PEMENTASAN MUZIKAL ANTARABANGSA THE SMURFS LIVE ON STAGE DI RESORTS WORLD GENTING


Siapa tidak mengenali The Smurfs bukan! Karakter kartun berbadan biru yang cukup mencuit hati. Watak yang telah dicipta oleh seorang kartunis dari Belgium, Pierre Culliford atau dikenali dengan nama Peyo sejak 1958 ini telah menjadi antara rancangan TV cukup terkenal di seluruh dunia sehingga kini. Dek kerana itu, pihak Resorts World Genting tidak teragak-agak untuk membawakan The Smurfs untuk tontonan ramai secara LIVE!

Saya berkesempatan menyaksikan pementasan yang diberi nama ‘THE SMURFS LIVE ON STAGE-THE SMURFS SAVE SPRING’ baru-baru ini. Ia dipentaskan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-60 karakter kartun ini. Selama 70 minit, penonton disajikan dengan gelagat lucu keluarga The Smurfs ini dengan menampilkan dua pertunjukan muzikal ekstravaganza iaitu nyanyian dan lakonan secara langsung dalam kostum Smurfs.










Persembahan yang julung kali diadakan di Malaysia ini telah diarahkan oleh John Rowe dan koreografi oleh Katie Kermond daripada produksi Millennium Entertainment International. Pementasan muzikal THE SMURFS LIVE ON STAGE – THE SMURFS SAVE SPRING ini mengisahkan tentang musim bunga yang cukup disukai oleh komuniti berbadan biru ini. Malah mereka telah merancang untuk mengambut ketibaan musim bunga ini dengan acara perarakan yang dipangil Spring Parade.

Namun, watak antagonis dalam kisah The Smurfs iaitu Gargamel dibantu oleh kucingnya Azrael menyimpan dendam kepada The Smurfs dan merancang untuk mengganggu perancangan mereka dengan cuba untuk mengubah musim bunga kepada musim sejuk. Jadi Gargamel telah menculik Mother Nature yang memiliki buku resepi magis bagi menyempurnakan hasrat kotor beliau. Malah bapa Papa Smurfs juga telah diculik bagi menggagalkan hasrat pihak The Smurfs untuk meraikan musim bunga. Setelah menyedari kehilangan Papa Smurfs, maka Brainy, Clumsy, Smurfette dan rakan-rakan cuba menyelamatkan Papa Smurfs, Mother Nature dan seterusnya mengembalikan semula musim bunga yang menjadi kegemaran mereka.





















Menurut penerbit pementasan The Smurfs, Nick Larkin berkata bahawa pementasan ini telah mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi realiti. Dari mesyuarat, mereka dan merancang agar pementasan ini ‘hidup’ bukanlah satu kerja yang mudah. Namun atas usaha dan komitmen padu dari seluruh warga produksi maka pementasan THE SMURFS LIVE ON STAGE –THE SMUFS SAVE SPRING harus berbangga dengan kejayaan pementasan ini. Sejak 2014 lagi pementasan ini telah pusing satu dunia di lebih 15 buah negara dan menghiburkan hampir 150 ribu peminat.

Pementasan The Smurfs Live On Stage – The Smurfs Save Spring ini telah dipentaskan pada 26 Mei hingga 24 Jun 2018 di Genting International Showroom. Malah tiket-tiket yang dijual pada harga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2) mendapat sambutan diluar jangkaan sehingga banyak slot yang full house. Malah pihak Resorts World Genting turut memberi potongan harga sebanyak 10% kepada pemegang kad Ganjaran Genting. Tahniah Resorts World Genting kerana berjaya membawa pementasan bertaraf dunia di Malaysia.







Jika anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan variasi persembahan yang dibawakan oleh Resorts World Genting, sila layari www.rwgenting.com atau telefon 03-27181118 .


#REEFISM #REEFISMRTERRITORY #THESMURFSLIVEONSTAGE #RESORTSWORLDGENTING

0 Comments