Sempena bulan Ramadhan 2018, pihak The Kuala Lumpur Journal menerusi Kedai Kopi Journal akan menyajikan kepada anda semua bufet Ramadhan bertemakan Selera Malaya.
Bagi anda yang sentiasa setia bersama The Kuala Lumpur Journal, anda pasti sedia maklum bahawa setiap kali Ramadhan, Kedai Kopi Journal mencari kelainan dengan menyediakan set hidangan berbuka puasa berbanding dengan kebanyakan hotel yang memilih untuk menyediakan hidangan dalam bentuk bufet. Namun, sempena Ramadhan 2018, pihak The Kuala Lumpur Journal cuba mencari kelainan dengan menawarkan seleksi hidangan berbuka puasa dalam bentuk bufet kali ini.
Istimewa pada tahun ini, pihak The Kuala Lumpur Journal cuba mengimbau nostalgia dengan menerapkan tema Selera Malaya dimana anda akan disajikan dengan gabungan masakan tradisi dan menu terkini antaranya menu wajib, Kari Kepala Ikan dan Rendang Daging, Nasi Tomato, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Kapitan dan Ayam Percik, Kambing Masak Kurma, Soto Ayam, Tom Yam Seafood, Otak-Otak Muar.
Tidak dilupakan menu wajib berbuka puasa seperti kuih muih, Rojak Buah, Pasembor, Keropok, Sate Ayam dan Daging. Tidak dilupakan seleksi minuman sebagai pembasah tekak setelah seharian berpuasa antaranya Teh Tarik, Nescafe Tarik, minuman sejuk dan Cendol. Pemanis mulut seperti Pengat Pisang harus dicuba!
Apa yang menjadi tarikan sempena bufet Ramadhan The Kuala Lumpur Journal pada tahun ini adalah mereka turut menghidangkan kepada pengunjung lebih 23 cucuk menu Lok Lok. Menu ini cukup terkenal di negeri Pulau Pinang dan juga Sarawak.
Kepada anak-anak kecil, pihak The Kuala Lumpur Journal turut menyediakan sebuah kaunter khas Chocolate Fountain untuk dinikmati.
Senang kata bufet Ramadhan 2018 di hotel The Kuala Lumpur Journal ini memang berbaloi dengan pilihan juadah yang pelbagai. Harga yang ditawarkan juga cukup mampu milik iaitu hanya RM118 net untuk seorang dewasa dan RM59 net untuk kanak-kanak berusia 6-11 tahun. Kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, PERCUMA!
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi 03-21102211 atau email ke fbm@kljournal.com . Sila layari laman web rasmi The Kuala Lumpur Journal di www.kljournalhotel.com atau laman media sosial rasmi The Kuala Lumpur Journal.
LOKASI
The Kuala Lumpur Journal
No. 30, Jalan Beremi,
Off Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 2110 2211
Fax : 03 - 2110 1100
Email: inquiries@kljournal.com
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SELERAMALAYA #MYRAYAJOURNAL #KLJOURNAL
2 Comments
Sally memang suka gila dengan Kari Ikan di The KL Journal..Kari dia memang pekat dan mantap. Sesuai sangat dengan selera Sally yang tak suka makan Kari Ikan sangat..tapi yang ni memang serius up to my taste.
ReplyDeleteCuma disappointed sikit je last time sebab tak kick sangat.
Saya setuju dengan Sally. Kari kepala Ikan kat KL Journal memang awesome!
Delete