Antara lokasi berbuka puasa kegemaran saya adalah The Venue Shah Alam yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut apa yang menarik dengan The Venue Shah Alam, anda boleh klik pautan ini.
https://www.thisisreef.com/2017/10/5-fakta-menarik-tentang-perkhidmatan.html
Tahun ini, pihak The Venue Shah Alam meneruskan kesinambungan Bufet Ramadhan dengan menyediakan seleksi juadah bertemakan TRADISI MALAYSIA. Istimewa tahun ini, menu yang dihidangkan menghimpunkan masakan popular dari seluruh negeri dalam Malaysia. Chef Nabil Md Salleh sebagai ketua chef akan memukau anda dengan kelazatan menu seperti Ayam Semur resepi Jawa dan Nasi Syamin dari negeri Johor.
Selain itu, anda turut dihidangkan dengan masakan Kuzi Daging Kelantan yang dipanggang menggunakan herba dan rempah ratus terpilih serta amat enak dimakan bersama Nasi Briyani. Malah menu lain yang memukau adalah Masak Lemak Cili Padi dan Patin Masak Tempoyak. Tidak dilupa hidangan Nasi Tomato dari Pulau Pinang, Daging Kima dari Johor, Ayam Masak Cabai dari Kedah, Daging Lada Hitam dan Ayam Goreng Daun Karapole dari Pulau Pinang dan banyak lagi lauk pauk yang disajikan di Bufet Ramadhan The Venue Shah Alam tahun ini. Meriah!
Selain itu, anda boleh menikmati menu kegemaran Malaysia seperti Ayam Kampung Goreng, Ayam Tikka Masala, Assam Laksa, Char Kuay Teow, Bihun Sup Utara, Mee Kari, Laksa Penang, Sup Tulang, Bakso, Laksa Johor, Sup Ayam Berempah, Mee Bandung, Mee Kolok Sarawak.
Seleksi pencuci mulut juga tidak harus dipinggirkan. Antara menu yang disediakan di The Venue Shah Alam adalah Pengat Pisang Sagu, Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung, Bubur Kacang Merah, Bubur Labu, Bubur Gandum, Bubur Cendol, Bubur Kacang Hijau dan kuih muih tradisional.
Pihak The Venue Shah Alam menyediakan 5 menu berbeza dan akan bertukar-tukar setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini untuk memberi variasi dan kemeriahan juadah kepada pengunjung yang hadir.
Pada tahun ini juga, The Venue Shah Alam telah melancarkan dewan baru yang berada di Tingkat 2 yang dinamakan Event Hall. Ia mampu menampung sehingga 250 orang dalam satu masa. Kemudahan yang disediakan kepada pengunjung yang datang berbuka puasa di The Venue Shah Alam adalah ruang solat serta ruang parkir yang luas.
Secara peribadi, The Venue Shah Alam tidak pernah mengecewakan saya. Setiap menu yang dihidangkan sememangnya sedap dan menepati kualiti rasa asli masakan terutamanya masakan tradisi. Senang kata, cukup rasa, cukup rempah ratus, cukup santan dan cukup enak! Jadi jangan ketinggalan untuk merasai sendiri kelazatan bufet Ramadhan 2018 di The Venue Shah Alam.
Bufet Ramadhan Tradisi Malaysia di The Venue Shah Alam dibuka dari 18 Mei 2018 sehingga 12 Jun 2018 bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Harga yang ditawarkan cukup mesra poket dan berbaloi dengan variasi juadah yang disediakan. RM68 net (dewasa), RM40 net (kanak-kanak berusia 4 – 12 tahun) dan RM60 net (Warga Emas berusia 55 tahun ke atas).
Selain itu, jika anda merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup, pihak The Venue Shah Alam turut menyediakan pakej istimewa bermula dengan harga RM50 net seorang (minimum tempahan untuk 100 orang). Tak perlu nak pening-pening! Telefon 019-8585825 atau 019-8585375 untuk membuat tempahan. Layari juga laman media sosial rasmi The Venue Shah Alam untuk maklumat lanjut.
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEVENUESHAHALAM #BUFETRAMADHAN2018 #RAMADHANBUFFET2018 #THEVENUEBUFFETRAMADHAN #TRADISIMALAYSIA
0 Comments