Sempena bulan Ramadan serta ketibaan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Resorts World Genting mengambil keberkatan di bulan mulia ini dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar Bukit Gunung Ulu Kali. Majlis yang sering dijalankan saban tahun selama lebih sedekad ini telah di adakan di Kampung Orang Asli Sungai Merjuk pada 25 Mei 2018 yang lalu.
Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Orang Asli tahun ini meraikan seramai hampir 200 orang asli dari Kampung Sungai Merjuk dan Kampung Sungai Dua Hulu di Bentong, Pahang. Turut hadir ke majlis ini adalah Katherine Chew selaku Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting.
"Dari semua upacara berbuka puasa yang saya menghadiri setiap Ramadan, ini merupakan majlis yang paling istimewa. Ramadan di Malaysia adalah bulan penuh kesabaran dan perpaduan dan kami berbangga berada di sini untuk berkongsi hidangan buka puasa dengan masyarakat orang asli yang telah menetap di hutan sekitar Genting Highlands sejak dulu lagi. Kita adalah sebahagian dari komuniti yang bersatu pada gunung yang sama. Ini mungkin sumbangan yang kecil bagi kami, namun besar harapan agar ia mampu memberi sedikit sinar dalam kehidupan mereka. Selagi saya bersama Genting Malaysia, saya akan cuba meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat Orang Asli ini." jelas Katherine Chew.
Pada majlis sama, pihak Resorts World Genting turut memberi sedikit sumbangan kepada setiap keluarga dari dua buah kampung iaitu berupa pelbagai barangan keperluan dapur agar mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan meriah . Setiap kanak-kanak dari kedua-dua kampung turut menerima set alat tulis sebagai galakan dan dorongan kepada mereka untuk terus mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Untuk sebarang informasi, sila hubungi 03 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com .
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING
0 Comments