IKLAN RAYA 2018 YANG BEST, RAMADAN TERBAIK SYAWAL DARI YEO'S MALAYSIA


Yes! Ramadan datang lagi. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman berpuasa untuk kali ini pada tahun 2018. Kalau bulan puasa, tak sah kalau tidak bersembang tentang juadah berbuka puasa. Kadang-kadang sampai naik pening fikir nak makan apa untuk berbuka puasa. Bayangkanlah jika anda singgah ke bazaar Ramadan, rambang mata dibuatnya. Itu baru makanan. Belum sentuh bab minuman lagi.

Kalau tanya apakah minuman kegemaran saya bila berbuka puasa, selain air sirap sudah pasti minuman Yeo’s. Siapa tak kenal minuman Soya, Krisantimum dan Cincau daripada jenama Yeo’s! Jenama yang telah menjadi pilihan sejak saya masih kecil lagi.

Baru-baru ini saya terlihat video terbaru Yeo’s sempena bulan mulia ini. Tajuknya “Syawal Terbaik Ramadan”. Kisah kanak-kanak bernama Syawal menjalani ibadah puasa namun akhirnya tidak berdaya menahan lapar dan dahaga lalu mencuri berbuka puasa di dalam biliknya. Tindakannya itu pantas dihidu oleh kedua ibu bapanya dan membawa kepada berdas-das bebelan oleh ibunya.










Melihat akan kesedihan Syawal setelah dimarahi ibunya membuatkan ayahnya yang bernama Syafiq “membawa” Syawal ke zaman semasa ayahnya masih kecil. Bagaimana ayah Syawal ketika kecil juga pernah berpuasa yang yok dengan mencuri minum air dipili namun kantoi didepan neneknya. Habis dihambatnya ayah Syawal keliling rumah. Betapa garangnya nenek Syafiq (ayah Syawal) dalam mendidik tentang disiplin berpuasa. Namun disudut hati nenek nya tersemat kasih saying yang tidak berbelah bagi kepada ayah Syawal. Tidak pernah luak walau sedikit. Minuman Yeo’s Soya menjadi memori indah buat ayah Syawal dan neneknya kerana ia mahupun Syafiq mendapatkan kesihatan yang baik dengan minuman Yeo’s yang sedap.

Menyesali akan kesilapan Syawal, lalu beliau terus mendakap ibunya sambil berkata Syawal sayang Mama. Terima kasih kerana memberi yang terbaik untuk Syawal. Tersentuh hati mendengar ungkapan itu. Layari laman Youtube atau Facebook rasmi Yeo's Malaysia untuk video penuh.









Video ini mengingatkan saya masa zaman kanak-kanak. Can you imagine zaman kanak-kanak manalah tahu erti sebenar puasa. Bila nak dekat tengahari mula terasa lapar dan dahaga. Jadinya berulang alik masuk bilik air lah dengan alasan nak mandi. Padahal dalam diam curi minum air paip. Hahaha. Bila kantoi dengan mak, lari tak jejak tanah. Mak saya memang garang orangnya. Bayangkanlah bagaimana beliau menjaga 8 orang anak yang macam-macam ragam. Namun bila difikir balik, garang emak sebenarnya sekadar ingin mengajar anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Bila berbuka puasa, beliau memang sering menghidangkan samada Yeo’s Krisantimum atau Yeo’s Soya. Memang menjadi minuman wajib bila berbuka puasa. Sebab emak tahu minuman Yeo’s selain sedap ia juga boleh menjadikan anak-anaknya sihat. Senang kata Sedap & Sihat. Begitulah alkisahnya zaman kanak-kanak riang bila tengok minuman Yeo’s.

Berbalik kepada menu berbuka puasa. Anda semua mesti pening kepala fikir nak makan apa untuk berbuka nanti? Memikirkan bila balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan masa berbuka nanti. Apa pun, pastikan makanan yang kita ambil nanti Sedap dan tentu sekali Sihat! Yelah. Satu hari badan kita tidak mendapat nutrisi bukan! Jadi waktu berbuka puasa kenalah dapatkan balik tenaga agar badan kekal sihat.

Contohnya pengambilan minuman Yeo’s Soya yang sesuai dijamah waktu berbuka dengan dua biji kurma. Bila sudah mendapat energi, bolehlah kita menunaikan solat Mahgrib dulu sebelum makan yang lebih berat. Kalau tak pun boleh minum Yeo’s Teh Krisantimum yang rasanya lebih ringan dan mampu menghilangkan rengsa atau panas badan. Ye la sehari suntuk bekerja, mungkin bila sampai rumah berbuka tak sempat nak mandi dulu, jadi minum Yeo’s Teh Krisantimum dengan kuih muih sedikit.






Tapi paling juara tentulah Yeo’s Campur. Anda masih ingat gabungan Yeo’s Cincau dan Yeo’s Soya? Minuman kegemaran ramai tu. Sebelum macam-macam jenis minuman sekarang popular, Yeo’s Campur sudah lama viral di seluruh Malaysia. Apalagi campurlah berbuka kali ini!







Layari www.yeos.com.my , LAMAN FACEBOOK RASMI YEO'S MALAYSIA atau hubungi 1300-80-2828 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#TERBAIKRAMADAN #SEDAPDANSIHAT #YEOSRAMADAN

0 Comments