Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan. Sebut tentang Ramadhan, selain menjalani ibadah puasa dan bertarawih, saya pasti anda sentiasa menantikan keenakkan pelbagai jualan juadah berbuka puasa tidak kira sama ada dibeli di Bazaar Ramadhan, masak di rumah atau pun di hotel. Menyentuh tentang hotel, bulan Ramadhan merupakan bulan yang cukup istimewa kerana pada waktu inilah anda akan melihat promosi berbuka puasa yang ditawarkan oleh pihak hotel di sekitar anda.
Antara hotel yang cukup terkenal dengan keenakkan juadah iftar di ibukota adalah Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Mana mungkin boleh lupa akan kelazatan Sup Gear Box di sini. Cukup rempah ratus dan cukup rasa. Tahun ini, pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur meneruskan tradisinya dengan mengadakan bufet berbuka puasa. Bertemakan SANTAPAN BUKA PUASA, Chef Haji Saad bersama seluruh warga kerja Zende Restaurant akan menyajikan kepada pengunjung seleksi juadah berbuka puasa yang pastinya enak membangkit selera. Kambing Golek menu wajib pun ada di sini.
Terdapat variasi ulaman tradisi seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nenas, Sambal Mangga, Sambal Gesek untuk anda cuba. Ia nya boleh dijamu bersama Kerabu, Kacang Botol, Pegaga, Ulam Raja, Daun Kadok, Paku Rawan dan banyak lagi.
Selain itu, pilihan lauk pauk disini juga cukup menarik. Anda wajib cuba Sambal Tumis Udang Petai, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Tumis Siput Buluh Sos Pedas, Nangka Masak Lemak. Tak cukup dengan itu anda boleh mencuba Briyani Gam, Kway Teow Goreng, Mee Rebus, Mee Kari dan banyak lagi. Kepada peminat makanan laut, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan menu SHELL OUT!
Istimewanya lagi berbuka di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah anda dapat menjamu selera dengan pilihan LOK LOK yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Selain itu kepada penggemar buah durian, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah pilihan tepat sepanjang Ramadhan kerana mereka turut menyediakan pencuci mulut CENDOL DURIAN selain seleksi Bubur Manis seperti Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah dan Bubur Jagung.
Pada harga cuma RM120 net bagi dewasa dan RM60 net bagi kanak-kanak, macam-macan juadah sempena Ramadhan anda boleh dapatkan di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Berbaloi. Malah jika anda menempah awal, anda boleh mendapatkan harga istimewa bagi seorang dewasa RM90 net sahaja.
Ayuh! Lekas membuat tempahan dengan menelefon 03-40494351/4352 atau email ke fbresv@seripacific.com atau layari www.seripacifichotel.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SERIPACIFICHOTELKL #BUFETRAMADHAN2018 #RAMADHANBUFFET2018
0 Comments