KEMPEN #SHEISREMARKABLE OLEH BIO-OIL MALAYSIA SEMPENA HARI IBU


Bio-Oil Malaysia meraikan pada ibu pada Mei 2018 menerusi kempen #SheIsRemarkable. Kempen ini adalah antara pengisian bagi kempen khas #IamRemarkable Bio-Oil Malaysia yang meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna dalam hidup seperti mempunyai bayi serta pengalaman menjadi seorang ibu juga jalinan hubungan dengan ibu sendiri.

Sambutan kepada kempen #SheIsRemarkable telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk Cinta Luar Biasa (Remarkable Love) yang mempamerkan hubungan antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak dan imbauan kenangan ketika beliau hamil dan hubungan erat dengan ibunya sendiri.







Kempen #SheIsRemarkable ini turut diserikan dengan peraduan menerusi Facebook dimana peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Hadiah berupa 11 pasang produk Bio-Oil menanti anda bersempena dengan ulangtahun ke-11 Bio-Oil di Malaysia.

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun 2018 dimana dengan setiap pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan make over di studio khas bersama orang tersayang. Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.



#SheIsRemarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan istimewa dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja membantu seorang wanita mencari dan merasai kebaikan dalam diri tetapi ia menguatkan rasa kegembiraan bersama.

Kata-kata oleh Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia, Cik Low Hooi Wan yang cukup bermakna:

"Kasih sayang ibu adalah cinta sejati dalam bentuk yang paling tulen. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui. Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan. Ia benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi."
Saksikan VIDEO Bio-Oil Malaysia Mother's Day 2018 Remarkable Love.


LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IAMREMARKABLE #SHEISREMARKABLE #BIOOILMALAYSIA #BIOOIL

0 Comments