KEMPEN SYUQR RHB DILANCARKAN HASIL KERJASAMA MASJID AL-FALAH USJ 9, BOOST DAN RHB ISLAMIC


Awal bulan ini, Masjid Al-Falah USJ 9 telah mencatat pencapaian baharu sebagai masjid pertama untuk melangkah ke alam digital dengan menerima sumbangan tanpa tunai. Pencapaian ini dilakukan di bawah Kempen SyuQR RHB – satu inisiatif untuk membawa gaya hidup digital kepada konsep 'Memberi' dan/atau 'Shadaqah' - melalui Boost, aplikasi e-wallet yang dikendalikan oleh Axiata Digital.

“Ini merupakan kerjasama pertama antara RHB Islamic dengan Axiata Digital ke arah sadaqah digital bersempena bulan Ramadhan. RHB Islamic berbesar hati menjadi rakan kongsi dalam usaha untuk mendekati golongan kurang bernasib baik dengan menggalakkan umat Islam membuat sumbangan digital kepada Kempen SyuQR.” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.

Aplikasi e-wallet Boost menyediakan platform dimana sumbangan boleh dilakukan dengan mudah melalui pengimbasan kod QR yang dipaparkan di masjid dan semua sumbangan akan dipindahkan terus ke akaun bank RHB Masjid Al-Falah tanpa risiko kecurian atau kehilangan.





Christopher Tiffin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Apabila kami bekerjasama dengan RHB Islamic dalam Kempen SyuQR, kami hanya ada satu matlamat, iaitu untuk memudahkan pengguna berbakti kembali dan berkongsi rezeki mereka kepada masyarakat. Malaysia mempunyai 20 juta pengguna telefon pintar dan terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan penggunaan aplikasi e-wallet. Kami yakin dengan kerjasama ini ia akan menjadi contoh terbaik untuk menggalakkan penggunaan tanpa tunai dalam kalangan masyarakat. Kami juga menjangka institusi sosial lain akan menyambut baik langkah ini dan melaksanakan transaksi tanpa tunai,”

Kempen tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Sri Zainal Abidin, Pengerusi Masjid Al-Falah USJ 9, Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Axiata Digital Services Sdn Bhd dan Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost. Mereka disambut meriah oleh kariah masjid dan berpeluang berbuka puasa bersama-sama penduduk sekitar Subang Jaya.






Kerjasama Boost dan RHB Islamic membangunkan inisiatif tanpa tunai di Masjid Al-Falah selari dengan Blueprint Bank Negara membabitkan Sektor Kewangan serta ia merupakan sebahagian daripada matlamat ke arah negara tanpa tunai menjelang tahun 2050.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BOOST #SYUQR #RHBISLAMIC

0 Comments