TEMPAT MENARIK DILAWATI DI CAMERON HIGHLANDS SEMASA BERCUTI BERSAMA KELUARGA






Asyik disogokkan dengan percutian di luar negara sahaja. Apalah salahnya jika kita pusingkan jarum kompas dan meneroka keindahan bumi Malaysia pula. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang wajib dilawati di Malaysia. Kalau tidak masakan Malaysia digelar Malaysia Truly Asia. Namakan saja jenis pelancongan yang anda mahukan, semua ada disini. Malah eko, agro dan kesihatan juga merupakan antara pilihan pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia. Betapa bertuah nya bumi Malaysia yang penuh dengan pesona dan keajaiban.

Walaupun Malaysia tidak mempunyai musim salji, namun anda masih boleh menikmati percutian di destinasi bersuhu dingin seperti Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Suasana, cuaca dan faktor geografi Cameron Highlands merupakan antara sebab ia pillihan ramai untuk bercuti. Sebagai informasi, Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 1200 – 2000 meter dari aras laut dan cukup terkenal dengan ladang teh yang terbentang luas. Bayangkan anda sedang bercuti di Cameron Highlands dengan cuaca bersuhu 10°C hingga 20°C sambil menikmati teh panas dihidang bersama skon yang enak. Nikmatnya tidak terkata! Ayuh, sediakan kertas dan pen untuk catit beberapa tips berguna bercuti di Cameron Highlands.

Jika anda amati peta kawasan Cameron Highlands, daya tarikan yang terdapat disini agak teratur dan tersusun apabila anda menyusuri jalan dari selatan menuju ke utara. Salah satu daya tarikan kegemaran saya adalah sebuah ladang teh yang terletak 4 kilometer di selatan Tanah Rata. Ops! Saya sarankan agar anda mengelak untuk berkunjung ke sini pada hujung minggu kerana biasanya ramai pelancong dalam dan luar negara menbanjiri kawasan ini. Takut lemas dalam kesesakan pula.


Selesai meneroka ladang teh, terus memandu ke Tanah Rata, bandar terbesar di Cameron Highlands ini. Bandar Tanah Rata yang berada kira-kira 10 km dari utara Ringlet ini merupakan lokasi terbaik untuk anda berehat sebentar sambil menjamu selera kerana terdapat pelbagai restoran untuk anda pilih. Malah terdapat juga banyak hotel dan kedai disini.






Selain itu, aktiviti wajib ketika bercuti di Cameron Highlands adalah mengutip strawberi! Penanaman buah strawberi di sini memang popular disini dan hasil tanaman disini cukup segar dan berkualiti. Ini disebabkan faktor persekitaran dan cuaca yang dingin menjadikan tanaman buah strawberi disini ‘menjadi’. Saya memilih Raju Hill Strawberry Farm kerana ladangnya cukup luas dan mudah bagi pengunjung bergerak disekitarnya. Saya sarankan anda melawat Raju Hill Strawberry Farm pada waktu pagi bagi memastikan masih banyak pilihan buah yang segar bugar. Caj yang dikenakan cuma RM30 untuk dua orang. Murah bukan! Malah terdapat kedai coklat dan kafe untuk disini.







Penuhi aktiviti anda disini dengan berkunjung ke Taman Rama Rama Kea Farm. Disini terdapat pelbagai spesies rama-rama, serangga dan beberapa haiwan lain seperti tarantula, arnab dan cicak. Malah terdapat taman bunga disini. Taman Rama-Rama Kea Fam ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu. Harga yang ditawarkan cuma RM 7 bagi dewasa dan RM 4 bagi kanak-kanak. Jangan lupa mencari spesies rama-rama yang dikenali sebagai Rajah Brooke atau nama saintifiknya Trogonoptera brookiana disini.









Selain itu terdapat tarikan menarik di Cameron Highlands iaitu muzium 3D yang dipanggil Holiday’s Park. Ia merupakan muzium interaktif 3D pertama di Cameron Highlands dimana anda akan terpukau dengan hasil kreatifiviti lukisan mural yang nampak seolah-olah ‘hidup’. Lokasi muzium ini adalah dibawah Nova Highlands Resort and Residence dan harga tiket cuma RM27 bagi dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak.








Sebut tentang Nova Highlands Resort and Residence, saya mensyorkan anda untuk menginap disini jika bercuti di Cameron Highlands. Ini kerana lokasi pusat penginapan ini yang cukup strategik serta berdekatan dengan tarikan menarik di sini. Malah anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke tempat-tempat ini dari Nova Highlands Resort and Residence. Pengalaman saya menginap di apartment tiga bilik di sini memang menakjubkan. Ruang apartment yang luas dengan kemudahan 2 bilik air, ruang dapur, ruang tamu, ruang makan, balkoni. Cukup berbaloi dan puas hati memandangkan keluarga saya agak besar jadi apartment di Nova Highlands Resort and Residence ini pilihan tepat untuk kami. Tempat makan pun banyak dan mudah diakses dari tempat penginapan kami.








Mungkin ramai yang tertanya bagimana saya ‘jumpa’ hotel ini? Anda pernah dengar Traveloka? Laman carian hotel dan tiket penerbangan yang sohor kini (trending) tu. Saya jatuh cinta dengan laman Traveloka kerana saya boleh dapat banyak pilihan hotel dengan harga yang murah. Malah disertakan juga informasi penting seperti tempat menarik yang berada berdekatan dengan hotel tersebut serta pengalaman mereka yang pernah menginap di sesebuah hotel menerusi ruang komen. Jadi Traveloka sememangnya memudahkan urusan saya.



Pendek kata, banyak offer penerbangan dan hotel murah di Traveloka. Boleh saya katakan Traveloka memudahkan urusan bercuti saya. Kalau anda masih pening mencari tempat tinggal atau tiket penerbangan murah, guna sahaja Traveloka. Berbaloi-baloi. Apa lagi! Pack your bag and go travel!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TRAVELOKA #TRAVEL

0 Comments