Tamu Hotel & Suites mungkin baru bagi sebilangan orang namun ia bukan penghalang kepada hotel bertaraf 4 bintang ini untuk berdiri standing dengan hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur. Baru sahaja beroperasi pada 1 Februari 2018, hotel yang terletak di kawasan Kampung Baru ini menjadi satu lagi tarikan panorama Kuala Lumpur. Lokasi Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur mudah diakses dengan pelbagai mode pengangkutan seperti LRT Kampung Baru yang berjarak 600 meter dari Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur.
Buat pertama kali, pihak Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur menyediakan bufet Ramadan dengan menghidangkan citarasa lokal dan antarabangsa di restoran Suasana @ 27. Restoran ini yang berada di aras 27 bakal memberi satu pengalaman penuh gaya dan pastinya menyediakan seleksi juadah berbuka puasa yang enak. Bufet Ramadan 2018 ini bertemakan Singgah Rasa ini turut berkolaborasi dengan chef selebriti, Chef Sabri Hassan yang cukup terkenal dengan masakan yang enak dan membangkit selera.
Bufet Ramadan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur menyediakan 13 konsep gerai dengan variasi menu bagi memberi kepuasan berganda kepada pengunjung yang datang berbuka puasa. Antara gerai yang terdapat di sini adalah gerai Timur Tengah yang menghidangkan Kambing Panggang dengan Nasi Mandy dan Ayam Panggang Morocco. Selain itu, terdapat gerai masakan India yang menyediakan menu seperti Kambing Kashmiri, Ayam Tandoori. Tak cukup lagi? Singgah ke gerai Sup Gear Box dan juga menu wajib Bubur Lambuk. Gerai Chinatown juga disediakan bagi anda yang menggemari menu seperti Yong Tau Foo.
Jangan dilupakan dengan masakan tradisi kita dengan pilihan menu seperti Ayam Percik, Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas, Mee Goreng Mamak dimasak secara live, Sate Ayam dan Daging, Rojak Buah dan banyak lagi.
Bufet Ramadan 2018 di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur juga membawakan menu antarabangsa seperti Beef Goulash, Seafood Brochette with Lemon Butter Sauce, Jalapeno Sausage with Onions, Grilled Saba Mackerel with Wasabi sauce. Aiskrim terkenal dari Turki juga turut disediakan kepada anda tapi awas dengan helah di penjaga aiskrim tersebut! Seleksi kuih muih tradisi serta pencuci mulut yang lain juga tidak harus dilepaskan.
Harga yang ditawarkan untuk Bufet Ramadan 2018 cukup berpatutan. Hanya RM119 net (dewasa) dan RM 59 net (kanak-kanak) bermula 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Jangan khuatir jika anda ingin melakukan solat terawih kerana hotel ini hanya berhadapan dengan Masjid Jamek Kampung Baru. Telefon segera bagi menempah slot anda dengan mendail 03-26031999 atau 017-3980664 .
Sebelum pulang jangan lupa ke aras kolam renang untuk mengambil foto berlatar belakang panorama Kuala Lumpur.
Jom SINGGAH RASA with Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur!
LOKASI
TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru
50300, Kuala Lumpur
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TAMUHOTELKL #SINGGAHRASATAMUHOTEL #BUFETRAMADHAN2018 #RAMADHANBUFFET2018
2 Comments
Tumpang tanya, ni the face suites hotel kat kl tu eh? 1st time nak try ni.
ReplyDeleteBukan, just google Hotel Tamu Kampung Baru. Face Suites itu tiada kaitan dengan Hotel Tamu.
Delete