ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR RAI 35 ANAK YATIM DAN ASNAF DI BUFET RAMADAN 2018 BERTEMAKAN KAMPONG BOY


Bulan Ramadan bulan mulia dan penuh keberkatan. Umat Islam digalakkan mengambil peluang sepanjang bulan puasa ini untuk memperbanyakkan amal kebajikan dan bersedekah kerana Allah SWT menjanjika ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada umatnya yang melakukan kebaikan pada bulan ini. Pastinya berkongsi nikmat terutamanya dengan golongan yang kurang bernasib baik merupakan satu amalan murni.

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur milik UDA Holdings Berhad juga tidak mahu melepaskan peluang sempena bulan Ramadan ini dengan meraikan anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Murni. Penganjuran Program Berbuka Puasa yang telah diadakan baru-baru ini cukup bermakna buat pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana sumbangan kecil ini diharap dapat menceriakan anak-anak ini khususnya.

Program Berbuka Puasa ini merupakan agenda tahunan pihak Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memberi sedikit kecerian kepada mereka dalam menyambut Ramadan dan Syawal. Selain menjamu para tetamu istimewa ini, pihak Ancasa turut menyediakan persalinan raya serta sedikit duit raya sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

Pihak Ancasa Hotel cukup bertuah kerana pada tahun ini, pihak ADABI sudi bekerjasama dengan menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barangan keperluan asas untuk anak-anak yatim yang dirai.

Selain itu, kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama wakil dari ADABI sendiri telah turun padang dengan mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam dihadapan Ancas Hotel & Spa Kuala Lumpur. Acara ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), YBhg Datuk Ahmad Tajuddin Mohamad yang turut sama mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lok.

Pada majlis sama, Pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur turut melancarkan bufet Ramadan 2018 yang bertemakan Kampong Boy. Pelbagai seleksi juadah masakan kampung menjadi pilihan kepada pengunjung untuk berbuka puasa di Saffron Brasserie Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kali ini. Ada pelbagai menu menarik seperti Telur Itik Masak Lemak Cili Api, Ayam Ros Madu, Kambing Masak Rempah, Ikan Bawal Kari Asam, Daging Singgang, Sambal Udang Petai, Pajeri Nenas dan lebih 120 menu sajian masakan Melayu menanti anda.





























Selain itu, terdapat pelbagai pilihan juadah seperti Murtabak Ayam dan Daging, Sate, Ayam Percik Belanda, Kambing Panggang dan banyak lagi. Siapa yang menggemari pencuci mulut, bufet Ramadan di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur adalah lokasi terbaik anda kerana terdapat macam-macam jenis pilihan untuk anda disini.












Jangan lepaskan peluang untuk merasai masakan citarasa kampung di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bermula 17 Mei sehingga 13 Jun 2018. Harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah RM68 net (dewasa) dan RM40 net (kanak-kanak berumur 4-12 tahun). Telefon 03-20266060 untuk membuat tempahan anda. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.ancasahotels.com atau laman media sosial Ancasa Hotel.









#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANCASAHOTELANDSPAKL #ANCASAHOTELSANDRESORTS #BUFETRAMADAN2018

0 Comments