RAIKAN IFTAR YANG KE- 20 BERSAMA CYBERVIEW RESORT & SPA SEMPENA RAMADHAN 2018


Bila tiba bulan Ramadhan setiap tahun, pasti meriah dengan promosi berbuka puasa disana sini. Saya sendiri adalah diantara yang cukup aktif menerjah bufet Ramadhan yang diadakan di sekitar ibu kota. Namun dalam banyak-banyak bufet Ramadhan, sudah pasti ada yang menjadi personal favourite saya saban tahun. Antaranya adalah Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya.

Saya harus akui bahawa menu yang disediakan di Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa cukup enak dan kena dengan selera tekak saya. Tambahan pula ada sebilangan menu di sini memang sukar didapati di mana-mana bufet Ramadhan. Jadi ia menjadi alasan kuat untuk berkunjung ke Cyberview Resort & Spa lagi.







Menariknya pada tahun ini, Cyberview Resort & Spa meraikan ulangtahun yang ke-20 dan bersempena dengan itu, Bufet Ramadhan 2018 kali ini lebih istimewa berbanding dengan sebelumnya. Bertemakan RASAI IFTAR YANG KE -20, Cyberview Resort & Spa bakal menyajikan seleksi juadah berbuka puasa yang pasti memberi seribu satu kepuasan kepada pengunjung.











Masakan tidak puas! Terdapat 26 stesen berkonsepkan gerai dengan pilihan juadah dari pelbagai kaum bakal disajikan kepada sepanjang bulan Ramadhan ini. Antaranya masakan Melayu, Cina, India, Jepun, Itali, Sepanyol, Mexico dan banyak lagi yang pastinya mampu membangkit selera anda untuk berbuka puasa. Malah pihak Cyberview Resort & Spa membawakan kembali signature mereka iaitu SEAFOOD LIVE-ON-THE-WOK dimana anda akan menikmati hidangan makanan laut yang dimasak on the spot mengikut citarasa anda. Tidak ketinggalan tiram Australia turut menjadi antara pilihan makanan laut sempena bufet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort & Spa.




Bagi penggemar masakan Melayu tradisi, Cyberview Resort & Spa merupakan pilihan terbaik berbuka puasa buat anda kerana mereka menyediakan banyak seleksi masakan kampung. Menu ini termasuk dalam senarai lebih 300 menu yang ditawarkan oleh Cyberview Resort & Spa sempena bufet Ramadhan 2018. Antaranya adalah Nasi Pelangi bersama Gulai Ayam, Masak Lemak Daging Salai Rebung, Sambal Udang Petai, Kurma Kambing, Sotong Masak Kicap. Anda tidak boleh melepaskan peluang mencuba Masak Tempoyak dan Asam Pedas yang dimasak hanya apabila dipesan. Pilihan ikan patin, salmon, tongkol, kembung, tenggiri, pari, ikan merah, lampam jawa bakal membangkitkan selera anda untuk berbuka puasa. Anda boleh juga berbuka puasa dengan pilihan di stesen LAKSA seperti Laksa Sarawak, Laksa Penang, Kari Laksa, Laksa Johor, Laksam. Meriahnya!




























Juadah antarabangsa yang tidak harus anda lepaskan sempena berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa adalah seleksi sushi dan ramen dari Jepun, Teppanyaki dan Okonomiyaki dari Korea, seleksi pasta dari Itali, Nasi Paella dari Sepanyol dan banyak lagi.







Tidak lengkap bufet Ramadhan tanpa hidangan Kambing Panggang. Jangan risau kerana Cyberview Resort & Spa tahu menu ini tidak boleh dipisahkan dengan menu berbuka puasa. Kepada kanak-kanak yang turut berpuasa, Cyberview Resort & Spa turut menyediakan stesen khas bagi meraikan usaha mereka yang sanggup menahan lapar dan dahaga dengan Chocolate Fountain, bertih jagung, muffin dan kek cawan, manisan dan seleksi aiskrim. Menariknya, anda harus mencuba aiskrim perasa Teh Tarik dan Chicken Rendang. Something rare dan hanya terdapat di Cyberview Resort & Spa.




Sambil menikmati juadah iftar, anda bakal dihiburkan dengan persembahan Ghazal yang dibawakan khas hanya sepanjang Ramadhan 2018. Jelas terpancar kemeriahan sambutan berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa tahun ini bersempena ulangtahun yang ke-20. Satu kerugian jika anda tidak mencuba dan merasai sendiri seleksi menu berbuka puasa di sini.







Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. RM149 net bagi dewasa, RM75 net bagi kanak-kanak dan RM100 net bagi warga emas. TAPI! Jika anda membuat pembelian awal, anda boleh mendapatkan harga istimewa iaitu RM120 net bagi dewasa dan RM60 net bagi kanak-kanak. Potongan harga 20% bagi pembayaran menerusi kredit kad untuk ditawarkan kepada anda.

ADA LAGI! Sempena ulangtahun ke 20 Cyberview Resort & Spa, potongan harga 40% akan diberikan pada 20 MAC 2018 bagi setiap pembelian. Jika anda membuat tempahan dalam kumpulan 150 orang, pihak Cyberview Resort & Spa memberikan peluang menaiki belon panas untuk 2 orang. Sila hubungi 03-83127042 atau 03-83127041 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Selamat Berbuka Puasa!

P/S: Cyberview Resort & Spa turut menyediakan perkhidmatan katering untuk berbuka puasa dan Rumah Terbuka Aidilfitri.

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CYBERVIEWRESORT #BUFETRAMADHAN2018 #RAMADHANBUFFET2018



0 Comments