RASAI MASAKAN DARI NEGARA CUBA SEMPENA CUBAN FOOD PROMOTION DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES KUALA LUMPUR


Jarang kita mendengar promosi masakan daripada negara Republik Cuba disana-sini. Malah saya sendiri belum pernah terjumpa mana-mana restoran mahupun hotel yang menyajikan masakan daripada negara di kepulauan Caribbean ini. Barangkali ada diantara anda yang tidak tahu dimana kedudukan negara Republik Cuba ini. Lagu Havana yang cukup popular diserata dunia sebenarnya merupakan nama ibu negara bagi Republik Cuba.

Republik Cuba sebenarnya sebuah negara yang cukup menarik untuk dilawati. Kereta vintage dan curut (cigar) menjadi antara daya tarikan utama negara ini. Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kita adalah antara 10 negara di dunia yang tidak memerlukan visa untuk melancong ke sini malah kita boleh berada di negara Cuba selama 90 hari.

Satu lagi tarikan yang ramai tidak tahu tentang negara Republik Cuba adalah makanannya. Jadi, pihak Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur dengan kerjasama Kedutaan Republik Cuba di Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi juadah masakan daripada Republik Cuba menerusi CUBAN FOOD PROMOTION.













Kerjasama buat julung kali nya ini akan memberi satu pengalaman baru kepada orang ramai untuk mencuba keunikan juadah masakan dari Republik Cuba ini. Selama 8 hari iaitu daripada 2 - 9 Julai 2018, anda dapat merasai variasi juadah seperti Pollo a’la Campesina (Rusty Chicken), Chilindron de Cordero (Stewed Beef), Ropa Veija (Shredded Beef), Filete de Pescado Grille con Maitre Hotel (Grilled Fish Fillet Maitre Hotel Style), Langosta Enchilada (Cuban Style Shrimp Echiladas) dan banyak lagi daripada pembuka selera hingga pencuci mulut.



















Saya sendiri sudah mencuba dan boleh saya katakan rasanya enak dan kena dengan selera tekak kita rakyat Malaysia. Antara kegemaran saya adalah Black Beans Rice (Arroz Congri), Deep Fried Crocket Potato (Papas Rellenas), Anise Fritters with Syrup dan Vanilla Custard with Cinnamon.








Istimewa Cuban Food Promotion oleh Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ini adalah mereka telah menjemput khas dua orang Chef terkemuka dari Republik Cuba iaitu Chef Carlos Silvio Otero Perez dan Chef Eddy Fernandez Monte untuk memasak kesemua juadah sempena promosi ini. Kehadiran kedua-dua chef ini di Malaysia atas undangan pihak Kedutaan Cuba sendiri sempena Kongres dan Ekspo Chef Sedunia 2018 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.







Sepanjang promosi masakan negara Cuba, pihak Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur turut menyediakan kaunter memasak secara LANGSUNG dimana anda akan dipertontonkan cara penyediaan menu Cuba Style Chicken Rice dan Cubano Sandwiches.









Jadi untuk masa terhad, ambil peluang keemasan ini untuk datang ke Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur merasai juadah masakan dari Republik Cuba. Cuban Food Promotion di Green Treats Delicatessen Café ini hanya berlangsung selama 8 hari sehingga 9 Julai 2018.

Harga yang ditawarkan cuma RM98 net seorang untuk sajian semi bufet makan tengahari dan semi bufet makan malam setiap hari sepanjang tempoh promosi ini. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila email ke foodandbeverage@shrkl.swissgarden.com atau telefon 03-27851191. Dapatkan informasi terkini menerusi laman media sosial rasmi Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.



LOKASI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES KUALA LUMPUR
117, JALAN PUDU,
55100 KUALA LUMPUR

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHRKL #SWISSGARDENKL #CUBANFOOD

0 Comments