IMBAU NOSTALGIA DI BUFET RAMADAN 2018 PNB PERDANA ON THE PARK


Bulan Ramadan merupakan bulan penuh keberkatan. Inilah bulan dimana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda atas setiap amalan kebaikan yang dilakukan. Selain itu, bulan Ramadan juga menjadi ruang kepada kita untuk merapatkan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai dengan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama. Setiap restoran mahupun hotel menjanjikan pilihan sajian enak bufet Ramadan kepada pengunjung. Antara lokasi bufet Ramadan yang harus dicuba adalah PNB Perdana On The Park.

Sebagai informasi, PNB Perdana On The Park yang terletak di Jalan Binjai dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan hotel berkonsepkan lifestyle residence dan pertama di Malaysia mendapatkan pengiktirafan sebagai Muslim Friendly. PNB Perdana On The Park merupakan salah satu hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada pihak JAKIM.











Pada tahun ini, pihak PNB Perdana On The Park menampilkan tema NOSTALGIA RAMADAN dengan dekorasi kontemporari di THE 39 RESTAURANT dan dekorasi klasik di RESTORAN 10 BINJAI. Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai menhidangkan rangkaian masakan kampung yang pasti memberi imbauan nostalgia tatkala menjamu selera. Antara menu yang disajikan pada tahun ini adalah Nasi Briyani Kismis, Ayam Masak Briyani, Daging Rendang, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang Sambal Bawang dan Kobis Masak Lemak. Tidak ketinggalan menu Nasi Ayam harus dicuba kerana cukup asli rasanya. Terdapat juga gerai memasak secara langsung seperti menu Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti John, Sate Ayam dan Daging dan semestinya Kambing Bakar dan Ayam Golek Madu Lembah Pantai. Minuman Teh Tarik disini antara yang terbaik pernah saya nikmati. Harga yang ditawarkan untuk bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai adalah RM92 net (dewasa) dan RM55.20 net (kanak-kanak 4-12 tahun).













Bagi The 39 Restaurant, apa yang istimewa berbuka di sini adalah anda boleh menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur sambil mendengar iringan muzik. Nikmati seleksi juadah berbuka puasa seperti Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Masak Lemak Cili Padi, Kacang Panjang Goreng Taugeh dan banyak lagi. Menu pencuci mulut seperti kuih muih Melayu dan buah-buahan turut disediakan di bufet Ramadan kali ini.















Pakej yang ditawarkan bagi bufet Ramadan di The 39 Restaurant hanya RM116 net (dewasa) dan RM69.60 net (kanak-kanak 4- 12 tahun).

Kemudahan surau untuk solat Mahgrib dan Terawih juga disediakan di tingkat 5. Jika anda malas untuk memandu, PNB Perdana On The Park cukup mudah diakses menggunakan LRT kerana ia berdekatan dengan stesen Ampang Park.















Jangan lupa untuk merasai keenakan bufet Ramadan dengan seleksi masakan ala kampung di kedua-dua restoran di PNB Perdana On The Park. Layari www.pnbperdanaonthepark.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.



LAMAN FACEBOOK RASMI 
www.facebook.com/pnbperdanakl

-

LAMAN INSTAGRAM RASMI 
www.instagram.com/pnbperdanakl 

-

TELEFON: 

03-74903939 (THE 39 RESTAURANT) 

03-74903838 (RESTORAN 10 BINJAI)



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PNBPERDANAKL #BUFETRAMADAN2018

0 Comments