Sempena Ramadhan 2018, hotel terkemuka Pullman Kuala Lumpur Bangsar meneruskan sambutan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediakan juadah iftar dengan bertemakan Sajian Selera Desa. Pullman Kuala Lumpur Bangsar melalui LINK- All Day Dining Restaurant bukan sahaja menyajikan masakan tempatan malah turut membarisi pilihan juadah masakan antarabangsa.
Tahun ini, Chef Juzaili selaku Chef Eksekutif turut membawakan kepada pengunjung menu Kambing Golek yang diperap menggunakan resepi khas. Malah menu Sup Tulang Gear Box yang menjadi kegemaran ramai pada tahun lepas turut menjadi antara juadah satapan berbuka puasa pada tahun ini.
Pullman Kuala Lumpur Bangsar menyediakan seleksi hidangan masakan Melayu, Cina, India malah menu antarabangsa demi memenuhi permintaan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam dan luar negara. Antara menu yang tidak harus anda lepaskan sepanjang SAJIAN SELERA DESA oleh Pullman Kuala Lumpur Bangsar adalah Nasi Ikan dimana resepi ini telah dibawa khas dari Timur Tengah oleh Chef Juzaili.
Bukan itu sahaja, anda harus merasai seleksi Gulai Kawah yang disediakan di sini. Pilhan Ayam, Ikan, Daging Lembu dan Kambimg serta Sambal Goreng Jawa tersedia sepanjang Ramadhan 2018. Pihak LINK – All Day Dining Restaurant, Pullman Kuala Lumpur Bangsar tidak ketinggalan membawakan kepada anda Ramadhan ini seleksi menu seperti Bubur Lambok, Nasi Briyani, makanan laut segar, Mongolian Grill dan banyak lagi. Tidak ketinggalan menu sushi dari Jepun dihidangkan kepada anda yang ingin merasai selera berbeza dari kebiasaan.
Menariknya, kali ini Pullman Kuala Lumpur Bangsar membawa kelainan dengan menyajikan buah durian khas kepada pengunjung sepanjang Ramadhan 2018. Anda juga wajib mencuba Kueh Teow Kerang disini kerana rasanya cukup authentic! Jangan lupa juga untuk mencuba minuman Teh Tarik dan Necafe Tarik di Pullman Kuala Lumpur Bangsar kerana rasanya memang kaw!
Sepanjang Ramadhan 2018, pihak Pullman Kuala Lumpur Bangsar turut menyediakan seleksi hiburan menerusi persembahan langsung oleh kumpulan Ghazal bagi menyemarakkan sambutan Ramadhan dan pastinya Syawal yang bakal menjelang.
Bermula 1 Mac 2018 sehingga 15 Mei 2018, anda boleh menikmati potongan harga sebanyak 25% bagi seorang jika anda membuat pembelian awal bufet Ramadhan di Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Bufet Sajian Selera Desa di LINK – All Day Dining Restaurant bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari sepanjang Ramadhan (15 Mei – 10 Jun 2018) pada harga cuma RM168 net bagi dewasa dan RM84 net bagi kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian berbuka puasa tahun ini bersama Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Saya menjanjikan kepuasan dari setiap sajian yang dihidangkan kepada anda semua. Untuk membuat tempahan, sila hubungi 03-22981888 samb. 5000 atau email di H7962-FB5@accor.com .
LOKASI PULLMAN KL BANGSAR
No.1 Jalan Pantai Jaya, Tower 3,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PULLMANKLBANGSAR #SAJIANSELERADESA #RAMADHAN2018
0 Comments