari citarasa tempatan hingga antrabangsa semuanya mudah didapati di sini khususnya Kuala Lumpur. Antara lokasi kegemaran warga kota menjamu selera sambil lepak santai di Bangsar. Antara lokasi yang digelar kawasan elit di ibu kota ini merupakan pilihan terbaik bagi ada yang mencari tempat menjamu selera.
Satu lagi tempat makan yang harus dikunjungi jika anda berada di Bangsar adalah KNOWHERE BANGSAR. Namanya cukup unik. Seunik menu yang disajikan kepada pengunjung. Namun apakah keunikan yang saya maksudkan? Teruskan membaca bingkisan ini hingga ke akhir.
Knowhere Bangsar merupakan sebuah premis berkonsepkan restobar yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar. Lokasi tepatnya adalah sederet dengan premis Public Bank. Sekali pandang barangkali ada yang menganggap Knowhere Bangsar adalah sebuah kelab malam. Dekorasi lampu, susun atur perabot, alunan muzik rancak serta kewujudan bar bersama kotak curut di sudut kedai melengkap suasana premis Knowhere Bangsar. Namun, yang khuatir! Menu makanan yang disajikan adalah diperbuat daripada bahan yang halal. Cuma ia tidak mendapat sijil Halal kerana ia menyajikan minuman alkohol di kaunter bar.
Menariknya di Knowhere Bangsar ini adalah walaupun ruang kedai tampak terhad, ia mempunyai banyak pilihan menu makanan. Jadi semestinya ia sesuai dijadikan pilihan anda untuk menikmati makan malam.
Berbalik kepada isu unik tadi. Kenapa saya katakan Knowhere Bangsar ini unik? Ia kerana jika anda lihat secara mata kasar akan sesuatu menu yang dipesan, ia tidak semestinya menggambarkan rasa sebenar. Sebagai contoh, semasa menu yang dipesan sampai ia tampak secara jelas menu barat dari segi rupa namun saat anda menikmati, jangan terkejut jika rasanya seperti makanan tempatan. Contohnya menu ASARI DOENJANG yang menggunakan lala (clams) dan dimasak menggunakan Doenjang iaitu pes pekat kacang soya Korea. Setelah saya mencubanya, rasanya seperti Masak Lemak Cili Padi.
Pihak Knowhere Bangsar cuba membawa konsep berbeza kepada setiap menu disini. Mereka memberi pengunjung yang merasai menu disini ‘mengembara’ sambil tertanya-tanya apakah rasa sebenar setiap menu yang ditawarkan di sini. Sesuai dengan nama restobar ini, Knowhere.
Sejujurnya, kesemua menu yang sempat saya cuba disini enak-enak belaka. Setiap menu mempunyai karakter dan keunikan tersendiri. Enak? Sudah pasti! Jangan jika anda di Bangsar, jangan lupa mencuba masakan di Knowhere Bangsar. Highly recommended!
LIME CURED BEEF TONGUE
Pada awalnya saya tidak tahu ia adalah lidah lembu sehingga saya selesai makan. Rasanya ada iras seperti daging lembu dengan hirisan nipis dimasak bersama bayam, bawang dan dihidang bersama roti Tartine.
Fine Sliced House-Pickled Beef Tongue, Spinach and Onion Chili Jam Tartine |
FLIGHTLESS WINGS
Ini antara kegemaran saya. Rasanya ada sedikit Ayam Masak Merah. Tidak terlalu pedas dan isi ayam cukup lembut dikunyah.
Deep Fried Chicken Wings Tossed with Ginger Chili Dip |
PRAWN GARLIC TOMATO SALSA
Saya tak pasti bagaimana ingin menggambarkan rasa menu ini tapi seolah-olah saya pernah rasai masakan sebegini sebelum ini. Isi udang yang segar, dan semua bahan seperti Tomato dan bawang putih melengkap rasa menu ini.
Sauteed Tiger Prawns with Garlic and Tomato Salsa |
GRILLED CRUDITES WITH BABA GHANOUSH
Menu ini juga menjadi kegemaran saya. Saleri dan terung yang dipanggang dan diperasakan serta dihidang bersama terung lenyek dari Syria dan sos Raita Timun. Sesuai dijadikan menu kudapan.
Mix Grilled Vegetables Served with Baba Ghanoush and Cucumber Raita Dip |
ASARI DOENJANG
Menu ini juga menjadi kegemaran saya kerana pada awalnya saya mengangkakan ia adalah lala yang dimasak gaya sos carbonara. Apabila makan, ia mempunyai rasa lemak pedas. Tidak ubah seperti rasa Masak Lemak Cili Padi.
Clams, Doenjang, coriander, Chilli and garlic |
SMOKEY SALMON
Isi ikan Salmon yang disalai dan digulung bersama cheri separa kering, kaviar Sherry dan rasa sitrus.
Roll Smoke Salmon, Semi Dried Cherry, Citrus Dressing and Sherry Caviar |
SMOKED PLUME AND PLUM
Daging itik salai dihidang bersama sos salsa buah pic dan plum, sos mangga dan jem bawang. Dagingnya dimasak sempurna dan lembut dikunyah. Rasa masam manis menjadikan menu ini enak dimakan.
House-smoked Duck Served with Plum & Peach Salsa, Mango Sauce and Onion Marmalade |
GRILL CALAMARI WITH BELACAN SALSA
Sotong bakar di makan bersama sambal belacan Salsa. Isi sotong yang segar digabung pula dengan elemen Malaysia iaitu sambal belacan yang diolah menjadikan menu ini sesuatu yang lain!
Fresh South China Sea Grilled Squid with Belacan Salsa |
MUSSEL SAMBAL WITH BASIL LIME
Kupang Hitam Chile dimasak bersama cili, daun basil dan perahan limau menjadikan ia seperti menu sambal. Walaupun ia adalah sambal, jangan risau! Ia tidak terlalu pedas.
Chilean Black Mussel in Basil Lime Chili |
PIZZA
Margherita Pizza with Sundried, Semi-Dried and Cherry Tomatoes |
CARNIVORE PIZZA
Roasted Chicken, Beef Bacon, Minced Beef, Tomatoes, Jalapenos and Monty Jack Cheese |
SEAFOOD MALAYA
Mild Spicy Sambal Seafood Pizza with Selasih Leaves and Pineapple and Mozzarella |
GRAPEFRUIT THYME SPRITZ
ORANGE & GOJI
Homemade Thyme with Grapefruit Soda |
ORANGE & GOJI
With carrot, banana and lemon |
LOKASI KNOWHERE BANGSAR
50, JALAN MAAROF,
59100 BANGSAR BARU,
KUALA LUMPUR.
WAKTU OPERASI
AHAD – RABU (4PM – 1 AM)
KHAMIS –SABTU (4PM – 2AM)
TELEFON:
03-22012358
010-2202358 (WA)
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KNOWHEREBANGSAR #FOODIE #BAR #EATERY #CIGARS #BANGSAR
0 Comments